Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Umum Raksasa Baharu, Info Lanjut Open Beta 2 & Alat Benchmark PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 5, 2025 - Updated on February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, Beta, MHWilds, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Umum Raksasa Baharu, Info Lanjut Open Beta 2 & Alat Benchmark PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom semakin menghampiri detik pelancaran Monster Hunter Wilds pada 28 Februari nanti, dan studio ini baru sahaja mengumumkan pelbagai kemas kini baharu untuk meningkatkan keterujaan! Dari raksasa gergasi hingga ujian beta terakhir untuk pemain, berikut ialah segala maklumat penting dari trailer keenam dan pengumuman rasmi lain.

Trailer baharu Monster Hunter Wilds mendedahkan lokasi Iceshard Cliffs—sebuah kawasan artik yang dipenuhi bongkah ais tajam dan ribut salji yang ganas. Di sini, pemain akan berdepan dengan Hirabami, raksasa kelas Leviathan yang belum pernah dilihat sebelum ini. Dengan selaput yang membolehkannya meluncur di udara dan ekor panjang yang mampu mengoyak perisai, Hirabami memerlukan strategi hebat untuk ditundukkan.

Kredit: Capcom

Trailer ini juga mengesahkan kembalinya dua raksasa legenda: Nerscylla, labah-labah berbisa yang gemar memburu mangsa lumpuh, dan Gore Magala, seekor elder dragon yang boleh melumpuhkan pasukan tidak bersedia.

Kredit: Capcom
Kredit: Capcom

Turut disahkan, Monster Hunter Wilds akan menyokong ciri PlayStation 5 Pro Enhanced dengan teknologi terkini seperti pencahayaan ray tracing dan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) untuk grafik lebih nyata. Pemain juga boleh merakam detik epik menggunakan Photo Mode atau menyesuaikan armor, senjata, dan gaya permainan mengikut citarasa sendiri.

Open Beta Test 2: Buru Arkveld

Capcom membuka peluang kedua untuk pemain mencuba Monster Hunter Wilds menerusi Open Beta Test 2 pada 7–10 Februari dan 14–17 Februari. Kali ini, pemain boleh mencabar Arkveld (digelar White Wraith), raksasa utama permainan, bersama Gypceros—burung licik yang berpura-pura mati untuk menyerang hendap.

Kredit: Capcom

Beta ini turut memperkenalkan Training Area di Base Camp untuk menguji senjata, serta ciri online baharu seperti Private Lobbies dan Mod Online Single Player. Data ciptaan watak boleh dipindah ke game penuh, dan sokongan cross-platform membolehkan pemain PS5, Xbox Series X|S, dan PC memburu bersama. Namun, pelarasan terkini untuk keseimbangan permainan belum dimasukkan dalam beta kerana masih dikemas kini untuk versi akhir.

Kredit: Capcom

Pemain PC boleh muat turun Monster Hunter Wilds Benchmark Tool melalui Steam bermula sekarang. Alat ini mensimulasikan pertempuran besar-besaran dan persekitaran open-world permainan, membantu pemain menguji prestasi komputer sebelum pelancaran.

Muat turun di SINI!

Misi Terhad & Kemas Kini Pasca Pelancaran

Kredit: Capcom

Mulai 6 Mac (seminggu selepas pelancaran), Capcom akan mengadakan misi event terhad dengan set armor eksklusif sebagai hadiah. Kemas kini berkala juga dirancang untuk menambah raksasa, peralatan, dan kandungan baharu—memastikan pengalaman memburu terus segar.

Monster Hunter Wilds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam pada 28 Februari 2025. Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI!

Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Umum Onimusha 2: Samurai’s Destiny “Remastered” untuk Platform Moden

Next Post

Onimusha: Way of the Sword – Protagonis Baharu Dengan Gameplay Lebih Sinematik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Onimusha: Way of the Sword – Protagonis Baharu Dengan Gameplay Lebih Sinematik!

Onimusha: Way of the Sword – Protagonis Baharu Dengan Gameplay Lebih Sinematik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd