Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 18, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, judul action RPG bertemakan wuxia gelap Phantom Blade Zero telah berkongsi maklumat lanjut menerusi siaran khas PlayStation State of Play. Dibuat oleh S-GAME, game ini akan dilancarkan pada 29 Oktober 2026 untuk PlayStation 5 serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Antara tumpuan utama dalam siaran ini ialah penglibatan mendalam bintang seni bela diri terkenal, Donnie Yen. Donnie Yen, yang cukup sinonim dengan francais Ip Man dan filem John Wick: Chapter 4, bertindak sebagai perunding kreatif bagi koreografi aksi pertempuran, malah turut memegang watak penting bernama Mó Yuan menggunakan teknologi facial dan motion capture.

Menurut S-GAME, Yen bekerjasama rapat dengan pasukan lagak ngeri bagi mengadaptasi pergerakan kung fu, aksi wayar, dan sinematik ke dalam sistem combat game ini.

Game ini berlatarkan dunia “Wulin”; sebuah alam wuxia gelap yang menggabungkan ilmu pedang tradisional Cina dengan jentera industri berkonsepkan “kungfupunk”. Pemain akan mengawal Soul, seorang pembunuh elit yang difitnah atas tuduhan membunuh dan sekarang perlu bertahan hidup dengan jantung buatan, di mana dia hanya mempunyai baki 66 hari untuk hidup.

Semasa Soul mengembara melalui pelbagai kawasan, dia akan bertemu dengan orang awam serta pendekar lain yang memerlukan pertolongan. S-GAME menegaskan bahawa side quest di dalam game ini direka lebih istimewa daripada misi biasa. Membantu watak-watak ini boleh membuka cabang jalan cerita baharu, mendedahkan kawasan rahsia, dan memberi gambaran yang lebih mendalam tentang konspirasi di sebalik plot utama.

Sistem combat Phantom Blade Zero memberi fokus kepada variasi serta gaya permainan tersendiri. Game ini menampilkan:

  • Lebih daripada 30 “primary weapon“, bermula daripada dual blade sehinggalah ke greatsword.
  • 25 secondary weapon, dikenali sebagai Phantom Edges, yang merangkumi peralatan jarak jauh seperti meriam dan penyembur api.
  • Summon dan accessory yang boleh digabungkan mengikut playstyle pilihan anda, sama ada bertarung secara jarak dekat atau menyerang musuh dari jauh.

Bagi mengelakkan pemain rasa terikat dengan satu build sahaja, S-GAME menyediakan sistem reforging yang sangat fleksibel. Pemain boleh meleburkan semula senjata yang telah dinaik taraf, mendapatkan semula semua bahan naik taraf, dan menggunakannya untuk mencuba senjata atau kelengkapan lain. Menewaskan boss-boss tertentu juga akan memberikan tambahan senjata unik kepada Soul.

Sama ada anda hanya ingin menikmati jalan cerita atau mahukan cabaran sengit, Phantom Blade Zero menawarkan tiga pilihan tahap kesukaran:

  • Wayfarer Mode: Direka untuk pemain kasual yang ingin menikmati naratif dan melancarkan kombo-kombo bergaya tanpa perlu bimbang dikenakan damage musuh yang terlalu tinggi.
  • Hellwalker Mode: Ditujukan kepada pemain veteran game aksi, mod ini meningkatkan keagresifan musuh serta menampilkan AI adaptif yang menyesuaikan serangan mengikut corak tindakan anda.
  • Sixty-Six Days Mode: Cabaran terhebat untuk pemain tegar. Mod ini berkait dengan baki jangka hayat 66 hari Soul dalam jalan cerita, di mana setiap kematian dan kesilapan akan dikenakan penalti berisiko tinggi yang boleh menjejaskan keseluruhan sesi playthrough.
Tags: Phantom Blade Zero
ShareTweetSend
Previous Post

[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali

Next Post

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd