Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Center SINGAPORE Buka Semula 1 Julai 2026; Maskot Solgaleo, Rupa Baharu & Merch Tempatan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 29, 2026
in Artikel, Berita, Jom Singgah!
0 0
0
Pokémon Center SINGAPORE Buka Semula 1 Julai 2026; Maskot Solgaleo, Rupa Baharu & Merch Tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas ditutup sementara selama tiga bulan bagi kerja ubah suai, Pokémon Center SINGAPORE bersedia untuk kembali beroperasi di Jewel Changi Airport mulai 1 Julai 2026.

Apabila melangkah masuk, pengunjung akan disambut dengan perubahan pada bahagian depan kedai. Legendary Pokémon Solgaleo, yang terkenal dengan rupa fizikal mirip singa serta bulu emas bagaikan matahari, berdiri megah bersama Pikachu sebagai maskot rasmi baharu.

Solgaleo menggantikan maskot asal sejak pembukaan kedai pada tahun 2019, iaitu Lapras dan Celebi, yang masing-masing melambangkan sejarah maritim dan status Singapura sebagai “bandar dalam taman”. Pemilihan Solgaleo (yang menghiasi pintu masuk utama dan logo baharu kedai) adalah simbolik kepada identiti Singapura sebagai “Kota Singa” serta cuacanya yang cerah.

Melangkah ke bahagian dalam, pengunjung dapat melihat rekaan rak dan dekorasi yang diinspirasikan daripada rumah tradisional tempatan, sudut khas bertemakan medan selera, serta ruang acara bertemakan lautan yang menampilkan Water-type Pokémon Vaporeon.

Buat para pemain dan pengumpul, sebuah ruang komuniti khas disediakan di bahagian belakang kedai. Dilengkapi dengan skrin besar, kawasan ini direka untuk pelbagai aktiviti seperti acara komuniti, perlawanan video game, sesi mobile gaming, serta kejohanan Pokémon Trading Card Game (TCG).

Sempena pembukaan semula, Pokémon Center SINGAPORE akan mengeluarkan 20 koleksi barangan cenderamata eksklusif secara berperingkat menerusi dua fasa.

Fasa pertama yang bermula pada 1 Julai menawarkan 12 barangan, menampilkan rekaan seni eksklusif Pokémon berlatarbelakangkan mercu tanda Singapura. Antara barangan unik yang boleh didapati termasuklah Set Cawan & Piring Kopi tersendiri.

Koleksi selebihnya pula bakal keluar pada 7 Ogos 2026 dengan tema yang mengangkat budaya harian tempatan. Fasa kedua menampilkan bag charm Pikachu bersama makanan tempatan seperti durian, kopi, dan kek pandan, selain pouch bermotifkan corak Peranakan pada bahagian dalam, serta sulaman khas pada tote bag.

Senarai Barangan & Harga (Pelancaran 7 Ogos 2026):

  • Bag Charm Pikachu (Durian / Kopi / Kek Pandan): $23.00 setiap satu
  • Tote Bag (Sulaman Pikachu & Solgaleo): $48.00
  • Pouch Corak Peranakan (Biru Muda / Hijau): $55.00
  • T-shirt Grafik: $35.00 (Saiz Dewasa: S, M, L) / $29.00 (Saiz Kanak-kanak: 110cm, 130cm)
    • Harga adalah dalam SGD.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi.

Tags: Pokémon Center Singapore
ShareTweetSend
Previous Post

Khabar Angin Hanya Salah Faham, Rockstar Tegas Tidak Akan Keluar CD Fizikal GTA VI

Next Post

Sebelum Segalanya Musnah, Silo Season 3 Membongkarkan Konflik Kuasa & Memori Yang Dipadam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
Sebelum Segalanya Musnah, Silo Season 3 Membongkarkan Konflik Kuasa & Memori Yang Dipadam

Sebelum Segalanya Musnah, Silo Season 3 Membongkarkan Konflik Kuasa & Memori Yang Dipadam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd