Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Acer Predator Helios 700 – Antara peranti paling GARANG oleh Acer!

Nilai harga RM17,999 mengesahkan kuasanya.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 17, 2019 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Produk, Review
0 0
0
Ulasan Acer Predator Helios 700 – Antara peranti paling GARANG oleh Acer!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer telah mengeluarkan produk demi produk untuk memberikan pengguna pengalaman gaming yang paling “portable”, tetapi untuk peranti ini, saya sendiri mempersoalkan isu “Portability” untuk Acer Predator Helios 700. Saya lebih menyukai gaming laptop berukuran 17-inci, jadi berat untuk peranti ini memang .. ermm menakjubkan? Ya, ia mempunyai reka bentuk badan yang kuat dan berkualiti tetapi ketika memikul laptop ini di dalam beg, saya rasa seperti sedang mendaki gunung Everest pun ada.

 

1 of 3
- +

Kami sering mengadu tentang gaming laptop yang lemah kerana grafik atau prestasi mereka tidak dapat memenuhi syarat grafik dan refresh rate yang tinggi. Acer melihat pasaran ini dan memutuskan untuk mencipta sebuah gaming laptop yang memenuhi kepuasan pengguna. Dengan gabungan i9 dan RTX 2080, laptop ini dinilaikan pada harga RM17,999. Boleh tahan kan harga dia? Mari kita sembang pasal spesifikasinya pulak!

Reka Bentuk

Acer melakukan kerja yang bagus semasa memikirkan reka bentuk komputer riba ini kerana mereka berjaya kekalkan kualiti Acer sambil membawa reka bentuk yang tajam dan menarik untuk sebuah komputer riba “GAMING“. Ini memberi pandangan yang ganas dan garang kepada Helios 700.

Helios 700 mempunyai papan kekunci “HyperDrift” khas yang bermaksud seluruh papan kekunci dan palm rest serta mousepad boleh meluncur keluar dari kedudukan biasanya dan ke arah pengguna. Perkara pertama yang saya fikir adalah betapa hebatnya melihat papan kekunci ini boleh mengubah posisinya mengikut keselesaan pengguna. Hahh, tapi ada satu sahaja masalah. Mousepad berada di tempat yang pelik tetapi masih boleh dibiasakan diri.

Bukan setakat bergaya, “HyperDrift” menampilkan ruang dalam komputer riba anda untuk memberi kuasa penyejukan internal terhebat dan membolehkan lebih banyak aliran udara mengalir melalui laluan yang biasanya dihalang. Acer telah memasang dua kipas berkuasa tinggi di posisi itu untuk menolak angin panas bagi prestasi yang lebih baik. Semasa ujian kami, kipas ini memberi gambaran bahawa Helios 700 boleh terbang. Kipasnya sangat kuat tetapi ia efektif, dan menyejukkan komputer riba ini dalam pelbagai cara. Dengan aplikasi PredatorSense milik Acer, pengguna kini boleh “overclock” tetapan mereka dengan hanya beberapa klik. Helios 700 yang berat kira-kira 5KG juga mempunyai “Linear Switch Technology” dan built-in 5.1 surround sound termasuk subwoofer di bahagian bawah.

Unit yang dihantar kepada kami mempunyai spesifikasi di bawah:

Processor Intel Core i9-9980HK
LCD 17.3″ IPS 144Hz LED LCD
Graphics NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB GDDR6 VRAM
RAM 32 GB DDR4 2666MHz
Storage 512GB + 512GB PCIe NVMe SSD RAID
WLAN/Bluetooth 802.11AX+BT M.2 Killer
Battery 72Wh Li-ion battery

Paparan

Paparan juga merupakan satu fokus utama pada Helios 700. Ia datang dengan panel IPS 17.3-inci, refresh rate 144Hz, Nvidia G-Sync, dan resolusi 1080p. Paparannya mungkin memuaskan kerana resolusi pilihan orang ramai ialah 1080p tetapi untuk nilai harganya yang tinggi, resolusi 1440p lebih masuk akal untuk senario ini.

Prestasi

Dilengkapkan dengan RTX 2080, Acer Predator Helios 700 pasti akan membawa prestasi terbaik untuk semua keinginan gaming anda. Jom usya sedikit gameplay Monster Hunter World di Helios 700:

Selain daripada itu, kami juga menjalankan 3DMARK Time Spy Extreme Stress Test, PCMARK 10 Extended Test, dan Ujian lanjutan PCMARK 10 dan Userbenchmark.com.

 

1 of 3
- +

Korang sendiri boleh tengok pakai mata sendiri? Memang satu peranti yang padu dan mempunyai antara prestasi paling hebat buat masa ini. Sebelum saya lupa, kipasnya memang sangat-sangat bising sehingga ia kacau tempat kerja saya, jadi saya terpaksa pergi ke bilik berasingan untuk menjalankan ujian ini. Jangan lupa untuk membeli noise-cancelling headset yang baik. Di samping itu, Acer mendakwa bahawa bateri Helios 700 boleh berjalan sehingga tiga jam, tetapi apabila gaming, semua pasti tahu bahawa keputusannya akan berbeza mengikut taraf grafik yang dipilih.

Kesimpulan

Helios 700 mungkin ialah antara gaming laptop dengan prestasi paling hebat, tetapi bunyi kipasnya dan berat menggangu pengalaman gaming saya secara keseluruhan. Dengan nilai harga yang bermula dari RM17,999, saya sendiri berpendapat bahawa ia adalah komputer riba yang agak mahal untuk dimiliki. Maklumat lanjut tentang komputer riba ini boleh dibaca di laman rasmi Acer.

Apa yang lalu di otak kamu apabila berfikir tentang Helios 700? Adakah kamu sanggup membeli produk Acer, atau beralih ke PC lain? Beritahu kami di ruang komen nanti.

Tags: AcerpredatorPredator Helios 700ulasan
Previous Post

Nampaknya Big Mom dan Kaido boleh dimainkan dalam ONE PIECE Pirate Warriors 4 lah!

Next Post

Butiran terkini untuk Final Fantasy VII Remake yang termasuk ROCHE, AERITH, SHIVA, SEPHIROTH dan SHINRA!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Butiran terkini untuk Final Fantasy VII Remake yang termasuk ROCHE, AERITH, SHIVA, SEPHIROTH dan SHINRA!

Butiran terkini untuk Final Fantasy VII Remake yang termasuk ROCHE, AERITH, SHIVA, SEPHIROTH dan SHINRA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd