Jenama jam tangan Angel Clover dari Jepun telah bekerjasama dengan francais Initial D untuk melancarkan empat model edisi khas bersempena dengan ulang tahun ke-30 Initial D. Berita baiknya, peminat di Malaysia juga mempunyai peluang untuk membuat pra-tempah bagi mendapatkan jam tangan kolaborasi tersebut.
Ueni Trading Co., Ltd. mengumumkan bahawa pra-tempah global telah dibuka secara rasmi. Ini membolehkan peminat di Malaysia membeli jam tangan tersebut secara dalam talian melalui kedai animate International, lengkap dengan pilihan penghantaran terus ke Malaysia.

Koleksi ini menampilkan empat model kronograf berbeza, di mana setiap satunya direka khas bertemakan watak utama serta kereta ikonik mereka:
- Model Takumi Fujiwara (Toyota Sprinter Trueno AE86): Jam tangan ini menggunakan skema warna klasik hitam-putih milik Hachiroku. Ia menampilkan permukaan (dial) berwarna putih, sub-dial hitam yang direka seperti meter papan pemuka, serta angka “86” pada posisi pukul 12.

- Model Ryosuke Takahashi (Mazda RX-7 FC3S): Diispirasikan oleh kereta RX-7 putih yang dipandu oleh ketua kumpulan RedSuns. Model ini membawakan reka bentuk yang ringkas dan kemas dengan angka “7” pada posisi pukul 12.

- Model Keisuke Takahashi (Mazda RX-7 FD3S): Membawakan warna kuning terang yang sedondon dengan kereta RX-7 milik Keisuke, serta turut menampilkan angka “7” pada posisi pukul 12.

- Model Bunta Fujiwara (Subaru Impreza WRX GC8): Menggunakan warna biru gelap bagi menggambarkan kereta Impreza WRX GC8 type R STi yang dipandu oleh bapa Takumi.

Dari segi teknikal, jam tangan ini menggunakan pergerakan Solar Quartz Cal.VR42. Memandangkan jam ini mengecas bateri menggunakan cahaya yang menembusi sub-dial, anda tidak perlu risau tentang menukar bateri.
- Saiz Kerangka (Case Size): Diameter 40mm
- Bahan: Kerangka dan tali jam keluli tahan karat (stainless steel) bersama kaca mineral
- Simpanan Kuasa: Sekitar 4 bulan dengan cas penuh, lengkap dengan ‘power reserve indicator’
- Ketahanan Air: 10 ATM (sesuai untuk kegunaan harian dan berenang)
Harga di Malaysia dan Butiran Pra-Tempah
Setiap model ditawarkan pada harga RM1,200.00 (termasuk cukai). Pembeli di Malaysia boleh membuat tempahan terus melalui laman web rasmi animate International. Pra-tempah secara dalam talian ini dibuka sehingga akhir Jun 2026.

Setiap pra-tempah jam tangan juga akan menerima rantai kunci logam khas sebagai hadiah bonus eksklusif.



![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post