Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Call of Duty: Modern Warfare 2 (Beta) — Mode lebih seronok, gameplay lebih “realistik”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 4, 2022
in Artikel, Berita, Beta, Multiplayer, PC, Preview, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Call of Duty: Modern Warfare 2 (Beta) — Mode lebih seronok, gameplay lebih “realistik”
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty (CoD) Modern Warfare 2 akan keluar tidak lama lagi dan selepas bermain ujian beta terkini, saya boleh menjaminkan bahawa game ini memang sudah bersiap sedia dengan pelbagai mode, mekanik dan sistem upgrade baru.

Beta Modern Warfare 2 (MW2) mempunyai sebanyak 6 Mode dan walaupun kebanyakannya merupakan klasik di kalangan peminat, pemaju Infinity Ward telah menambah 3 lagi Mode baru ke dalam senarai. Dalam preview ini, saya akan menerangkan tentang kandungan baharu dan pengalaman keseluruhan saya bermain versi Beta.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah preview saya untuk Call of Duty: Modern Warfare 2 versi Beta!

Mode baru

Knockout: Dalam Knockdown, matlamat anda adalah untuk menyingkirkan pasukan lawan atau memegang bungkusan (merupakan beg wang tunai di tengah peta) sehingga masa tamat. Tiada respawn tetapi rakan sepasukan boleh menghidupkan satu sama lain.

Gameplay untuk mode ini, secara amnya, sangat pantas dan taktikal. Kerjasama antara pasukan amat penting di mana kita perlu koordinasi bersama rakan-rakan dan berfikir secara strategik semasa memegang pakej atau melawan musuh.

Prisoner Rescue: Kita perlu mencari orang tebusan, mengeluarkan mereka hidup-hidup dan melindungi mereka daripada pihak lawan. Mode ini pun tiada respawn tetapi team revive diaktifkan.

Mata diberikan untuk setiap tebusan yang diselamatkan (Attacker) atau untuk setiap orang tebusan yang gagal diselamatkan (Defender) atau jika seluruh pasukan disingkirkan.

Invasion (Ground War): Mode terakhir ialah Invasion (Ground War). Ini merupakan peperangan besar-besaran penuh dengan pemain rawak dan AI yang berlawan antara satu sama lain. Matlamat pun mudah: bunuh semua musuh yang anda jumpa. Pasukan dengan mata terbanyak akan menjadi pemenang.

Modern Warfare lebih realistik

Satu perubahan ketara tentang Modern Warfare 2 ialah percubaan pemaju untuk menjadikan game lebih realistik melalui mekanik baru. Satu contoh baik saya boleh beri adalah “sliding”.

Sebelum ini, anda masih boleh aim dan cancel semasa sliding. Malangnya, anda tidak dapat melakukannya lagi dalam MW2. Sebaliknya, mekanik telah digantikan dengan sejenis bunny hop yang membolehkan anda keluar daripada animasi sliding untuk menembak.

Apabila reload, anda juga tidak boleh melakukan tindakan lain seperti menukar senjata, berlari atau sliding. Andai kata pemain cuba melakukan perbuatan-perbuatan ini, animasi reload akan berhenti dan anda perlu melakukannya sekali lagi.

Satu-satunya mekanik baru yang saya menghadapi masalah ialah recoil berlebihan dan asap daripada muncung yang menjadikannya sukar untuk kita melihat musuh apabila aiming, terutamanya untuk pemain baru yang mencuba tanpa sebarang “attachment” pada senjata mereka. Ia lebih menjengkelkan apabila menggunakan assault rifle seperti M16, atau AK.

(Maafkan saya. Saya noob).

Gunsmith

Seterusnya adalah fitur Gunsmith. Dalam entri lama; jika ingin mendapatkan pistol baru, anda perlu meningkatkan level. Sebaik sahaja mendapat senjata baru, anda perlu meningkatkan level senjata untuk mendapatkan attachment lain.

Itu lama, sekarang dah lain.

Dalam MW2; apabila unlock senjata, anda sebenarnya akan unlock pelbagai kategori senjata lain seperti assault rifle atau sniper. Sebagai contoh, apabila menaikkan level M4 (assault rifle), ia akan membuka FTAC Recon (battle rifle) dan 556 Icarus (LMG). Ini seterusnya membuka M16 (assault rifle versi burst fire) dan FSS Hurricane (SMG).

Apa yang saya suka tentang sistem ini adalah ia mengurangkan masa grinding kerana kita boleh dapatkan senjata baharu tanpa perlu merisaukan tentang banyak perkara.

Perks

Tadi asyik puji, sekarang mari kita mengadu kelemahannya pula. “Perk System” MW2 sekarang sangat-sangat berbeza daripada dahulu. Ia masih mempunyai banyak Perk yang kami kenal tetapi cara ia diaktifkan telah berubah.

Pertama sekali, anda kini mendapat Perk Package yang memberikan 2x Perk asas, 1x Bonus dan 1x Ultimate. Anda mendapat pilihan untuk membuat lima Perk Package custom tetapi terdapat juga Package yang sudah siap untuk anda cuba.

Dua Perk asas tadi akan berfungsi seperti biasa. Anda boleh pilih dan Perk ini akan kekal sepanjang perlawanan. Walau bagaimanapun, Perk jenis Bonus dan Ultimate berfungsi dalam cara berbeza. Kedua-duanya diberikan semasa dalam perlawanan di mana Perk Bonus diperoleh selepas empat minit manakala Perk Ultimate diperoleh selepas lapan minit.

Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan Perk ini dengan lebih cepat kerana timer akan berkurang mengikut jumlah markah anda. Bagaimana untuk meningkatkan markah? Bunuh musuh, dapatkan assist, selesaikan objektif dan banyak lagi. Untuk setiap 10 mata, satu saat daripada timer akan dikurangkan, jadi lebih banyak anda membunuh, lebih cepat anda boleh mengaktifkan Perk Bonus dan Ultimate.

Sejujurnya, saya tidak tahu mengapa perubahan ini dibuat. Komuniti tidak pernah pun mengadu tentang Perk System, jadi mengapa mereka membuatkan game lebih sukar untuk bermain? Kini kita perlu bermain dengan lebih pasif yang pasti tidak disukai oleh semua orang.

Pendapat

Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dengan hala tuju CoD: Modern Warfare II versi Beta. Setiap mode baru merupakan tambahan yang bagus dan sistem upgrade/leveling baru untuk senjata kini lebih friendly untuk para pemain. Mengakses senjata tidak leceh seperti dahulu dan memberi banyak cara untuk pemain mencari playstyle mereka.

Reka bentuk persekitaran, senapang dan kesan bunyi masih berkualiti tinggi tetapi mekanik yang lebih realistik mungkin tidak digemari oleh sesetengah. Yang saya paling pelik ialah perubahan Perk System, sedangkan yang lama sudah okay. Bak kata omputih – “if it ain’t broke, don’t fix it”.

Walaupun begitu, Call of Duty: Modern Warfare 2 masih seronok untuk bermain dan buat masa ini, saya cukup mengesyorkan game ini kepada korang semua.


Bagi sesiapa yang berminat, Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC pada 28 Oktober. Untuk membaca segala liputan kami tentang CoD, sila tekan pautan ini.

Tags: BETACall Of Dutycall of duty: modern warfare 2Preview
Previous Post

Black Clover – Asta menjadi lebih kuat dengan kuasa baru Zetten!

Next Post

Ulang tahun ke-20 Naruto – mengimbau kembali watak zero ke hero!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Ulang tahun ke-20 Naruto – mengimbau kembali watak zero ke hero!

Ulang tahun ke-20 Naruto - mengimbau kembali watak zero ke hero!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd