Official Hige Dandism sedang bersiap sedia untuk beraksi di pentas Singapura buat pertama kalinya.
Lebih mesra dikenali dengan nama “Higedan,” kumpulan yang dianggotai empat orang ini akan membawa jelajah OFFICIAL HIGE DANDISM ASIA TOUR 2026 ke The Star Theatre pada 21 Ogos nanti.
Konsert ini merupakan satu pencapaian buat mereka kerana ia adalah persembahan sulung mereka bukan sahaja di Singapura, malah di seluruh Asia Tenggara.
Bagi peminat yang terlepas sesi fan club presale yang telah berakhir pada 6 April lalu, peluang kedua akan tiba tidak lama lagi. Jualan tiket untuk orang awam akan dibuka secara rasmi pada 16 April 2026, bermula jam 12:00 tengah hari melalui Ticketmaster.
Harga tiket bermula dari SGD 98 sehingga SGD 288.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2012, nama Higedan telah melonjak naik ke puncak persada muzik Jepun.
Di peringkat global, mereka sangat dikenali menerusi lagu-lagu tema siri anime popular seperti “Cry Baby” untuk Tokyo Revengers, serta lagu “Mixed Nuts” dan “Souvenir” daripada SPY x FAMILY.
Kumpulan ini telah mengumpul lebih 10 bilion jumlah strim dan merupakan artis Jepun pertama yang dinobatkan sebagai “Artist of the Year” di Apple Music Awards.
Jika di Jepun siri jelajah mereka sering dihadiri lebih 300,000 penonton, konsert di Singapura ini akan memberikan pengalaman yang lebih eksklusif dan dekat buat peminat di Asia Tenggara.
- Acara: OFFICIAL HIGE DANDISM ASIA TOUR 2026 SINGAPORE
- Tarikh: 21 Ogos 2026
- Tempat: The Star Theatre
- Harga Tiket: SGD 98 – SGD 288
- Jualan Awam Bermula: 16 April 2026, jam 12:00 tengah hari (SGT)
- Platform Tiket: Ticketmaster Singapore
- Laman Web Rasmi: higedan.sozolive.asia









Discussion about this post