Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man Part 2 Bakal Berakhir Minggu Depan, Adakah Ini Penghujung Sebenar?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Chainsaw Man Part 2 Bakal Berakhir Minggu Depan, Adakah Ini Penghujung Sebenar?
Share on FacebookShare on Twitter

Chainsaw Man mengesahkan bahawa Part 2 bagi manga akan tamat pada bab berikutnya, yang bakal keluar pada 24 Mac.

Note: Chainsaw Man Official Account and Editor Note in Shonen Jump+ App still list upcoming Chapter 232 as the final chapter.

Just as a heads up for all replies and quotes mentioning Viz has changed their translation at the end of the chapter. https://t.co/xkxIcbxiAA pic.twitter.com/WOetWvkV39

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) March 10, 2026

Chainsaw Man pertama kali muncul dalam majalah Weekly Shonen Jump keluaran Shueisha pada Disember 2018. Part 1, yang dikenali sebagai “Kōan” atau Public Safety Arc, berlangsung selama lebih kurang dua tahun sebelum ditamatkan pada Disember 2020.

Arc ini menceritakan tentang Denji, seorang remaja bernasib malang yang bersatu dengan anjing devil-nya bernama Pochita, lalu bertukar menjadi Chainsaw Man. Sepanjang arc ini, Denji menempuh kehidupannya sebagai pemburu devil yang berkhidmat di bawah Public Safety Division.

Part 2 pula (yang diberi tajuk rasmi “Gakkō-hen,” atau School Arc) mula diterbitkan pada Julai 2022. Arc ini membawa mengisahkan usaha Denji untuk menjalani kehidupan yang lebih biasa sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Menerusi arc ini, watak-watak baharu turut diperkenalkan, dan Denji dibawa ke arah konflik yang semakin rumit.

Dalam tempoh lebih kurang tiga setengah tahun dengan 231 bab merangkumi kedua-dua bahagian, Chainsaw Man telah menjelma menjadi salah satu manga yang paling popular pada era ini. Tambahan pula, adaptasi anime oleh studio MAPPA pun telah membantu mendorong siri ini ke pentas populariti global yang lebih tinggi.

Jadi, adakah ini bab terakhir? Itulah persoalan yang bermain di fikiran ramai.

Pengumuman tersebut menyebut bahawa Part 2 sahaja yang akan berakhir, dan ini membuka spekulasi tentang Part 3. Sebaliknya, ada juga yang berhujah bahawa Fujimoto berkemungkinan besar mampu mengikat semua naratif dalam satu bab penutup yang penuh dengan kejutan.

Tags: Chainsaw Manmanga
ShareTweetSend
Previous Post

DLC Terakhir Digimon Story Time Stranger Akan Datang 12 Mac, Memperkenalkan Geng “Anti-ParadoX!”

Next Post

Nvidia Mendominasi 94% Pasaran GPU, AMD & Intel Semakin Tenggelam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Nvidia Mendominasi 94% Pasaran GPU, AMD & Intel Semakin Tenggelam

Nvidia Mendominasi 94% Pasaran GPU, AMD & Intel Semakin Tenggelam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd