Saya tahu reka bentuk PS5 telah mengejutkan ramai peminat ketika Sony melancarkan konsol generasi terbaru ini. Selain daripada kecanggihan perkakasan, satu perubahan besar yang dibuat adalah dengan membuang warna hitam tradisional. Sony memperkenalkan skema warna putih, tetapi bagi mereka yang ingin mencari warna lain, kini alat kawalan DualSense boleh didapati dalam dua warna baru: Midnight Black dan Cosmic Red. Inilah unboxing kami untuk warna baru DualSense – Midnight Black dan Cosmic Red!
Berikut adalah gambar yang diambil dan perbezaan antara setiap warna DualSense:
DualSense Midnight Black adalah rupa yang ikonik bagi pemain yang setia dengan PlayStation, memandangkan skema warna ini sudah lama wujud sejak zaman PlayStation 2. Setiap bahagian DualSense Midnight Black termasuk butang aksi, D-Pad, Touchpad, analog stick, butang PlayStation, dan bahagian pembesar suara adalah sama seperti DualShock 4 di mana ia memberi reka bentuk hitam yang bersatu dan kemas.
Bagi mereka yang tidak beberapa suka skema dua tona DualSense dan ingin sedikit rasa nostalgia, ini adalah pilihan yang bagus. Walaupun ia lebih sukar untuk melihat debu di DualSense Midnight Black tetapi ini adalah tambahan yang bagus bagi barisan alat kawalan PlayStation. DualSense Midnight Black kini tersedia pada harga RM349.00.
Selain itu, Cosmic Red pula menawarkan reka bentuk yang sama seperti DualSense asli, di mana warna merah menggantikan warna putih di seluruh badan DualSense. Pada masa yang sama, saya sedar bahawa warna merah ini tidak terang seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan sangat berbeza dengan warna merah lain yang pernah digunakan oleh Sony, misalnya, PS4 edisi khas Marvel’s Spider-Man. Ia lebih gelap tetapi masih menarik perhatian bila diletakkan di sebelah DualSense lain. Anda kini boleh membeli DualSense Cosmic Red pada nilai harga RM369.00.
Ini ialah dua warna pertama untuk DualSense yang dikeluarkan oleh PlayStation, dan walaupun PS5 masih “baru” lagi dalam pasaran, saya jangka kita akan melihat lebih banyak warna lagi dalam masa terdekat memandangkan Sony mengeluarkan pelbagai reka bentuk untuk DualShock 4 bagi meraikan PlayStation 4.
Tidak kira warna apa yang anda pilih untuk DualSense, saya berharap ia memenuhi citarasa peribadi anda. Alang-alang itu, anda juga boleh mencuba permainan eksklusif PS5 Ratchet & Clank: Rift Apart yang memanfaatkan setiap ciri DualSense. Pastikan anda membaca ulasan kami di SINI, dan untuk semua liputan lanjut tentang PS5, sila tekan pautan ini. Itu sahaja untuk unboxing DualSense Midnight Black dan Cosmic Red. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!
@gamersantaimy
Discussion about this post