Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nvidia Mendominasi 94% Pasaran GPU, AMD & Intel Semakin Tenggelam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2026
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, GPU, Industri, Teknologi
0 0
0
Nvidia Mendominasi 94% Pasaran GPU, AMD & Intel Semakin Tenggelam
Share on FacebookShare on Twitter

Nvidia kini berada di puncak pasaran “kad grafik PC“. Pada penghujung 2025, syarikat ini sudah mengenggam 94% daripada keseluruhan pasaran, berdasarkan laporan terbaharu.

Data terkini yang dikeluarkan oleh Jon Peddie Research (sebuah firma analisis pasaran teknologi terkenal), menunjukkan bahawa Nvidia membekalkan lebih sembilan daripada setiap sepuluh kad grafik yang terjual dalam suku keempat 2025.

Dominasi sebesar ini menyebabkan pesaing utamanya, iaitu AMD dan Intel, hanya mampu bersaing untuk merebut baki kecil dalam pasaran.

AMD, yang selama ini dikenali sebagai pencabar paling sengit kepada Nvidia, kini jatuh merudum. Pada suku akhir 2025, AMD hanya menguasai 5% daripada pasaran kad grafik. Ini adalah satu kemerosotan besar jika dibandingkan dengan 15% yang dimilikinya pada tempoh yang sama pada 2024.

Dalam erti kata lain, AMD telah kehilangan dua pertiga bahagian pasarannya hanya dalam masa setahun sahaja.

Intel pula masih bergelut sejak menceburkan diri dalam pasaran kad grafik khusus menerusi siri Arc yang dilancarkannya. Sepanjang 2025, gergasi pembuat cip ini hanya mampu meraih 1% bahagian pasaran, satu angka yang amat kecil.

Meskipun menguasai pasaran, Nvidia tidak terkecuali daripada kesan kekurangan cip memori yang sedang melanda seluruh sektor teknologi. Bekalan RAM yang semakin terhad telah memaksa bukan sahaja pengeluar perkakasan, malah pembangun game turut sama terkesan dan terpaksa bertindak pantas mencari penyelesaian.

Tags: GPUnvidia
ShareTweetSend
Previous Post

Chainsaw Man Part 2 Bakal Berakhir Minggu Depan, Adakah Ini Penghujung Sebenar?

Next Post

Pokémon Pokopia Berjaya Jual Lebih 2 Juta Salinan Dalam Empat Hari Sahaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pokémon Pokopia Berjaya Jual Lebih 2 Juta Salinan Dalam Empat Hari Sahaja!

Pokémon Pokopia Berjaya Jual Lebih 2 Juta Salinan Dalam Empat Hari Sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd