Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

OCTOPinbs – Game Social Deduction Baru Oleh Studio Fate/Grand Order & Star Ocean!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2026
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, Steam
0 0
0
OCTOPinbs – Game Social Deduction Baru Oleh Studio Fate/Grand Order & Star Ocean!
Share on FacebookShare on Twitter

Aniplex telah mengumumkan OCTOPinbs, sebuah game multiplayer social deduction unik di mana pemain memainkan peranan sebagai sotong kurita yang memadamkan api menentang sotong yang menyalakan api.

Game ini dibangunkan bersama oleh Lasengle dan tri-Ace, dan akan dilancarkan di PC melalui Steam pada musim bunga 2026 (Mac hingga Jun).

Game ini menyokong tiga hingga 10 pemain, di mana setiap perlawanan menetapkan peserta secara rawak kepada salah satu daripada dua pasukan. Pasukan bomba, yang mengambil rupa sotong kurita, perlu bekerjasama untuk memadamkan api dan menurunkan kadar pembakaran kepada sifar peratus.

Sementara itu, para artis (sotong yang menyamar sebagai anggota bomba) secara senyap-senyap menyebarkan api sambil cuba meningkatkan tahap kemusnahan sehingga 100 peratus.

Projek ini menyatu dua studio dengan latar belakang yang sangat berbeza. Lasengle, anak syarikat Aniplex, paling dikenali dengan hasil kerja mereka pada Fate/Grand Order, sebuah mobile RPG popular berdasarkan francais Fate daripada Type-Moon.

Sejak pelancaran pada tahun 2015, Fate/Grand Order telah menjadi salah satu mobile game dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia, menjana pendapatan berbilion-bilion.

Pembangun bersama, tri-Ace, sudah lama bertapak dalam dunia RPG Jepun selama berdekad-dekad, setelah mencipta siri Star Ocean dan menyumbang kepada tajuk seperti Valkyrie Profile.

Gameplay OCTOPinbs

Setiap perlawanan fokus pada penipuan dan deduksi. Pemain menyembur air untuk memadamkan api, tetapi sotong perlu uruskan penyamaran mereka dengan berhati-hati (acah-acah membantu sambil senyap-senyap menyalakan api baharu apabila tiada siapa yang memerhatikan).

Jika seseorang pemain menerima terlalu banyak kerosakan daripada api atau pemain lain, mereka akan kehilangan badan yang sedang digunakan dan perlu bergegas kembali ke lori bomba untuk mendapatkan badan gantian.

Game ini memperkenalkan “Octojars” sebagai mekanik utama. Pemain boleh memasukkan rakan sepasukan yang mencurigakan ke dalam balang ini untuk mendedahkan identiti sebenar mereka.

Menangkap seekor sotong dikira sebagai kemenangan bagi pasukan bomba, tetapi salah menuduh rakan sotong kurita sendiri akan menyingkirkan seorang sekutu daripada pasukan.

Sotong juga mempunyai akses kepada satu langkah terakhir. Mereka boleh memilih untuk mendedahkan identiti sebenar mereka, yang akan memaparkan lokasi mereka kepada semua anggota bomba, tetapi sebagai gantinya mereka memperoleh keupayaan yang lebih kuat, pergerakan yang lebih pantas, dan HP yang lebih tinggi.

Game ini menyediakan kawasan lobby di mana pemain boleh berlatih mekanik permainan dan menonton tutorial sebelum menyertai perlawanan. Komunikasi dikendalikan melalui sistem emote, dan hos boleh menyesuaikan peraturan perlawanan untuk mengubah suai pengalaman bermain mengikut kumpulan masing-masing.

Tarikh pelancaran khusus masih belum diumumkan.

Tags: OCTOPinbs
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta Resident Evil, “Shinji Mikami,” Kembali Dengan Studio Baru & Game AAA Misteri

Next Post

Jujutsu Kaisen Modulo – Rumusan Finale, Yuji Itadori Mengikuti Jejak Sukuna!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen Modulo – Rumusan Finale, Yuji Itadori Mengikuti Jejak Sukuna!

Jujutsu Kaisen Modulo - Rumusan Finale, Yuji Itadori Mengikuti Jejak Sukuna!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd