Pokémon Unite kini menjadi permainan sensasi dikalangan peminat Pokemon dan game MOBA kerana ia menampilkan pertempuran 5-v-5 dengan pelbagai jenis Pokemon untuk dicuba. Game ini sudah pun dilancarkan pada 22 Julai lalu untuk platform Nintendo Switch, dan bakal tersedia di mobile pada bulan September nanti. Anda boleh memuat turun Pokémon Unite di konsol Switch melalui Nintendo e-Shop secara percuma dan tidak memerlukan saiz fail yang besar sekarang!
Gameplay Pokemon Unite sangat menarik kerana anda perlu mengumpulkan Aeos Energy apabila mengalahkan Pokemon liar atau pihak lawan, dan membawanya ke gawang musuh untuk mendapatkan mata. Jika pemain dibunuh sebelum dapat menjaringkan gol, sejumlah besar tenaga Aeos Energy mereka akan diambil oleh pihak lawan. Malah, anda boleh menewaskan Pokemon bertaraf Legendary dan Rare yang muncul di peta untuk mendapatkan buff sementara.
Bagi pemain baru yang ingin bermain sebagai Attacker, mesti ingin mengetahui Pokemon mana yang sesuai untuk digunakan dari gaya gameplay anda kan? Buat masa ini, hanya ada 7 Pokemon termasuk Gardvoir yang baru dilancarkan hari ini tersenarai sebagai Attacker untuk anda cuba, dan setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi hari ini kami akan kongsikan panduan untuk memilih Pokemon Attacker anda dalam Pokemon Unite!
Apa itu Attacker?
Attacker adalah pemain yang ingin melakukan damage besar kepada lawan tanpa perlu memikirkan kemampuan pertahanan mereka. Attacker mempunyai Offense terkuat dalam pasukan dan mereka mampu menghasilkan damage yang besar apabila menyerang dalam jarak dekat. Pemain MOBA yang gemar melakukan serangan micro-managing dan berada di posisi depan amat sesuai untuk bermain peranan ini. Malah, ianya amat mudah untuk dimainkan dan senang difahami oleh semua pemain.
Senarai Pokemon Attacker
Pikachu
Informasi | |
Jenis serangan | Ranged |
Tahap kawalan | Novice |
Jenis Damage | Physical |
Stats | |
Offense | ★★★★ |
Defense | ★★ |
Mobility | ★★★ |
Scoring | ★★ |
Support | ★★ |
Pikachu boleh menghasilkan sejumlah damage yang besar sambil melakukan stunt pada pihak lawan. Anda boleh menggunakan serangan Electroweb untuk melumpuhkan musuh dan membuat serangan hendap bila mereka tidak berhati-hati. Gerakan Electroball dan Thunderbolt sangat berkesan untuk memberi damage AoE kepada kelompok musuh.
Greninja
Informasi | |
Jenis serangan | Ranged |
Tahap kawalan | Expert |
Jenis Damage | Physical |
Stats | |
Mobility | ★★★ |
Scoring | ★★★ |
Sebagai Attacker, Greninja sangat mudah untuk bergerak di sekitar peta, terutama dengan kemahirannya. Anda juga boleh menjadikan Greninja sebagai jungler kerana ia mempunyai Mobility yang bagus dan Life Steal. Greninja sesuai dimainkan jika HP di bawah separuh kerana ia karakter pasif, jadi anda perlu menjaga kesimbangan HP untuk mengaktifkannya dan mengelak dari tidak mati. Unite Move-nya memerlukan pemain untuk dilancarkan tepat pada musuh untuk hasilkan damage yang besar.
Venasaur
Informasi | |
Jenis serangan | Ranged |
Tahap kawalan | Intermidiate |
Jenis Damage | Special |
Stats | |
Offense | ★★★★ |
Defense | ★★ |
Mobility | ★★ |
Scoring | ★★★ |
Support | ★ |
Pergerakan terbaik Venusaur adalah Sludge Bomb dengan damage AoE dan Solar Beam untuk menyerang dari jarak jauh. Pergerakan inilah yang menjadikannya boleh menghasilkan damage yang banyak semasa bertarung dan sangat hebat walaupun bergerak sendiri. Apabila digabungkan dengan gerakan Unite, Venusaur boleh memberi lebih banyak damage AoE untuk anda mendapatkan point.
Alolan Ninetales
Informasi | |
Jenis serangan | Ranged |
Tahap kawalan | Intermidiate |
Jenis Damage | Special |
Stats | |
Offense | ★★★★ |
Defense | ★ |
Mobility | ★ |
Scoring | ★★★ |
Support | ★★★ |
Walaupun dikategori sebagai Attacker, tetapi Alolan Ninetales mempunyai gerakan Aurora Veil yang membolehkannya untuk memberi buff seperti defense, basic attack damage dan movement speed kepada pasukan. Ia juga boleh membekukan pihak lawan menjadi ais, dan menyebabkan mereka tidak dapat bergerak atau menyerang.
Cramorant
Informasi | |
Jenis serangan | Ranged |
Tahap kawalan | Expert |
Stats | |
Offense | ★★★★ |
Defense | ★★★ |
Mobility | ★★★ |
Scoring | ★★ |
Support | ★ |
Kebolehan Gulp Missile Cramorant membolehkannya menembak mangsa yang ditangkap dengan gerakan Dive. Cramorant mempunyai gerakan Offense Unite terbaik dalam game. Ia mudah digunakan tetapi memerlukan kedudukan dan masa yang tepat untuk menjadikan serangan ini menghasilkan damage besar pada musuh.
Cinderace
Informasi | |
Jenis serangan | Ranged |
Tahap kawalan | Intermidiate |
Jenis Damage | Physical |
Stats | |
Offense | ★★★★ |
Defense | ★ |
Mobility | ★★★ |
Scoring | ★★★ |
Support | ★ |
Cinderace boleh melakukan serangan pada jarak jauh dan mobiliti yang laju. Namun ia mempunyai stats yang sangat rendah pada awal permainan, tetapi boleh ditingkatkan menjadi hebat jika anda melakukan farming dengan betul. Setelah stats ditingkatkan, damage yang dilakukan Cinderace boleh mengalahkan lawannya dengan mudah.
Gardevoir
Informasi | |
Jenis serangan | Ranged |
Tahap kawalan | Intermidiate |
Jenis Damage | Special |
Stats | |
Offense | ★★★★★ |
Defense | ★★★ |
Mobility | ★★★ |
Scoring | ★★★ |
Support | ★★ |
Gardevoir adalah Pokémon jenis Attacker yang hebat dalam menghasilkan damage berat kepada musuh dalam waktu singkat. Memandangkan dia bertarung dengan kekuatan psikik, Gardevoir menjadi penyerang jarak jauh, jadi pemain akan dapat menjaga jarak mereka sambil mengelak dari cedera.
Pokemon Attacker terbaik mengikut tier
Tier | Pokemon |
S | Pikachu |
A | Alolan Ninetales Cinderace Gardevoir |
B | Greninja Venusaur Cramorant |
Jadi sampai sini sahaja perkongsian mengenai Pokemon peranan Attacker di Pokemon Unite, dan kami akan kongsikan lebih banyak lagi peranan pokemon lain seperti Defender, Speedster, All-Rounder serta Supporter. Bagi yang berminat, anda boleh membaca review Pokemon Unite dan segala liputan kami mengenai game ini di pautan tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post