Sejak Assassin’s Creed Shadows didedahkan oleh Ubisoft pada beberapa bulan lepas, sesetengah peminat, terutamanya di Jepun, telah meluahkan rasa tidak puas hati dan memberi respon negatif berkaitan ketepatan sejarah dan watak utama game itu.
Sehingga hari ini, kritikan dan aduan tersebut masih berterusan, tetapi Ubisoft akhirnya membalas semua kritikan.
Isu Sebenar

Selepas menayangkan reveal trailer pada Mei 2024, Assassin’s Creed Shadows menimbulkan tindak balas negatof terhadap perwakilan Jepun feudal. Banyak kritikan ditujukan kepada Yasuke, seorang samurai berkulit hitam dari Afrika yang juga merupakan salah satu daripada dua protagonis Assassin’s Creed Shadows.

Walaupun dia adalah protagonis pertama dalam francais berdasarkan orang sebenar, beberapa peminat berhujah bahawa Jepun mempunyai ramai tokoh pahlawan untuk dipilih, tetapi akhirnya Ubisoft memilih juga Yasuke. Pada masa yang sama, ada yang mengambil isu dengan penggambarannya sebagai seorang samurai, memandangkan tiada bukti sebenar bahawa Yasuke pernah menjadi samurai. Sebaliknya, dia dianggap sebagai askar bawahan sahaja di bawah Oda Nobunaga.
Jawapan Ubisoft
The Assassin’s Creed Shadows team has a message for our Japanese community. pic.twitter.com/AIyWNU9YhG
— Assassin’s Creed (@assassinscreed) July 23, 2024
Dimuat naik ke media sosial Ubisoft, mereka mengeluarkan kenyataan panjang yang membalas semua kritikan Assassin’s Creed Shadows. Dalam mesej itu, Ubisoft memohon maaf atas beberapa isu sambil menjelaskan matlamat mereka dengan Shadows.
Di situ, Ubisoft mempertahankan tambahan Yasuke, dan menyatakan watak ini penting untuk menceritakan kisah yang menarik. Malah, peranannya dalam naratif sama penting dengan Naoe, protagonis kedua yang merupakan shinobi dari Jepun. Ubisoft juga menyatakan bahawa siri Assassin’s Creed tidak pernah direka untuk menggambarkan sejarah yang tepat tetapi sekadar karya interaktif berdasarkan sejarah.

Berikut adalah mesej-mesej penting:
Kami telah meletakkan usaha besar untuk memastikan perwakilan Jepun Feudal yang mendalam dan penuh hormat. Walau bagaimanapun, niat kami tidak pernah membentangkan mana-mana game Assassin’s Creed, termasuk Assassin’s Creed Shadows, sebagai representasi fakta sejarah atau watak sejarah. Sebaliknya, kami berhasrat untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan menggalakkan pemain meneroka dan mengetahui lebih lanjut tentang tetapan sejarah yang kami dapat inspirasi.
Assassin’s Creed Shadows adalah, pertama sekali, direka untuk menjadi permainan video menghiburkan yang menceritakan fiksyen sejarah yang menarik di Feudal Jepun.
Walaupun kami berusaha untuk ketulenan dalam semua yang dilakukan, game Assassin’s Creed ialah karya fiksyen yang diilhamkan oleh peristiwa dan tokoh sejarah sebenar. Sejak penubuhannya, siri ini telah mengambil lesen kreatif dan menggabungkan elemen fantasi untuk mencipta pengalaman yang menarik dan mengasyikkan. Perwakilan Yasuke dalam game kami adalah ilustrasi ini.
Kehidupannya yang unik dan misteri menjadikannya calon yang ideal untuk menceritakan kisah Assassin’s Creed dengan latar belakang Feudal Jepun. Walaupun Yasuke digambarkan sebagai samurai dalam Assassin’s Creed Shadows, kami mengakui bahawa ini adalah perkara untuk berdebat dan bincang. Kami telah menyusun ini dengan teliti ke dalam naratif dan dengan watak utama yang lain, shinobi Jepun Naoe , yang sama penting dalam game, dua protagonis kami menyediakan pemain dengan gaya gameplay yang berbeza.
@gamersantaimy
Discussion about this post