Korang semua! Nampaknya watak musuh dalam One Piece boleh dimainkan lah dalam ONE PIECE Pirate Warriors 4! Iya! BANDAI NAMCO Entertainment Asia dengan bangganya melancarkan treler terbaru ONE PIECE Pirate Warriors 4 yang akan hadir tahun hadapan ini akan keluar pada platform PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One.
Dalam treler terbaru ini, Kapten Pirates Big Mom, Charlotte Linlin dan Gubernur-Jeneral Pirates Beasts, Kaido dari “Four Emperors” akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada watak-watak yang boleh dimainkan dalam permainan. Saiz, jarak serangan dan kuasa telah banyak diperbesar ke tahap yang baru berbanding dengan siri PIRATE WARRIORS sebelumnya.
Lihat Big Mom mengawal cuaca dengan kuasa Zeus dan Prometheus, yang membolehkan serangan pelbagai luas dalam pertempuran dan Kaido berubah menjadi naga serta menghancurkan banyak musuh dengan serangan brutalnya. Unsur unik yang baru, “Aerial Action,” juga akan ditunjukkan dalam treler ini.
One Piece Pirate Warrior pada asalnya hadir dengan kaloborasi ONE PIECE × WARRIORS pada tahun 2012 dan sebanyak 4 juta salinan permainan ini berjaya dijual diseluruh dunia! ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4 dijadualkan bebas pada 27 Mac 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC Digital melalui Steam dengan sari kata bahasa Inggeris dan suara Jepun di Asia Tenggara. Sarikata Thai dengan suara Jepun untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch akan dikeluarkan pada 26 Mac 2020 (Xbox One dan PC melalui Steam pada 27 Mac 2020).
Untuk pelbagai kemaskini anda boleh terus ke laman web rasmi ONE PIECE: PIRATE WARRIORS 4 atau Bandai Namco Entertainment juga laman sosial Facebook dan Twitter mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post