Pokemon Unite akan menambah Pokemon ke-22 yang boleh dimainkan pada hari Rabu ini! Blissey adalah evolusi dari Normal-Type Chansey bakal ditambah dalam kemaskini tidak lama lagi. Blissey akan bermain dalam kelas Supporter dan mempunyai gerakan yang boleh melakukan penyembuhan atau meningkatkan kecepatan serangan asas. Ia mempunyai Unite Move yang membolehkannya bergerak ke lokasi sekutu yang berdekatan dan melindunginya dari serangan. Ini boleh dijadikan sebagai langkah kritikal semasa pertempuran yang sedang berlaku atau ketika ingin menjaringkan skor. Anda boleh lihat kemampuan Blissey melalui video di bawah.
Blissey adalah Pokemon kedua yang ditambah dalam Pokemon Unite selepas pelancaran, sebelum ini Gardevoir dimasukkan dalam barisan pada hujung bulan Julai lalu. Pokemon Unite juga telah mengesahkan bahawa Blastoise akan ditambahkan ke dalam game selepas kemaskini akan datang, memandangkan ia sudah muncul dalam tutorial. Malah, ramai peminat pasti tidak sabar untuk ketibaan Blastoise dalam game ini nanti.
Pada masa ini, hanya ada satu Pokemon sahaja yang memiliki kemampuan untuk menyembuhkan ahli pasukannya, iaitu Eldegoss, tetapi ianya telah di nerf pada kemaskini terakhir. Mungkin ini menjadikan Blissey sebagai pilihan yang lebih menarik bagi pemain, atau memudahkan anda membezakan kedua-dua kemampuan Pokemon.
Pokemon Unite adalah game MOBA free-to-play yang menampilkan pertempuran pasukan 5v5. Pemain perlu mengawal salah satu Pokemon dan meningkatkannya dengan mengalahkan Pokemon liar dan lawan. Anda juga perlu mengumpulkan Aeos Energy dari Pokemon liar dan cuba menjaringkan gol di bahagian jaring lawan. Walaupun game ini mempunyai kekurangan beberapa ciri dari game Pokemon tradisional, ia masih merupakan gabungan MOBA dan Pokemon yang seronok untuk dimainkan!
Blissey bakal tiba di Pokemon Unite bermula hari Rabu 18 Ogos 2021 dan akan menjadi peranan Supporter dalam game. Jangan lupa untuk kemaskini supaya anda boleh memainkan Pokemon comel ini di arena esok! Bagi yang berminat, kami ada menyediakan panduan untuk mereka yang berminat bermain peranan Attacker, dan anda boleh membaca segala liputan berkaitan game ini di pautan tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post