Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 11 Jun 2026, Golden Screen Cinemas (GSC) akan memulakan tayangan rasmi bagi filem anime Gintama the Movie 2026: Yoshiwara in Flames di seluruh negara.

Filem ini merupakan remake penuh bagi arc “Yoshiwara in Flames,” yang asalnya ditayangkan dalam episod 139 hingga 146 siri anime. Walaupun jalan cerita utama masih kekal sama, penonton bakal menyaksikan lebih daripada sekadar peningkatan kualiti visual.

Filem ini menampilkan adegan animasi yang baharu sepenuhnya. Malah, ada kemunculan watak-watak yang asalnya tidak ada dalam arc ini semasa tayangan siri anime dahulu.

Berlatarkan daerah bawah tanah Yoshiwara yang tersembunyi, kisah ini bermula apabila kumpulan Yorozuya membongkar satu konspirasi besar. Asalnya bermula sebagai tugasan mencari seorang wanita misteri tiba-tiba bertukar menjadi sebuah pemberontakan berbahaya.

Gintoki dan rakan-rakannya harus berhadapan dengan Night King Housen, demi mengembalikan sinar harapan dan maruah penduduk Yoshiwara yang tertindas.

Tayangan Eksklusif

Gintama the Movie 2026: Yoshiwara in Flames Malaysia ODEX Screening tickets are on sale now!

3pm, 6 June 2026 (Sat) @ GSC LaLaport BBCC

– Japanese Audio with
– English, Simplified Chinese and Bahasa Melayu subtitles
– Duration: 125 mins

Tickets are NOW ON SALE! Hurry up and… pic.twitter.com/bZC8xPitYC

— GSC (@GSCinemas) May 28, 2026

Sebelum filem ini dibuka untuk tayangan umum, ODEX akan mengadakan Fan Screening eksklusif pada hari Sabtu, 6 Jun 2026, jam 3:00 petang. Acara ini akan berlangsung di GSC LaLaport BBCC, dan tiket sudah mula dijual.

Berharga RM120, pakej Fan Screening ini adalah koleksi wajib bagi peminat tegar. Setiap pembelian tiket akan disertakan dengan pelbagai barangan rasmi yang diimport terus dari Jepun:

  • Stiker Manga Asal: Pilihan rawak 1 daripada 5 reka bentuk.
  • Kad Mesej Khas: Menampilkan tandatangan pencipta legenda siri ini, Hideaki Sorachi-sensei.
  • Kad Ilustrasi: Pilihan rawak 1 daripada 2 reka bentuk.
  • Pemegang Minuman Elizabeth: Barangan koleksi fizikal maskot putih misteri kegemaran ramai.
  • Poster Holografik A3: Poster premium dengan kesan kilauan khas untuk edisi 2026.
Tags: animeGintama
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Tangguh Reboot Fable Ke Februari 2027 Bagi Elak Persaingan

Next Post

Bukan Lagi MMO Biasa, Ragnarok Console Project Fokus Kepada Kisah Lagi Serius Untuk Konsol!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Bukan Lagi MMO Biasa, Ragnarok Console Project Fokus Kepada Kisah Lagi Serius Untuk Konsol!

Bukan Lagi MMO Biasa, Ragnarok Console Project Fokus Kepada Kisah Lagi Serius Untuk Konsol!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd