Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Panduan Hadiah PlayStation 2021: Bergembira bersama keluarga & sahabat tanpa had!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2021
in Aksesori, Artikel, Berita, Panduan, PS4, PS5, Teknologi
0 0
0
Panduan Hadiah PlayStation 2021: Bergembira bersama keluarga & sahabat tanpa had!
0
SHARES
437
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Musim cuti sudah hampir dan nampaknya ramai sudah mula sibuk membeli-belah! Sempena itu, ramai pemilik PlayStation pasti sedang mencari item dan aksesori gaming bagi melengkapkan setup mereka. Jika anda ingin buat kejutan tetapi tidak tahu apa untuk beli, saya sedia membantu dengan Panduan Hadiah PlayStation 2021 ini! Tidak kira sama ada untuk pemilik PlayStation 5 atau PlayStation 4, berikut ialah beberapa gajet, aksesori dan game terbaik yang boleh anda beri kepada pencinta PlayStation.

Khas untuk pengguna PlayStation 5

Controller DualSense

Jika orang yang awak nak beli hadiah itu memiliki PlayStation 5, salah satu hadiah paling mudah yang anda boleh dapatkan untuk mereka adalah controller DualSense baru. Berbanding tahun lepas, Sony mengeluarkan dua model DualSense baru pada 2021 yang didatangkan dalam varian merah dan hitam iaitu Midnight Black dan Cosmic Red!

Bagi mereka yang tidak tahu, DualSense memperkenalkan dua ciri utama iaitu Haptic Feedback yang dapat mensimulasikan sensasi tertentu seperti berjalan di atas rumput, berenang di dalam air dengan lebih baik, dan Adaptive Trigger yang memberikan “tension” kepada butang apabila kita melakukan sejenis aksi tertentu – sebagai contoh, menarik anak panah atau menembak senapang, untuk menjadikan sesi gaming kita di PlayStation 5 lebih imersif.

Dijelaskan dalam unboxing kami, sesiapa yang setia dengan rupa ikonik PlayStation boleh dapatkan DualSense Midnight Black. Bagi mereka yang sukakan rupa lebih “garang” atau menyerlah, Cosmic Red pasti akan memikat hati. Jika anda mengenali seseorang yang ingin mencantikkan lagi rupa controller PS5 yang mereka gunakan, pilihan ini pasti akan menggembirakan semua peminat PlayStation.

  • Baca unboxing kami di sini
  • Beli di sini: Standard, Midnight Black, Cosmic Red

Pulse 3D Wireless Headset

Pulse 3D Wireless Headset adalah salah satu set aksesori paling diingini oleh pemilik PS5 dan PS4 untuk beberapa sebab yang kukuh. Headset ini bukan sahaja menampilkan ciri kualiti audio yang tidak dimiliki pada peranti lain, malah ia juga hadir pada nilai harga mampu milik!

Headset Pulse 3D dirancang khusus untuk memanfaatkan sepenuhnya Tempest 3D AudioTech dalam PlayStation 5, dengan tindak balas frekuensi yang diselaraskan untuk membantu pemain menentukan bunyi dengan lebih tepat pada lokasi yang betul supaya sepadan bersama gameplay di skrin. Selain itu, ia memperkenalkan ciri equalizer control dalam update terbaru supaya pemain dapat mengubah suai tetapan equalizer semasa bermain melalui Control Center, tanpa perlu keluar dari permainan.

Jika anda mengenali seseorang yang memerlukan headset PS5 atau PS4 baru, ini adalah salah satu pilihan paling “solid”.

  • Beli di sini

PS5 Media Remote

Letih bermain game? Korang boleh santai layan Netflix, Youtube atau apa-apa yang disukai dengan mudah menggunakan Media Remote bersama ahli keluarga dan pasangan.

Saya faham ia agak leceh menggunakan controller, jadi tonton hiburan media kegemaran dengan mudah di PlayStation 5 dengan Media Remote intuitif yang menampilkan kawalan seperti “built-in play/pause, fast forward dan fast reverse”. Pada masa yang sama, pengguna mempunyai keupayaan untuk menghidupkan PS5 dan TV (yang serasi) secara langsung untuk akses pantas serta dapat melaraskan tahap kelantangan.

  • Beli di sini

Khas untuk pengguna PlayStation 4

PS VR

Untuk pengguna PS4 yang ingin “upgrade”, anda juga boleh cuba PS VR yang “bakal membawa kita ke dunia lain”. Cara-cara nak guna pun mudah saja, dengan hanya memasang peranti VR pada PS4 dan pakaikan headset kat kepala. Selesai sahaja setup, anda sudah siap sedia untuk melawat lokasi dan dunia dalam permainan. Semuanya boleh dengan VR.

Antara game PlayStation yang menyokong PS VR termasuk Hitman III, Star Wars: Squadron, Minecraft, Resident Evil 7 dan Marvel’s Iron Man VR.

DUALSHOCK 4

Tak kisah sama ingin bermain game multiplayer dengan ahli keluarga dan rakan-rakan atau tanpa sengaja telah merosakkan controller lama, mungkin ada yang inginkan controller Playstation baru.

Nasib baiklah, Dualshock 4 boleh didapati di hampir semua tempat dan tersedia dalam pelbagai warna yang berbeza seperti Midnight Blue, Green Camouflage, Blue Crystal, Red Crystal, Glacier White, dan lain-lain. Bukan setakat itu sahaja -pemilik Playstation 5 yang memerlukan controller kedua juga boleh dapatkan Dualshock 4 kerana ia serasi dengan konsol dan sedikit lebih murah berbanding DualSense.

  • Beli di sini

“Play has No Limit” bersama senarai game di bawah

Ratchet & Clank: Rift Apart (PS5)

Mempunyai PS5 tetapi tidak tahu game apa untuk cuba? Ratchet & Clank: Rift Apart adalah sebuah yang semua peminat PlayStation patut miliki. Dihasilkan oleh Insomniac Games (studio sama yang membuat Marvel’s Spider-Man), Rift Apart adalah entri terbaharu dalam siri Ratchet & Clank  dan merupakan yang terbaik pernah dibuat dalam siri ini. Ia bukan sahaja menambah baik semua ciri-ciri yang diperkenalkan oleh francais pada masa lalu, malah menggunakan teknologi yang memanfaatkan teknologi PS5 dalam cara yang tidak dilakukan oleh kebanyakan game lain.

Bagi saya, Ratchet & Clank: Rift Apart adalah salah satu game terbaik yang tersedia pada PS5 pada masa ini. Jika anda mengenali seseorang pemilik PS5 yang belum mencuba Rift Apart lagi, ini adalah hadiah yang sesuai untuk diberikan.

  • Baca ulasan kami di sini
  • Beli di sini

Ghost of Tsushima Director’s Cut (PS5)

Sekiranya anda gemar bermain game naratif sambil meneroka zaman feudal Jepun, saya sarankan anda cuba Ghost of Tsushima Director’s Cut! Walaupun tersedia dalam edisi Standard, Director’s Cut terbukti adalah versi definitif yang patut semua orang dapatkan selepas menerima banyak pencalonan dan penghargaan anugerah dari pengkritik di seluruh dunia.

Ghost of Tsushima menceritakan kisah Jin Sakai yang setelah tercedera dalam peperangan dahsyat, merupakan satu-satunya anggota samurai yang masih hidup. Kini, dia harus membebaskan pulau Tsushima dari cengkaman askar Mongolia. Pendek kata, Director’s Cut adalah versi “upgrade” kepada Ghost of Tsushima dan adalah pembelian yang cukup berbaloi!

  • Baca ulasan kami di sini
  • Beli di sini

Death Stranding Director’s Cut (PS5)

Dihasilkan oleh “the one and only” Hideo Kojima, Death Stranding mengisahkan tentang Sam Porter Bridges -seorang “penghantar kargo” yang bekerja untuk BRIDGES, sejenis organisasi pelik yang berusaha untuk membina semula negara Amerika setelah peristiwa tragis melanda Bumi.

Sama seperti Ghost of Tsushima, Death Stranding versi Director’s Cut mempunyai pelbagai upgrade dan tambahan content untuk pemain cuba. Dengan gameplay unik yang tertumpu pada penghantaraan pakej di Amerika Syarikat, versi Director’s Cut juga lebih mudah diakses oleh pemain baru dengan menambah ciri seperti jet pack, robot dan visual yang dipertingkatkan.

  • Baca ulasan kami di sini
  • Beli di sini

Returnal (PS5)

Returnal adalah game yang bagus untuk mereka yang suka cabaran dengan sedikit tambahan aksi “roguelike“. Sebagai “action shooter platformer” yang bersifat eksploratif, dengan unsur seram psikologi, Returnal menunjukkan ia mampu menggabung pelbagai elemen menjadi satu gameplay unik.

Mengisahkan seorang angkasawan bernama Selene, dia tanpa sengaja mendapati dirinya terdampar di planet asing Atropos selepas kapal angkasanya mengalami kemalangan. Hanya bersenjatakan pistol, Selene memulakan perjalanan untuk menjejaki sebuah isyarat pelik. Jika anda ingin menghadiahkan sebuah game shooter tetapi inginkan sesuatu yang berbeza, Returnal adalah pilihan yang tepat.

  • Baca ulasan kami di sini
  • Beli di sini

Deathloop (PS5)

DEATHLOOP adalah sebuah game FPS dari Arkane Lyon, studio sama yang membangunkan Dishonored dan mengisahkan dua pembunuh upahan yang terperangkap dalam sejenis “time loop” misteri di pulau Blackreef. Ditakdirkan untuk mengulang hari yang sama buat selama-lamanya, hanya ada satu cara untuk membebaskan diri, iaitu pemain harus membunuh lapan orang dalam yang bertanggungjawab untuk menjaga timeloop dalam tempoh satu hari.

Konsep macam menarik kan? Kematian merupakan sesuatu perkara yang biasa ketika bermain tetapi game ini menggalakan kita untuk berksperimen dengan playstyle yang berbeza setiap kali. Mungkin ada kawasan atau misi tertentu yang mempunyai pendekatan khusus, jadi ia terpulang kepada pemain untuk bermain bagaimana mereka mahu.

  • Beli di sini

FIFA 22 (PS4 & PS5)

Baru dilancarkan bulan lepas, FIFA 22 merupakan game pertama dalam francais yang dilancarkan untuk konsol next-gen iaitu PlayStation 5. Faham-faham lah kenapa ramai yang teruja. Dengan hasrat untuk memberi pengalaman serba baru selepas memperkenalkan pelbagai penambahan menarik termasuk teknologi Hypermotion.

Ternyata lebih baik dan lebih realistik, setiap peminat bola sepak harus dapatkan FIFA 22 sebab dari banyak-banyak entri dalam francais, FIFA 22 adalah yang paling padu!

  • Baca ulasan kami di sini
  • Beli di sini

Call of Duty Vanguard (PS4 & PS5)

https://www.youtube.com/watch?v=c8dqtXzT_tU

Kembali ke masa silam dalam COD: Vanguard, di mana kita akan bermain sebagai salah seorang daripada lima askar yang bangkit untuk menjadi wira dalam perang Dunia II. Menampilkan naratif sinematik dan gameplay mengasyikkan, veteran CoD boleh alami Perang Dunia Kedua dengan mata sendiri.

Dengan 20 peta tersedia semasa pelancaran, COD: Vanguard membawa salah satu tawaran terbesar kepada Call of Duty Multiplayer. Pemain sendiri boleh merasakan pertempuran pantas dan taktikal merentas pelbagai mod Multiplayer termasuk Team Deathmatch, Kill Confirmed, Domination dan beberapa mod terbaru seperti Patrol dan Champion Hill.

Baru sahaja dikeluarkan awal bulan ini, Vanguard adalah antara hadiah paling latest korang boleh dapatkan untuk peminat FPS!

  • Baca ulasan kami di sini
  • Beli di sini

Just Dance 2022 (PS4 & PS5)

Cara apa lagi yang lebih seronok selain dari menari kepada lagu-lagu kegemaran anda! Di sini, saya mencadangkan Just Dance 2022! Tanpa memerlukan apa-apa aksesori tambahan, korang hanya perlu gunakan aplikasi Just Dance di telefon pintar dan serta, anda boleh menari ditemani lagu-lagu poplar pada tahun ini seperti “Don’t Go Yet” oleh Camila Cabello, “Love Story (Taylor’s Version)” oleh Taylor Swift, “”Happier Than Ever”” oleh Billie Eilish, dan banyak lagi.

Jika kebetulan sedang mencari cara yang menyeronokkan untuk bersenam atau berseronok dengan keluarga, anda boleh mencuba Just Dance 2022.

NBA 2K22 (PS4 & PS5)

Sama seperti FIFA, NBA 2K22 ialah game untuk sesiapa sahaja yang ingin beraksi di gelanggang. Menampilkan lebih banyak mekanik dan penambahbaikan daripada entri lama dalam francais game NBA, peminat yang berimpian untuk bermain bersama Lebron James di liga besar pasti akan menyukai NBA 2K22.

Sama ada melalui mod seperti myCAREER yang menawarkan kisah epik sendiri kepada mod pengurusan myTEAM, anda boleh buat macam-macam untuk aksi di gelanggang dalam thriller Bola Keranjang ini.

Baucar PlayStation Network

Jika anda keliru dan tidak tahu apa untuk beli, baucar PlayStation Network adalah hadiah yang paling selamat untuk dapatkan. Terdiri daripada dua pilihan, anda boleh dapatkan PlayStation Store gift card yang membolehkan seseorang itu membeli game, DLC, season pass dan lain-lain atau PlayStation Plus Gift Card yang menawarkan pelbagai diskaun dan akses kepada “online multiplayer”.

Walaupun langganan PlayStation Plus bukan hadiah paling glamor berbanding produk di atas, sesiapa sahaja yang kerap menggunakan PS5 atau PS4 pasti akan melanggan. Apatah lagi, ahli PS Plus pasti akan mendapat harga diskaun yang bermakna anda boleh dapatkan game kegemaran pada harga yang lebih murah. Baucar PSN & PS Plus boleh didapati di kedai serbaneka rantaian seperti 7-11 & pengedar sah PlayStation.

  • Info lanjut di sini

Itu sahaja untuk Panduan Hadiah PlayStation saya bagi tahun 2021! Walaupun setiap orang mempunyai citarasa uni sendiri, ada satu perkara yang sama iaitu kita semua suka menerima hadiah! Tidak kira ada game atau aksesori bagi konsol, semuanya bagus dan pasti akan dihargai. Jika senarai di atas tidak menepati kriteria, anda juga boleh melawat laman web rasmi Sony Malaysia atau kedai dalam talian Lazada untuk melihat segala pilihan yang tersedia!

Apa-apa pun, selamat ber-gaming!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PanduanplaystationPS4ps5
Previous Post

Gamer Forza Horizon 5 kena ban hampir 8000 tahun selepas tambah design Kim Jong-un & KFC di kereta

Next Post

PS Plus Disember 2021 memberikan 4 game percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
PS Plus Disember 2021 memberikan 4 game percuma!

PS Plus Disember 2021 memberikan 4 game percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd