Ubisoft hari ini telah melancarkan sebuah trailer pas musim Watch Dogs: Legion yang menunjukkan seorang assassin’s akan bergabung dalam game mereka! Khabar angin mengenai siri Assassin’s Creed dan Watch Dogs diatur dalam universe yang sama telah lama menjadi perbualan, tetapi hari ini kita sudah mendapat jawapan rasmi dari Ubisoft! Acara crossover Watch Dogs: Legion dan Assassin’s Creed bakal berlangsung 24 Ogos 2021 nanti, dan anda boleh saksikan trailer tersebut dibawah.
Maklumat mengenai kemaskini ini bakal menambah Darcy, iaitu salah seorang anggota Assassin Brotherhood akan menyertai barisan watak yang boleh dimainkan di Watch Dogs: Legion. Pemain boleh menggunakan pembunuh futuristik ini dalam game utama atau online, dan boleh melakukan serangan hendap serta pisau tersembunyi yang tidak asing bagi peminat siri Assassin’s Creed. Namun, Darcy hanya tersedia untuk pemain yang melanggan pas musim sahaja, jadi mungkin pengguna boleh mengharapkan kandungan percuma bersama dua misi cerita dan acara dunia baru!
Buat masa ini, kita masih belum dimaklumkan apakah misi dan acara dunia baru yang akan tiba, tetapi dalam trailer banyak memaparkan mengenai makam assassins dan ia kemungkinan besar akan ada dalam crossover nanti. Terdapat juga beberapa mod game baru akan tiba di Watch Dogs: Legion, iaitu Resistance Mode dimana Albion Soldier akan mengesan pemain jika mereka berada berdekatan, dan melumpuhkan kemahiran fast travel serta menyebabkan checkpoint hilang apabila anda memasukinya. Manakala Invasion dan Extraction adalah dua mod PvP baru yang ditambah bersama Legion of the Dead seperti mod zombie-survival!
Acara crossover Watch Dogs: Legion dan Assassin’s Creed bakal menampilkan Darcy dari anggota Brotherhood. Semua kandungan yang tersenarai akan mula tersedia pada hari Khamis 24 Ogos 2021 nanti, dan akan menjadi kandungan terakhir musim ini! Baru-baru ini juga, Watch Dogs: Legion telah melancarkan DLC baru, anda boleh membaca ulasan kami mengenai kandungan DLC Bloodline yang disediakan di game tersebut Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Watch Dogs: legion, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post