Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] COD: Vanguard – Alami Perang Dunia Kedua dari Pelbagai Perspektif

Maira by Maira
November 23, 2021 - Updated on November 24, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Game Review, Genre, Review
0 0
0
[Review] COD: Vanguard – Alami Perang Dunia Kedua dari Pelbagai Perspektif
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty: Vanguard, merupakan permainan terbaru dari francais COD yang berlaku semasa Perang Dunia kedua. Ia telah dilancarkan pada 5 November yang lalu ke pelbagai platform seperti PC, PS4, PS5, Xbox Series X|S dan Xbox One. Macam biasa, kalau keluar game baru mesti kami akan cuba dan memberikan review untuk game tersebut. Jadi, kalau nak tau apa yang best atau kurang dekat COD Vanguard, jom baca review kami ini.

Campaign

Jika kita bercakap tentang perasaan yang paling intuitif semasa permainan, ia adalah grafik dan prestasi CG permainan yang boleh dianggap sebagai salah satu yang terbaik dalam siri “Call of Duty.” Watak-watak yang terdapat dalam permainan membuatkan anda rasa seperti mereka manusia yang sebenar dalam dunia ini dan bukanlah watak fiksyen semata-mata. Ini yang membuatkannya lebih menarik.

Anda boleh melihat banyak teknik filem klasik dari plot Vanguard, tidak kisahlah pengeboman Midway atau mendaki hutan semasa Campaign Solomon, gabungan bunyi dan grafiknya menunjukkan adegan yang sempurna. Di bandar yang tenang dan aman bertukar huru hara apabila perang bermula dan anda yang baru selesai melarikan diri, meilhat kota yang telah musnah. Adegan ini sudah semestinya memberikan impak yang kuat kepada watak. Tetapi ini hanya pada permukaan sahaja. Walaupun banyak lagi aksi hebat yang berlaku, ia tidak boleh membuatkan saya cukup kagum atau ingat dengan jelas mengenai ceritanya.

Saya rasa macam Vanguard mahu membuat perkara yang sama dalam “Modern Warfare” atau “Black Ops” yang menggabungkan beberapa siri lain untuk berhubung dengan garis masa peperangan tetapi untuk satu permainan, ia mempunyai ramai watak. Mungkin itu menjadi penyebab mengapa cerita dalam Campaign agak mengecewakan. Empat watak utama dalam COD: Vanguard mempunyai kemahiran yang istimewa. Salah seorang daripadanya boleh bergerak pantas, ada yang boleh memanjat dinding yang kebanyakan watak tidak mampu melakukannya. Watak lain pula mempunyai eagle eye, bullet time dan sebagainya. Semua kemahiran ini memang selaras dengan persona watak yang tersedia. Kesan dari setiap kemahiran juga memastikan saya sentiasa mendapat benda baru dalam permainan. Proses ini sangat menarik apabila saya belajar cara untuk menggunakannya dengan bijak.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Multiplayer

Multiplayer dalam COD: Vanguard dibahagikan kepada dua iaitu Multiplayer Mode dan Zombies Mode. Multiplayer Mode meneruskan mod seperti Team Deathmatch, Occupation War dan juga Kill Confirmation. Selain itu, mod terbaru iaitu Patrol Mode juga diperkenalkan. Mod Multiplayer Vanguard masih bagus dengan 16 peta baru untuk permainan itu dan ia semestinya memberikan anda peta berbeza setiap kali bermain melainkan anda tidak bernasib baik. Jadi, salahkan RNG jika anda dapat peta sama sahaja. Penambahan scene destruction system juga membuatkan keseluruhan permainan lebih gempak. Anda boleh memecahkan dinding untuk mendapatkan mata atau membunuh musuh. Disebabkan ini pertama kali sistem seperti ini wujud dalam COD, saya agak terkejut bila musuh memusnahkan dinding dan membunuh saya.

Zombies mode dalam Vanguard terasa macam permainan yang tidak siap sepenuhnya. Ketika pengakhiran peperangan semakin hampir, pegawai X telah membuat pakatan dengan syaitan dan cuba untuk menggunakan tentera mayat hidup untuk menghidupkan semula kegemilangan Third Reich. Anda hanya perlu pergi ke neraka tersebut dengan bantuan ahli arkeologi tertentu dan beberapa pahlawan legenda untuk melawan tentera mayat hidup dan memusnahkan rancangan jahat ini. Dan itu sahaja yang anda akan dapat dari plot Zombies. Saya tidak tahu kalau ada plot tersembunyi tapi kalau ada kandungan tambahan, mungkin ia akan membuatkan Zombies mode ini lebih bagus.

Pada mulanya, mod ini seronok untuk dimainkan dengan penerokaan di beberapa tempat baru tetapi kandungan yang sama membuatkannya seperti mempunyai kandungan yang sedikit. Walaupun lokasinya berbeza untuk setiap misi, ia memberikan perasaan “deja vu” dan membuatkan gameplay semakin lama menjadi bosan.

Kesimpulan

Bagi saya, permainan standard Vanguard sahaja yang masih mengekalkan penampilannya. Gaya naratif sinematik dan setiap perincian sangat mengasyikkan, anda dapat melihat dari setiap sudut bahawa pasukan produksi berharap untuk menghasilkan perang yang lebih komprehensif melalui subjek asal Perang Dunia kedua. Tetapi ianya dihadkan oleh kandungan keseluruhan permainan. Jika setiap bab dilepaskan secara individu, Vanguard mungkin mendapat pengalaman dan prestasi yang cukup baik tetapi apabila semuanya disatukan, agak sukar untuk memberikan kesan yang berkekalan kepada pemain.

Mod multiplayer Vanguard pula mengekalkan tradisi ini, anda boleh terus ke pertempuran dengan pelbagai cara bermain dengan pilihan yang disediakan. Tetapi kandungan yang tersedia berserta battle pass Vanguard tidak mampu memberikan masa bermain yang panjang. Jadi, kalau anda jenis yang ingin bermain sekejap selepas balik kerja, Vanguard mampu memberikan anda pengalaman yang masih luar biasa.

Itu sahaja untuk sesi review kali ini. Jika anda ingin membaca review lain dari kami, sila klik pada pautan ini.

Muat turun di sini
Call of Duty: Vanguard
Publisher: Activision
Release Date TBC
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Call of Duty: Vanguard adalah tajuk baru yang bakal tiba ke siri Call of Duty. Game ini telah dibangunkan oleh Sledgehammer Games, iaitu studio yang sama menghasilkan Call of Duty: World at War II, dan Vanguard juga membawa pengalaman Perang Dunia ke-2 seperti sebelumnya.

The Review

Call of Duty: Vanguard

7 Score

PROS

  • Persembahan sinematik yang hebat
  • Multiplayer masih mempunyai prestasi yang bagus

CONS

  • Terlampau banyak watak dalam jalan cerita
  • Kandungan Zombie Mode tidak cukup

Review Breakdown

  • COD Vanguard masih lagi mengekalkan reputasi mereka sebagai salah satu permainan COD. Jadi kalau korang tidak kisah dengan jalan ceritanya, ia agak enjoy untuk dimainkan. 0
Tags: Call of Duty: Vanguardreview
Previous Post

“Jom rebut peluang untuk bertemu si Witcher, Henry Cavill” – Sesi Meet & Greet maya di Malaysia!

Next Post

Review vivo X Mobile Legends Y76 5G – Pengalaman gaming lancar pada harga mampu milik!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Review vivo X Mobile Legends Y76 5G – Pengalaman gaming lancar pada harga mampu milik!

Review vivo X Mobile Legends Y76 5G - Pengalaman gaming lancar pada harga mampu milik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd