Dalam bab Black Clover yang lepas, Tabata telah kenalkan kita dengan watak baharu yang sebenarnya agak mengejutkan kerana dia merupakan adik kepada Yami Sukehiro. Dalam bab Black Clover kali ini, kita diperkenalkan dengan kuasa baharu iaitu Zetten di mana ia merupakan salah satu latihan untuk Asta mahir sebelum pulang ke Clover Kingdom.
Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 339 “Zetten”
Teori
Teori pertama ini adalah berkaitan dengan insiden yang rakyat Hino Country curiga dengan kehadiran Asta di negara mereka. Ada teori yang mengatakan rakyat Hino Country sedang merujuk kepada seseorang yang sebelum ini pernah datang ke sana dan membuat masalah.
Dan dalam masa yang sama, dia telah membawa Nomotatoe ke Clover Kingdom dan lebih tepat lagi di Hage Village. Besar kemungkinan seseorang itu adalah bapa Asta.
Teori yang kedua adalah berkenaan dengan kuasa Zetten. Teori yang saya nak ceritakan ini mungkin masuk dan tidak masuk akal. Cuba ingat korang ingat balik adegan dalam anime dan manga semasa Clover Kingdom sedang berlawan dengan Zegred di mana dia terbelah dua oleh serangan Yami.
Ada yang mengatakan serangan yang Yami gunakan (Dark Cloak Dimension Slash) pada waktu itu mungkin berkaitan dengan Zetten. Daripada menggunakan Ki, Yami menggunakan kuasa magic-nya untuk membuat serangan tersebut.
Tamat sudah sesi perkongsian Black Clover untuk minggu ini. Sedikit demi sedikit Tabata kenalkan kita dengan watak dan kuasa baharu yang boleh membantu Asta dalam perjalanannya untuk menjadi Wizard King suatu hari nanti.
Apa pendapat korang tentang Zetten yang dikenalkan dalam bab terbaru Black Clover? Korang ada teori yang nak dikongsikan? Jemput tulis di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post