Nampaknya dalam bulan ini isu Apex Legends masih belum habis. Selepas terjadi banyak masalah didalam permainannya, akhirnya peminat Apex Legends nampaknya semakin merosot. Situasi Respawn Entertainment yang lewat menagani isu-isu yang terjadi ini membuat orang kurang memainkannya, terutama kepada streamer-streamer di Twitch.
Twitch adalah platform video live streaming yang dimiliki oleh Twitch Interactive, anak syarikat Amazon. Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 sebagai platform streaming umum, Twitch mempunyai lebih daripada 1.5 juta penyiar dan 100 juta penonton sebulan. Jadi ternyatalah dari Twitch juga dapat mengembangkan sayap Apex Legends untuk menjadi popular.
Menurut laporan industri streaming terkini dari Stream Elements, sebelum ini penonton untuk Apex Legends tersangatlah lancar. Tetapi baru-baru ini selepas terjadi pelbagai isu, ternyata penurunan yang sangat tinggi terlihat disitu. Sementara itu, purata penonton permainan Fortnite masih stabil dan kini hampir berganda dari Apex Legends.
Dengan situasi ini, pastinya pihak Respawn Entertainmen rasa tercabar. Persoalannya adakah Apex Legends akan popular seperti yang terjadi pada pembukaan tahun ini? Kemungkinan besar iya. Masih ramai pemain telah memuat turun permainan ini dan itu bermaksud mereka berpeluang untuk mendapat peminat baru. Mungkin ada banyak lagi cara lain untuk memulihkan situasi ini, pihak Respawn haruslah bekerja keras untuk menangani apa jua masalah yang terjadi dengan cepat.
Sama juga seperti Fortnite, sebelum ini ada yang menyatakan Fortnite berkemungkinan akan jatuh kerana hadirnya permainan berkonsepkan battle-royale yang lain seperti Apex Legends, PlayerUnknown’s Battlegrounds dan pelbagai lagi. Tapi ternyata, pihak Epic masih mampu untuk meneruskan peluang Fortnite untuk terus berjaya dan stabil dalam industri ini.
Bagi peminat-peminat Apex Legends, jangan terus kecewa dengan situasi ini, koranglah menjadi tulang belakang permainan ini. Jadi teruskan bermain okay! Pada yang belum dapatkan Apex Legends, korang boleh memuat turun secara percuma melalui PC, PlayStation4 dan Xbox. (tekan sini)
Sumber: Comic Book
@gamersantaimy
Discussion about this post