Model `termuda’ di dalam keluarga permainan komputer terhebat Predator kini sudah tiba! Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Predator Triton 300 yang nipis dan ringan sebagai tambahan terbaharu kepada keluarga Triton dengan keseimbangan sempurna antara prestasi, faktor bentuk dan harga. Acer Malaysia juga mempamerkan paparan baharu, Predator CG437K P, yang membawa pengalaman di dalam permainan lancar yang mengagumkan kepada pemain.
Seberat hanya 2kg, Predator Triton 300 menyajikan prestasi dan portabiliti dengan pemprosesan sehingga 9th Gen Intel Core i7 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1650 dengan 4GB daripada GDDR5 VRAM yang khusus. Rupanya yang elegan, chasis aluminum senipis 20mm memiliki signatur Predator cahaya biru dan aksen.
“Predator Triton 300 melengkapkan barisan permainan komputer Predator kami, menawarkan pilihan penuh peranti bagi memenuhi kehendak pengguna yang mahukan komputer riba permainan yang nipis dan ringan,’’ kata Johnson Seet, Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia.
Dengan 512GB PCIe NVMe SSD dan sehingga 8GB DDR4 RAM, model Predator Triton 300 memaksimumkan kelajuan dan pada masa sama, membolehkan pemain menambah baik storan untuk memenuhi kehendak mereka di masa hadapan. Paparan 15.6” 300 nits FHD IPS menyokong kadar penyegaran semula 144Hz dan tempoh maklum balas 3 ms Overdrive untuk pengalaman permainan yang lancar. Memaparkan reka bentuk thermal yang hebat dengan 4th Gen Aeroblade 3D Fans, Predator Triton 300 memaksimumkan aliran udara dan meminimumkan bunyi menerusi 59 bilah logam bionik yang khususnya direka dengan ultra-nipis (0.1mm). Memahami kepentingan sambungan internet bagi pemain, Predator Triton 300 memaparkan Killer WiFi 6 AX 1650 bersama Killer Ethernet E2500 bagi mengekalkan pings rendah semasa kemuncak permainan.
Bagi melengkapkan komputer riba permainan, Predator Triton 300 dilengkapi papan kekunci direka khusus 4-zon RGB, kepala butang melengkung yang telus untuk kunci WASD, Turbo dan arah bagi mudah digunakan. Pemain boleh menikmati prestasi maksimum dengan mudah dengan menekan kunci Turbo, menghapuskan kesulitan di dalam penetapan overclocking dan pengoptimisasi sistem. Dengan hanya satu tekan pada kunci PredatorSense, pemain boleh memantau dan mengawal peranti serta membawa hayat baharu kepada papan kekunci dengan menetapkan sendiri kesan cahaya RGB. Predator Triton 300 didatangkan dengan dua port USB 3.1 Gen 1 dengan satu daripadanya berupaya mengecas USB tanpa elektrik untuk membolehkan pengguna mengecas telefon mereka dan menikmati hayat bateri 8 jam. Pemain juga boleh menikmati pengalaman audio tahap seterusnya, mendengar bunyi yang paling halus menerusi ciri Waves Nx di dalam Predator Triton 300.
Predator Triton 300 didatangkan dengan waranti pada tapak selama 2 tahun dengan Kerosakan Tidak Disengajakan dan Kecurian dan kini boleh didapati di kedai konsep Acer, penjual sah Acer dan kedai dalam talian rasmi Acer di dalam dua pilihan:
• Varian dengan 9th Gen Intel Core i5, NVIDIA GeForce GTX 1650, 4GB RAM and 512GB PCIe NVMe SSD adalah berharga RM3,699.
• Varian dengan 9th Gen Intel Core i7, NVIDIA GeForce GTX 1650, 8GB RAM and 512GB PCIe NVMe SSD adalah berharga RM4,799.
Pelanggan yang membeli Predator Triton 300 dari sekarang sehingga 31 Disember 2019 akan layak untuk menebus sama ada Predator Waterproof Bag, Predator Cestus 310 Gaming Mouse atau Acer E300 TrueHarmony Earphones di sini.
NVIDIA G-SYNC Compatible, Predator CG437K P didatangkan dengan gamut warna 90% DCI-P3. Ini adalah paparan sempurna yang memberikan pemain pengalaman lancar dan imersif. Ia dilengkap dengan RGB Light Sense dan LED Strip Support, dan pemain boleh dengan mudah mengawal pencahayaan dengan app RGB Light Sense. Terdapat warna terang dan berani dan sembilan kesan default dengan Basic Sync untuk pengguna pilih. Pada masa sama, ciri Music Sync mengesan rentak dan tahap bunyi muzik, filem atau permainan dan mengubah suai cahaya dan kesan, sewajarnya.
Dikenali sebagai paparan overclockable 43 inci pertama di dunia, Predator CG437K P didatangkan dengan panel dan paparan warna 3840 x 2160 UHD VA sama dengan Delta E<2. Ia memiliki VESA Certified Display HDR 1000 sehingga puncak kecerahan 1000 nits. Oleh itu, visual adalah lebih realistik dan semula jadi, membawa pengalaman visual ke tahap baharu. Dengan tempoh maklum balas 1 ms Visual Response Boost dan kadar penyegaran semula overclockable yang pantas sehingga 144Hz, Predator CG437K P memberikan pengalaman di dalam permainan yang hebat dengan mengurangkan kesan bayangan atau kabur.
Predator CG437K P akan dipasarkan pada akhir Disember 2019 di kedai dalam talian rasmi Acer dan penjual sah Acer pada harga RM4,699.
Dapatkan kedua-dua produk ini di link bawah:
- Acer Official Online Store
- Acer Store Aoneplus (Lazada)
- Acer Online Store (Shopee)
@gamersantaimy
Discussion about this post