Level-5 mengumumkan bahawa RPG sosial popular Fantasy Life i: The Girl Who Steals Time bakal dilancarkan secara rasmi di peranti mobile. Pengguna iOS dan Android boleh mula menerokai dunia fantasi unik ini bermula musim panas ini (sekitar Jun hingga September).
Bagi mereka yang kurang tahu, The Girl Who Steals Time merupakan sekuel kepada game asal di 3DS. Game ini menggabungkan elemen combat RPG tradisional dengan sistem “Life”, membolehkan pemain memilih pelbagai pekerjaan (seperti Paladin, Cook, atau Angler) pada bila-bila masa.

Kisahnya bermula di sebuah pulau misteri yang telah musnah dan seorang gadis yang mempunyai kuasa untuk mengawal masa.
Pemain ditugaskan untuk mengembara merentasi masa lalu dan masa kini bagi mengumpul bahan, membina semula pulau tersebut, serta merungkai misteri mengapa tamadun yang dahulunya maju kini telah lenyap.

Dilancarkan pada Mei 2025 di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Switch, dan PC, game ini kemudian dikeluarkan di Switch 2 pada Jun 2025. Dalam tempoh setahun sejak kemunculannya, ia telah mencatatkan jualan melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia.

Tarikan utama bagi versi mobile adalah sokongan penuh untuk ciri cross-play dan cross-save. Ini bermakna anda boleh mengumpul bahan-bahan melalui iPhone semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, dan kemudian menyambung semula bermain di PC atau PlayStation dengan data yang sama sebaik sahaja tiba di rumah.
Ciri ini juga memastikan komuniti pemain sentiasa terhubung; pemain mobile boleh bekerjasama untuk mengembara bersama rakan-rakan yang bermain di konsol atau komputer tanpa sebarang halangan.

Level-5 mengesahkan bahawa versi mobile sekadar versi lebih ringkas, tetapi akan dilancarkan lengkap dengan semua kemas kini dan kandungan yang telah ditambah ke dalam game sepanjang tahun lalu, memberikan kandungan permainan yang sangat luas untuk diterokai dengan segera.









Discussion about this post