Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Modulo – Rumusan Finale, Yuji Itadori Mengikuti Jejak Sukuna!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen Modulo – Rumusan Finale, Yuji Itadori Mengikuti Jejak Sukuna!
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen Modulo secara rasminya telah berakhir dengan bab ke-25, sekali gus menamatkan sebuah sekuel pendek yang dihasilkan oleh pencipta asal, Gege Akutami, dan pelukis Yuji Iwasaki.

Series finale! Coming face-to-face and confronting challenges together leads to a brighter future!

Read Jujutsu Kaisen Modulo, Ch. 25 in Shonen Jump for free! https://t.co/s8PkaWBK5s pic.twitter.com/bovQcPC44J

— Shonen Jump (@shonenjump) March 8, 2026

Disebabkan ini adalah sekuel, beberapa watak lama juga hadirkan diri, termasuklah bekas watak utama Yuji Itadori. Bab terakhir menunjukkan bagaimana Yuji akhirnya menemui matlamat sebenar kehidupan selepas era Sukuna berakhir.

Kini, dia melangkah ke hadapan untuk menggalas tanggungjawab yang pernah dipikul oleh Gojo Satoru, dengan menjadi pembimbing dan benteng pertahanan bagi generasi baharu ahli sihir jujutsu.

Cursed Energy Hampir Lenyap Dari Jepun

Setelah berjumpa dengan Maru (salah seorang watak penting dalam sekuel ini), Yuji berkongsi ilmu penyelidikan yang kemudian digunakan oleh Maru untuk mengubah keseluruhan struktur “cursed energy” di Jepun secara total.

Cursed energy telah hilang tetapi tidak lenyap sepenuhnya. Ia telah dikurangkan ke tahap yang amat rendah sehingga hampir mustahil untuk dikesan. Impaknya sangat besar; selepas ini, hanya sebilangan kecil sahaja cursed spirit yang akan wujud, dan itupun dalam keadaan yang sangat lemah.

Malangnya, semua ini datang dengan satu pengorbanan iaitu proses kelahiran ahli sihir jujutsu baharu akan terhenti sama sekali. Jepun dalam alam Jujutsu Kaisen telah terputus hubungannya dengan sihir jujutsu buat generasi akan datang.

Mereka yang sedia memiliki cursed energy tidak terkesan sama sekali oleh perubahan ini. Kuasa mereka kekal sepenuhnya tanpa sebarang kurangan. Walau bagaimanapun, zuriat mereka (anak-anak dan cucu-cicit mereka) tidak mewarisi kebolehan tesebut.

Hasil daripada Maru, hampir kesemua cursed spirit yang sekian lama mengacau penduduk Tokyo telah berjaya dilenyapkan, lalu membuka lembaran baharu ke arah keamanan.

Rancangan Yuji Bersama Nobara Untuk Melindungi Masa Depan

Dalam bab 25, Yuji akhirnya berjumpa semula dengan Nobara Kugisaki, rakan seperjuangan daripada siri original. Di sini, Yuji menjelaskan apa yang harus dilakukannya demi menjaga masa depan.

Misi utamanya: musnahkan semua cursed spirit yang masih wujud, dan bertindak segera terhadap yang baharu sebelum mereka sempat berkembang menjadi ancaman.

Walaupun jumlah cursed spirit yang bakal muncul selepas ini boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja, Yuji sedar bahawa sesetengahnya masih berpotensi menjadi bahaya besar. Memandangkan generasi akan datang tidak lagi berupaya melahirkan ahli sihir secara natural, beban tanggungjawab ini terletak sepenuhnya di bahu Yuji seorang.

Nasib baik, Yuji memiliki sesuatu yang amat berharga iaiu masa. Dengan jangka hayat lebih kurang 300 tahun, fizikalnya yang luar biasa membolehkannya terus menjadi pelindung umat manusia untuk tempoh beratus-ratus tahun yang mendatang.

Namun persoalan besarnya: apa yang akan terjadi selepas Yuji tiada?

Dengan bantuan Nobara, Yuji berhasrat untuk mengesan semua individu yang dilahirkan dengan Heavenly Restriction. Mereka yang menyerupai Toji Fushiguro dan Maki Zenin, iaitu individu yang langsung tidak mempunyai cursed energy tetapi sebagai gantinya dikurniakan keupayaan fizikal yang melampaui batas manusia biasa.

Oleh kerana tahap cursed energy dalam populasi telah jatuh secara mendadak, kebarangkalian untuk lebih ramai individu Heavenly Restriction dilahirkan turut melonjak tinggi.

Yuji bercadang untuk mengesan setiap seorang daripada mereka, memberikan latihan, dan memperlengkapkan mereka dengan cursed tool yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Bagi menjayakan rancangan ini, dia memerlukan koleksi senjata milik keluarga Gojo serta dua klan jujutsu utama yang lain. Dengan sokongan Nobara (ditambah pula dengan reputasi dan penghargaan yang diperolehnya setelah menyelamatkan dunia) usaha untuk mendapatkan semua sumber ini pastinya tidak akan menjadi satu halangan besar.

Apa yang bakal terhasil daripada semua ini? Sebuah pasukan lawan yang kuat, dianggotai oleh individu bukan ahli sihir, yang cukup berkemampuan untuk menghadapi cursed spirit walaupun Yuji tiada untuk memastikan keselamatan Jepun terjamin untuk beberapa generasi akan datang.

Yuji Ingin Mengubah Dirinya Menjadi Cursed Object

Selepas pemergiannya nanti (yang dianggarkan berlaku kira-kira 300 tahun dari sekarang), Yuji bertekad untuk menukarkan dirinya menjadi cursed object, serupa dengan jari-jari Sukuna yang menjadi permulaan kepada kisah asal Jujutsu Kaisen.

Dalam kebanyakan keadaan, cursed object itu hanya akan berfungsi sebagai alat pencegaha. Akan tetapi, seandainya malapetaka yang tidak terduga melanda dan cursed energy perlu dihidupkan semula, seseorang boleh menelan Yuji demi melindungi semua daripada sebarang ancaman baharu yang mungkin timbul.

Anda boleh membaca bab terakhir di Manga Plus.

Tags: Jujutsu Kaisen Modulo
ShareTweetSend
Previous Post

OCTOPinbs – Game Social Deduction Baru Oleh Studio Fate/Grand Order & Star Ocean!

Next Post

Tidak Sabar Menunggu Filem Demon Slayer: Infinity Castle Seterusnya? Ini Cara untuk Mengisi Masa Menunggu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Tidak Sabar Menunggu Filem Demon Slayer: Infinity Castle Seterusnya? Ini Cara untuk Mengisi Masa Menunggu!

Tidak Sabar Menunggu Filem Demon Slayer: Infinity Castle Seterusnya? Ini Cara untuk Mengisi Masa Menunggu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd