GRYPHLINE dan pembangun Mountain Contour mengumumkan bahawa Arknights: Endfield Version 1.2, yang bertajuk “At the Wake of Spring,” bakal dilancarkan pada 17 April. Update ini akan memfokuskan kepada wilayah Wuling.
Krisis di Wuling
Fokus utama cerita dalam update ini berkisar di kawasan “Marker Stone”; sebuah fasiliti yang sangat penting untuk kestabilan seluruh wilayah Wuling. Keadaan menjadi huru-hara apabila watak misteri bernama Ardashir muncul secara tiba-tiba di fasiliti tersebut, sehingga memaksa Zhuang Fangyi menghantar panggilan kecemasan.
Pemain akhirnya akan berhadapan dengan Nefarith dalam satu boss battle. Selepas sekian lama menjadi ancaman di sebalik tabir, Nefarith kini melancarkan konflik terbuka, dan pemain perlu bertindak segera ke pusat krisis tersebut untuk menghentikannya.
Operator Baharu: Zhuang Fangyi
Antara penambahan yang paling menarik ialah kehadiran Zhuang Fangyi sebagai playable character. Sebelum ini, pemain hanya mengenali beliau sebagai watak NPC penting dalam jalan cerita, namun kini beliau menyertai barisan wira.
Zhuang Fangyi pakar dalam serangan Electric damage, menggunakan gaya lawan unik yang menggabungkan kemahiran pedang dengan ledakan elemen petir. Berdasarkan tinjauan awal, beliau dijangka menjadi pilihan utama bagi pemain yang menggemari gaya lawan jarak dekat dengan mobiliti tinggi.
Memperluaskan Sistem Kilang dan Dunia Permainan
Arknights: Endfield cukup dikenali dalam genre RPG kerana sistem pembinaan kilang dan infrastrukturnya yang kompleks, dan Version 1.2 akan meluaskan lagi elemen ini. Update ini memperkenalkan outpost baharu, sumber mentah baharu, serta talian produksi yang lebih luas.
Pemain akan ditugaskan untuk melakukan pemulihan pasca-bencana, menggunakan kemahiran mereka untuk membina semula wilayah Wuling sambil menyelesaikan pelbagai teka-teki persekitaran.
Bagi mereka yang mahukan cabaran lebih sukar, “Test Area” baharu akan dibuka kemudian dalam kitaran kemas kini ini, menawarkan ganjaran eksklusif dan eksplorasi tahap endgame.
Penambahbaikan “Quality of Life” dan Ganjaran
Selain kandungan baharu, GRYPHLINE turut melaksanakan beberapa penambahbaikan Quality of Life berdasarkan maklum balas komuniti. Ini termasuklah:
- Sistem Kemajuan Lebih Lancar: Cara yang lebih cepat untuk menaikkan tahap Operator dan mengurus sumber.
- Pelarasan Pengurusan Industri: Kemas kini pada UI untuk menjadikan automasi kilang lebih lancar dan mudah difahami.
- Kemas Kini Permainan Kekal: Cabaran baharu yang akan terus kekal dalam game walaupun selepas tempoh acara berakhir.
- Ganjaran Pemain: Bonus log masuk dan barangan khas acara untuk meraikan pelancaran “At the Wake of Spring.”
Arknights: Endfield boleh dimuat turun melalui PS5, PC (Epic Games Store, pelancar rasmi), iOS, dan Android.









Discussion about this post