Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pampasan Diberi Selepas Isu PSN, Monster Hunter Wilds “Beta 2” Mungkin Dilanjutkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2025 - Updated on February 13, 2025
in Artikel, Berita, MHWilds, PS4, PS5
0 0
0
Pampasan Diberi Selepas Isu PSN, Monster Hunter Wilds “Beta 2” Mungkin Dilanjutkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna PlayStation akhirnya boleh lega hati selepas selesainya gangguan PSN selama 24 jam yang menjejaskan sistem PS4 dan PS5 di seluruh dunia pada 7 hingga 8 Februari. Walaupun Sony masih belum memberikan penjelasan mengenai punca masalah ini, rangkaian kini telah dipulihkan sepenuhnya, dan PlayStation telah mengeluarkan permohonan maaf atas kesulitan yang dialami pemain.

Sebagai tanda ganti rugi, PlayStation mengumumkan bahawa semua pelanggan PlayStation Plus sedia ada akan menerima tambahan lima hari langganan secara automatik. Menerusi posting terkini di laman Ask PlayStation X, mereka menyatakan:

“Perkhidmatan rangkaian telah pulih sepenuhnya daripada isu operasi. Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas kesabaran mereka. Semua ahli PlayStation Plus akan menerima tambahan 5 hari perkhidmatan secara automatik.”

Network services have fully recovered from an operational issue. We apologize for the inconvenience and thank the community for their patience. All PlayStation Plus members will automatically receive an additional 5 days of service.

— Ask PlayStation (@AskPlayStation) February 9, 2025

Selain itu, peminat Monster Hunter turut mendapat berita baik. Monster Hunter Wilds, salah satu game yang paling dinantikan pada 2025, telah memulakan Open Beta Test 2 pada 7 Februari hingga 10 Februari. Disebabkan gangguan PSN, pemain PS5 terlepas peluang untuk bermain selama 24 jam.

Sebagai langkah pampasan, Capcom memberi bayangan bahawa ujian beta mungkin akan dilanjutkan selama 24 jam tambahan pada tarikh lain. Posting di akaun Monster Hunter X menyebut:

“Terima kasih kepada Hunter PS5 atas kesabaran dan kefahaman anda sepanjang gangguan PSN hujung minggu ini. Bagi menggantikan masa bermain yang hilang dalam Open Beta Test 2, kami sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan ujian ini selama 24 jam tambahan pada masa hadapan. Maklumat lanjut akan diumumkan, jadi nantikan perkembangan seterusnya.”

Part 1 of #MHWilds OBT2 has now concluded, but fear not, Part 2 goes live on PS5, PC and Xbox Series X|S on Feb. 13, 7pm PT / Feb. 14, 3am GMT.

Due to the PSN outage, we are considering running OBT2 for an additional 24 hours at a future date. Say tuned for details! pic.twitter.com/Xc35FSNWkz

— Monster Hunter (@monsterhunter) February 10, 2025

Walaupun ini berita baik bagi pelanggan PS Plus dan peminat Monster Hunter, mereka yang tidak melanggan PS Plus atau tidak berminat dengan game ini boleh bersyukur kerana PSN kini kembali berfungsi dengan stabil. Gangguan ini juga merupakan yang kedua terpanjang dalam sejarah PSN, selepas insiden penggodaman PSN pada 2011 yang menyebabkan rangkaian tergendala selama 24 hari.

Tags: PS4ps5PSN
ShareTweetSend
Previous Post

Civilization VII: Pemimpin & Tamadun Terbaik Untuk Pemula!

Next Post

Game Gacha RPG Ekstrem “TRIBE NINE” Akan Dilancarkan pada 20 Februari!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game Gacha RPG Ekstrem “TRIBE NINE” Akan Dilancarkan pada 20 Februari!

Game Gacha RPG Ekstrem "TRIBE NINE" Akan Dilancarkan pada 20 Februari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd