Dalam Civilization, pemilihan pemimpin yang tepat sentiasa menjadi faktor penting bagi pemain baharu yang ingin memahami mekanik permainan dengan lebih mudah. Namun, dalam Civilization VII, sistem baharu yang lebih dinamik memperkenalkan konsep di mana pemimpin dan tamadun tidak lagi terikat antara satu sama lain.
Pemain kini boleh mencampur dan memadankan pemimpin dengan tamadun mengikut gaya permainan pilihan mereka. Walaupun memberikan lebih fleksibiliti, sistem ini mungkin agak mengelirukan bagi mereka yang baru mengenali siri ini.
Bagi pemain yang baru, disarankan untuk memilih pemimpin dan tamadun yang menawarkan bonus mudah difahami serta kelebihan yang jelas.
Sebagai contoh, menggabungkan pemimpin yang mempunyai kekuatan ekonomi dengan tamadun yang terkenal dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dapat memberikan sumber makanan yang lebih banyak. Pendekatan ini membolehkan pemula membina asas yang kuat tanpa perlu berdepan dengan mekanik yang terlalu kompleks.

Civilization VII mempunyai empat syarat kemenangan utama: Budaya, Ekonomi, Ketenteraan, dan Sains. Untuk memenangi permainan, pemain perlu mencapai salah satu syarat kemenangan ini sebelum pihak lawan.
Setiap tamadun mempunyai kelebihan tersendiri yang sesuai untuk mencapai pelbagai jenis kemenangan. Bagi pemula yang ingin menyesuaikan diri dengan cara permainan yang lebih lancar, memilih tamadun yang sejajar dengan objektif kemenangan mereka boleh membantu mengurangkan kesukaran dalam pembelajaran serta meningkatkan pengalaman bermain.

Berikut adalah beberapa tamadun yang sesuai untuk pemula dalam Era Antiquity, beserta pemimpin yang disyorkan untuk setiap tamadun.
Rome (Tumpu pada Kemenangan Budaya atau Kemenangan Ketenteraan)

Dalam siri Civilization, Rome telah lama menjadi pilihan utama bagi pemain baharu kerana kebolehannya yang mudah difahami tetapi sangat berkuasa. Keistimewaan ini masih dikekalkan dalam Civilization VII, menjadikannya salah satu tamadun yang paling mesra pemula dengan kelebihan yang memudahkan proses pembelajaran.
Rome ialah sebuah tamadun yang kaya dengan warisan budaya serta kekuatan ketenteraan yang luar biasa. Abiliti unik Rome, Twelve Tables, menambah budaya pada setiap daerah di ibu kota dan pusat bandar dalam setiap pekan. Dari segi ketenteraan, Rome memiliki dua unit unik: Legion dan Legatus.
Legion ialah unit infantri khas yang memperoleh kekuatan tempur tambahan bagi setiap tradisi Rome dalam kerajaan. Sementara itu, Legatus ialah “commander” unik yang boleh membina penempatan baharu selepas mencapai jumlah kenaikan pangkat tertentu.
Rome juga mempunyai tiga infrastruktur unik: Forum, Basilica, dan Temple of Jupiter.
- Forum ialah daerah khas yang memberikan tambahan budaya dan emas bagi setiap tradisi Rome dalam kerajaan.
- Basilica ialah bangunan unik yang menghasilkan emas serta meningkatkan pengaruh ke atas bangunan budaya berdekatan.
- Temple of Jupiter pula memberikan kebahagiaan kepada rakyat serta menambah budaya berdasarkan bangunan kebahagiaan yang berdekatan.
Gabungan antara pembangunan budaya dan kekuatan ketenteraan ini menjadikan Rome sebagai pilihan yang seimbang, membolehkan pemain baharu meneroka mekanik budaya dan pertempuran dengan lebih mudah.

Pemimpin yang Disyorkan:
- Augustus
- Catherine the Great
- Friedrich, Baroque
- Napoleon, Revolutionary
- Xerxes, King of Kings
- Xerxes, The Achaemenid
Aksum (Tumpu pada Kemenangan Budaya atau Kemenangan Ekonomi)

Aksum terkenal dengan kekayaannya yang dihasilkan melalui perdagangan maritim yang luas. Abiliti uniknya, Kingdom of Natural Wealth, meningkatkan jumlah emas yang diperoleh daripada sumber semula jadi.
Unit dan bangunan unik Aksum semuanya tertumpu pada perdagangan, pendapatan emas, serta bonus budaya. Antara yang paling penting ialah Dhow, Tankwa, dan Hawilt.
- Dhow ialah unit tentera laut unik yang mempunyai kekuatan tempur lebih tinggi di kawasan pantai serta memiliki 1 cas untuk mencipta laluan perdagangan laut.
- Tankwa ialah kapal dagang unik yang tidak boleh dijarah dan mempunyai jarak laluan perdagangan yang lebih jauh.
- Hawilt ialah infrastruktur khas yang memberikan emas serta meningkatkan budaya berdasarkan jumlah “Wonder” atau Hawilt yang bersebelahan dengannya.
Fokus Aksum pada perdagangan menyediakan strategi ekonomi yang mudah difahami, membolehkan pemain baharu memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengurusan perdagangan dengan lebih berkesan.

Pemimpin yang Disyorkan:
- Amina
- Ibn Battuta
- Isabella
- Xerxes, The Achaemenid
Mississippian (Tumpu pada Kemenangan Ekonomi)

Dikenali sebagai “Pakar Pengembangan Ekonomi”, Mississippian terkenal dengan keupayaan ekonominya yang mantap, dengan penekanan kuat pada pengembangan wilayah dan pembangunan infrastruktur. Abiliti uniknya, Goose Societies, memastikan setiap bangunan menerima bonus makanan daripada sumber semula jadi yang berdekatan, menjadikannya pengeluar makanan yang sangat baik pada peringkat awal permainan.
Mississippian mempunyai unit unik yang dikenali sebagai Watonathi. Unit pedagang ini merupakan unit awam yang boleh mewujudkan laluan perdagangan untuk mengimport sumber dari penempatan asing dan memberikan emas berdasarkan jumlah sumber yang diperoleh setiap kali laluan perdagangan baharu dibuka.
Selain itu, Mississippian memiliki bangunan unik bernama Potkop, sebuah peningkatan petak yang menambahkan emas serta memberikan makanan tambahan untuk setiap sumber bersebelahan. Keistimewaan Potkop ialah ia bersifat “Ageless“, bermaksud ia tidak akan kehilangan sebarang bonus Warehouse di petak tersebut, menjadikannya aset jangka panjang yang berguna walaupun dalam Era Exploration dan Era Modern.
Fokus Mississippian pada pengurusan sumber dan perdagangan menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pemain baharu. Laluan kemenangan ekonominya yang jelas dan mudah difahami membolehkan pemain mempelajari mekanik ekonomi dengan lebih lancar.

Pemimpin yang Disyorkan:
- Pachacuti
- Ashoka, World Renouncer
- Tecumseh
Maya (Tumpu pada Kemenangan Sains)

Tamadun Maya terkenal dengan keunggulannya dalam penyelidikan saintifik serta hubungan diplomatik, menawarkan pelbagai bonus sains melalui keupayaan unik, bangunan khas, pokok sivik, dan banyak lagi.
Abiliti unik Maya, Skies of Itzamna, memberikan bonus sains untuk setiap petak bertanaman yang bersebelahan dengan Palace. Dari segi unit, Maya mempunyai dua unit khas yang memberikan kelebihan strategik:
- Hul’che – Unit ketenteraan jarak jauh unik yang dapat melihat melalui kawasan bertanaman dan tidak dikenakan penalti pergerakan di atas petak tersebut.
- Jaguar Slayer – Unit pengintai sivil unik yang memiliki keupayaan Jaguar Trap, yang membolehkan pemain meletakkan perangkap halimunan pada petak bertanaman. Musuh yang memasuki petak tersebut akan menerima damage dan pergerakannya akan terhenti serta-merta.
Maya juga mempunyai infrastruktur unik yang meningkatkan keupayaan saintifiknya:
- Uwaybil K’uh – Kuarter khas yang memberikan pengeluaran tambahan kepada bandar berdasarkan sebahagian kecil kos setiap kali pemain meneliti teknologi baharu.
- Jalaw – Bangunan unik yang meningkatkan kebahagiaan bandar serta menambah bonus budaya untuk kuarter berdekatan.
- K’uh Nah – Bangunan unik yang meningkatkan sains dan memberikan bonus sains tambahan berdasarkan petak bertanaman yang bersebelahan.
Dengan penekanan yang jelas pada pembangunan saintifik, Maya menawarkan laluan yang teratur dan mudah difahami, membolehkan pemain baharu memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi serta strategi diplomatik.

Pemimpin yang Disyorkan:
- Benjamin Franklin
- Confucius
- Himiko, Queen of Wa
Khmer (Tumpu pada Kemenangan Sains)

Tamadun Khmer berkembang pesat di kawasan berhampiran sungai, memanfaatkan sumber air untuk pertumbuhan dan kestabilan. Dengan pelbagai bangunan serta penambahbaikan khas di sekitar badan air, Khmer dapat meningkatkan pembangunan sumber secara lebih berkesan.
Abiliti unik Khmer, Ksekam Chamnon, memastikan bahawa daerah bandar yang dibina di atas sungai tidak akan menghilangkan hasil semula jadi petak tersebut, menjadikannya lebih efisien untuk pembangunan.
Dari segi unit khas, Khmer menawarkan dua unit yang memberi kelebihan dalam pergerakan dan ketahanan:
- Yuthahathi – Unit tentera berkuda unik yang mempunyai kekuatan tempur tinggi tetapi pergerakan lebih perlahan. Namun, ia kebal terhadap kerosakan akibat banjir.
- Vaishya – Unit pedagang sivil unik yang bukan sahaja kebal terhadap banjir, tetapi juga boleh bergerak tanpa penalti di atas petak basah.
Khmer juga mempunyai infrastruktur khas yang menyokong pertumbuhan berasaskan sumber air:
- Baray – Penambahbaikan unik yang meningkatkan bekalan makanan, serta memberikan bonus makanan tambahan bagi semua kawasan dataran banjir dalam penempatan tersebut.
Fokus Khmer terhadap pertumbuhan yang bergantung kepada sumber air memberikan panduan yang jelas dalam penempatan bandar dan pembangunan, memudahkan pemain baharu untuk membuat keputusan strategik tanpa perlu risau mengenai kesan banjir atau penalti pergerakan di kawasan basah.

Pemimpin yang Disyorkan:
- Ashoka, World Renouncer
- Benjamin Franklin
- Confucius
- Himiko, Queen of Wa
Sid Meier’s Civilization VII akan dilancarkan pada 11 Februari 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC, melalui Steam, Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut tentang Civilization VII, sila layari laman web rasmi.
Kami juga telah mengumpul semua panduan yang dibuat setakat ini untuk Civilization VII. Pemain yang berminat boleh klik pautan berikut:
- Reviu Civilization VII
- Cara Mendapatkan Setiap Tamadun dalam Civilization VII
- Siapakah Pemimpin & Tamadun Asia Yang Muncul dalam Civilization VII
- Bagaimana Sistem Three-Age Mengubah Gameplay Jadi Lebih Dinamik
- Panduan Diplomasi Untuk Meluaskan Tamadun
- Perwakilan Asia Tenggara Daripada Pemimpin Hingga Tamadun dalam Civilization VII
@gamersantaimy
Discussion about this post