gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Review Death Stranding Director’s’ Cut – Kurang berjalan, lebih banyak aksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, PS5, Review, Sci-fi/ Thriller
0 0
0
Review Death Stranding Director’s’ Cut – Kurang berjalan, lebih banyak aksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti kebanyakan game eksklusif PlayStation, Death Stranding tidak lama lagi akan mendapat upgrade next-gen untuk PlayStation 5. Itu memang perkara biasa pada tahun 2021 tetapi apa yang lebih mengejutkan lagi adalah ia sebenarnya memiliki banyak perubahan daripada segi kandungan. Memandangkan Death Stranding sangat terkenal di kalangan peminat Hideo Kojima, mungkin ramai juga yang tidak sabar untuk mencuba. Sempena itu, kami berpeluang bermain game ini dan berikut adalah review saya untuk Death Stranding Director’s’ Cut!

Review Death Stranding: The Directors’ Cut tidak termasuk penjelasan tentang gameplay asas dan sebagainya. Anda boleh merujuk review lama kami untuk maklumat penuh.

Latar belakang

Sekiranya anda baru nak kenal Death Stranding, saya akan cuba beri sinopsis yang mudah untuk faham. Game ini mengisahkan tentang Sam Porter Bridges, seorang “penghantar kargo” yang bekerja untuk BRIDGES, sejenis organisasi pelik yang berusaha untuk membina semula negara Amerika setelah peristiwa tragis yang digelar sebagai “The Death Stranding”. Pendek cerita, dunia telah kiamat, di mana sesiapa yang mati akan menjadi BT (Beached Thing). Sudah tentu, makhluk ini sangat berbahaya dan akan meletup jika memakan manusia. Ia juga halimunan, dan hanya dapat dilihat oleh Sam jika dia menggunakan BB (Bridge Baby).

Umat manusia kini menetap di pelbagai fasiliti yang dibina oleh Amelie semasa ekspedisi Bridges 1. Sama seperti ekspedisi sebelum, sekarang Sam perlu mengembara seluruh Amerika, untuk menghubungkan setiap fasiliti kepada Chiral Network (umpama rangkaian internet) supaya manusia dapat berhubung semula. Bagi pendapat saya, Death Stranding sebenarnya mempunyai naratif yang bagus dan mengajar kita tentang kepentingan sebuah hubungan. Cuma maksudnya terlalu mendalam dan sukar untuk faham sehingga ramai yang menganggap game ini hanyalah kisah apokaliptik di mana manusia perlu mencari cara untuk bertahan hidup.

Apa yang baru?

Untuk Director’s Cut, memang betul mereka ada membuat penambahan daripada segi kandungan tetapi ia bukan lah penambahan yang drastik. Versi Director’s Cut lebih kepada “menambahkan kandungan yang sebelum ini tidak dapat dimasukkan dalam versi PS4.” Berikut adalah antaranya:

Senjata baru (Maser Gun)

Senjata ini boleh menembak aliran elektrik dan dapat memberhentikan majoriti kenderaan. Kita akan mendapat senjata ini pada awal permainan setelah membuka West Distro di peta pertama. Senjata ini merupakan pilihan yang bagus untuk melawan MULE (musuh manusia) jika anda takut untuk bertarung secara jarak dekat.

Banyak pilihan baru untuk menghantar kargo

Kita ada Buddy Bot, Catapult, Jump Ramp dan banyak lagi, yang memberi lebih banyak pilihan untuk pemain menghantar barang atau pakej. Saya belum unlock semua pilihan, tetapi kalau diperhatikan betul-betul, ada tema konsisten di mana setiap fitur memudahkan kita. Buddy Bot dalam versi Director’s Cut mempunyai dua pilihan baru iaitu: ia boleh mengikuti Sam dan memegang bungkusan atau kita boleh terus menunggang Buddy Bot untuk menghantar bungkusan. Namun, korang semua harus tahu bahawa jalan yang ia akan guna kadangkala tidak selamat atau stabil, dan jika anda menunggang Buddy Bot, penilainan kita akan sentiasa diterhadkan kepada rating “A” (mengurangkan ganjaran bagi setiap misi).

Untuk “catapult”, ia membolehkan kita “mencampak” bungkusan di kawasan berbahaya, lalu memakai payung terjun untuk perlahan-lahan mendarat di tanah. Ini pun adalah penambahan yang bagus jika misalnya anda perlu bergerak melalui kem yang dipenuhi oleh MULE. Satu lagi cara alternatif untuk menggunakan catapult adalah di kawasan berbatu kerana kita berisiko menjatuhkan barang. Sebaliknya, barang boleh dibaling ke kawasan yang lebih selamat semasa mendaki. Hampir sama seperti catapult, game juga memperkenalkan Jump Ramp, yang melancarkan Sam ke lokasi tertentu.

Akhir sekali adalah “customizable backpack”, di mana kita boleh menambah kocek untuk bom tangan. Seperti namanya, ia membolehkan kita menyimpan lebih banyak bom untuk meletupkan BT. Yang ini pun merupakan antara penambahan yang paling bagus, terutamanya jika anda bersifat agresif dan tidak suka gameplay berunsur menyelinap. Sebelum beralih ke topik seterusnya, ada satu perkara terakhir yang saya ingin tambah. Mereka telah memperbaiki UI untuk Fragile Jump (sistem fast travel) yang kini menunjukkan keseluruhan peta supaya kita dapat merancang dengan lebih jelas ke mana hendak pergi.

Fasiliti baru

Terdapat dua fasiliti baru yang dapat digunakan oleh Sam iaitu: Racetrack dan Firing Range. Di Racetrack, kita boleh berlumba dengan penghantar kargo lain, tetapi sejujurnya.. tiada apa yang begitu menarik di sini. Kalau nak berlumba, lebih baik saya bermain Need for Speed.

Firing Range pula izinkan kita berlatih dengan semua senjata – sama ada untuk berlatih membaling bom, menembak sasaran dengan lebih tepat, atau cuba salah satu cabaran dengan senjata spesifik. Sebagai contoh, cabaran “Bola Gun (memang namanya gitu)” meminta kita untuk menewaskan MULE dan menyelesaikan misi sebelum tempoh waktu habis. Ini mengajar kita tentang betapa pentingnya menyerang musuh pada bahagian tertentu kerana tembakan di kepala lebih efektif berbanding kita tembak di badan atau kaki.

Jika anda balik ke bilik peribadi Sam (tempat kita mandi, tidur, minum air tin), korang juga boleh memerhatikan sebuah fitur baru bernama “Nightmares”. Dalam mod ini, Sam boleh bertarung semula dengan semua bos besar daripada jalan cerita utama. Lebih banyak bos akan ditambah semakin kita maju dalam jalan cerita.

Kawasan baru: “The Ruined Factory”

Kawasan ini melibatkan sebuah kilang terbiar di peta pertama di mana ia sebenarnya dipecahkan kepada beberapa bahagian. Hanya ada satu cara untuk membuka bahagian rahsia ini iaitu kita harus menyelesaikan beberapa misi tertentu supaya dapat meneroka kilang dengan lebih terperinci. The Ruined Factory mempunyai kisah naratif sendiri, dan saya nak terangkan pun susah kerana masih belum teroka sampai habis. Dari luaran, ia nampak seperti makmal dari dunia “Old World”, jadi mungkin ada rahsia tentang kejadian malapetaka bumi di kilang ini.

Kalau ada yang bosan menghantar barang, saya memang sarankan korang cuba Ruined Factory. Berbeza dari misi utama, kita akan meneroka di dalam kilang sambil menyelinap di belakang Mule yang kebetulan menjadikan tempat itu sebagai salah satu markas. Untuk mereka yang rindukan Metal Gear Solid, ini adalah sesuatu yang wajib kamu cuba!

Peningkatan di PS5

Perbezaan yang paling ketara antara Director’s Cut dan versi PS4 tentunya adalah visual. Death Stranding Director’s Cut mempunyai dua mod kualiti seperti majoriti game PS5 lain. Salah satunya adalah mod “Performance” yang menampilkan resolusi 4K yang ditingkatkan dan 60 FPS, manakala mod “Fidelity” menawarkan resolusi native 4K pada frame rate yang lebih rendah. Tambahan, game ini menyokong audio 3D, serta mod wide screen yang mengubah nisbah aspek kepada 21: 9. Akhir sekali ialah “loading time” yang lebih pantas berkat SSD PS5. Semua ciri-ciri tipikal.

Ke bahagian seterusnya! Game ini memanfaatkan teknologi haptic feedback dan adaptive trigger canggih di alat kawalan DualSense. Setiap langkah yang Sam jalan dapat dirasakan oleh pemain di mana DualSense akan bergetar ke kiri, dan ke kanan, mengikut langkah kaki Sam. Ciri haptic feedback lebih menonjol ketika kita cuba menyeimbangkan badan Sam yang hampir terjatuh.

Ciri yang sama juga diaplikasikan semasa kita menggunakan senjata. Setiap senjata mempunyai “getaran sendiri” kalau korang faham apa yang saya cuba maksudkan. Sebagai contoh, arah kita baling bom tangan akan berubah mengikut cara kita memegang butang. Kalau kita tekan butang sepenuhnya, jarak akan lebih jauh. Jika ditekan sepenuhnya, “tension” getaran akan lebih kuat berbanding kita separuh tekan butang.

Ekstra: DualSense akan bergetar sekali kalau kita kencing hehe.

Pendapat

Secara keseluruhan, saya lebih menyukai Death Stranding Director’s Cut kerana ia memberi pengalaman yang lebih mudah untuk pemain baru. Banyak alat penting telah diberikan pada awal permainan, lantas mengurangkan aspek “leceh” di versi PS4. Secara langsung, ia membuat pendatang baru lebih mudah tertarik untuk sambung bermain kerana tahu peralatan semua lengkap.

Contoh terbaik adalah Maser Gun. Pada awal permainan, satu-satunya cara untuk kita melawan MULE adalah dengan menggunakan Strand. Itu pun tidak dijelaskan dengan betul oleh sistem permainan. Dengan menambahkan Maser Gun, anda sekarang mempunyai cara baru untuk berhadapan dengan MULE dari jarak jauh supaya pemain tidak perlu lah merasa “stress” yang saya hadapi di versi PS4.

Pada masa yang sama, kandungan baru juga menyeimbangkan seluruh permainan. Semuanya boleh kita unlock melalui misi sampingan, jadi selain misi utama, anda juga perlu memberi perhatian pada NPC sekeliling. Seperti yang saya kata di awal review, versi Director’s Cut tidak membuat apa-apa perubahan drastik pada Death Stranding. Ia masih kekal sebagai salah satu karya Hideo Kojima yang paling pelik dan untuk benar-benar menikmati game ini, anda harus berfikir dalam cara yang lebih terbuka walaupun apa yang kita buat sememangnya bosan.

Untuk ringkaskan review ini, Death Stranding Director’s Cut adalah versi “definitif” untuk memperkenalkan seseorang kepada Death Stranding jika mereka belum mencubanya, lagi-lagi dengan ciri-ciri di PS5, tetapi jika anda pernah bermain suka Death Stranding dan memang tidak suka, versi Director’s Cut bukanlah untuk anda juga.

Itu sahaja untuk review saya bagi Death Stranding Director’s Cut! Jika anda berminat untuk cuba, game ini akan keluar esok (24 September) secara eksklusif di PS5. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Death Stranding Director's Cuthideo kojimaps5reviewulasan
Previous Post

3 minit pertama filem 3DCG Ryoma! The Prince of Tennis ditayangkan di laman web rasmi filem!

Next Post

Didera? Diseksa? Diabaikan? Ini antara bapa paling teruk dalam sejarah anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Senarai game untuk PS Plus serba baharu termasuk Ghost of Tsushima & Assassin’s Creed: Valhalla
Berita

Senarai game untuk PS Plus serba baharu termasuk Ghost of Tsushima & Assassin’s Creed: Valhalla

May 16, 2022
Review Prehistoric Planet: Belajar tentang zaman prasejarah dalam cara lebih mengasyikkan!
Review

Review Prehistoric Planet: Belajar tentang zaman prasejarah dalam cara lebih mengasyikkan!

May 16, 2022
Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall
Tempatan

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

May 14, 2022
Next Post
Didera? Diseksa? Diabaikan? Ini antara bapa paling teruk dalam sejarah anime!

Didera? Diseksa? Diabaikan? Ini antara bapa paling teruk dalam sejarah anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

Pengunjung ramai di Anime Fest menyebabkan kesesakan trafik di sekitar Paradigm Mall

by Razin Syafiq
May 14, 2022
0

Anime Fest adalah salah satu acara ACG paling dinanti-nantikan di Malaysia, tetapi siapa sangka ia begitu popular sehingga menyebabkan kesesakan trafik...

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

Shin Kamen Rider tunjukkan rupa musuh – Bat Man, Bee Woman, Man Spider & lain-lain

by Razin Syafiq
May 13, 2022
0

Walaupun Shin Ultraman sedang sibuk ditayangkan di pawagam Jepun sekarang, filem Shin Kamen Rider pula sedang sibuk mengeluarkan teaser dan...

EVA-01 & Angel akan tiba ke PUBG Mobile bersama mode baru dalam Version 2.0 Update!

EVA-01 & Angel akan tiba ke PUBG Mobile bersama mode baru dalam Version 2.0 Update!

by Razin Syafiq
May 13, 2022
0

PUBG MOBILE, hari ini telah mengumumkan game mode terhad baru yang diilhamkan oleh siri anime terkenal EVANGELION di mana pemain...

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

Rengoku vs Tengen! Hashira mana paling kuat , perang antara peminat Demon Slayer!

by Maira
May 13, 2022
0

Demon Slayer sememangnya popular dalam komuniti anime dan fandomnya juga boleh tahan ramai juga. Sudah tentu masing-masing mempunyai pendapat dan...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In