Dengan keluaran Mortal Kombat 11, NetherRealm Studios telah sekali lagi berjaya memukau minda saya dengan penciptaan permainan video yang bagus. Judul terbaru di dalam siri fighting game lagenda ini masih membuktikan kekuatan studio ini, dengan story mode yang menarik, customizable fighter, dan banyak pilihan karakter untuk dipilih daripada playstyle yang penuh variasi.
Sudah semestinya Fatalities di Mortal Kombat 11 lebih gory dan seram dan lagi kejam daripada judul sebelum-sebelumnya! Macam-macam jadi seperti muka kena koyak dan tulang belakang dicabut daripada badan! Kepada mereka yang lemah semangat, saya sarankan jangan beria sangat lah main. Takut pitam pula. Jadi di sini , saya Si Labu ingin menceritakan pandangan saya tentang Mortal Kombat 11 sebelum kamu mula bermain sesi bunuh-membunuh ini.
JALAN CERITA
Mortal Kombat X telah melangkau masa jalan cerita daripada storyline yang kebanyakan peminat tahu dan ingat, dengan penampilan keturunan dan pewaris kepada karakter kegemaran peminat. Di Mortal Kombat X, mereka telah bergabung dan bersatu untuk menewaskan Shinnok. Di Mortal Kombat 11 pula, jalan cerita diputarkan kembali ke masa lepas dan berlaku selepas kejadian di Mortal Kombat 9.
Dah lama kan tak main Mortal Kombat 9? Jadi saya refresh sikit jalan cerita ya: Raiden menghantar sebuah mesej ke masa silam dan memberi amaran kepada dirinya yang muda bahawa Shao Khan akan membawa kehancuran dunia. Raiden akhirnya menyatukan kuasa bersama wira lain untuk akhirnya menumpaskan Shao Khan. Walaupun kelihatan seperti kemenangan memihak kepada hero-hero kami, Quan Chi dan Shinnok berkerjasama untuk memastikan rancangan jahat mereka masih berjalan lancar.
Di opening cinematic Mortal Kombat 11, Raiden sedang mendera Shinnok dan merampas azimatnya, lantas mengubahkan dirinya menjadi Dark Raiden! Versi Raiden ni memang korang semua tak payah cakap lah. Garang gila nak mampus kata kau dengan arus elektrik merahnya dan ayat-ayat macam “I will destroy our enemies before they destroy us!”
Dark Raiden pun pancung kepala Shinnok dan membiarkan kepalanya yang terputus tetapi masih hidup untuk menderita lalu menghilangkan diri. Selepas Dark Raiden beredar, sebuah watak misteri bernama Kronika muncul dan menghampiri kepala Shinnok yanng terpengggal itu. Kronika mengingatkan Shinnok bahawa rancangan jahat mereka masih berjalan dengan penuh lancar.
WATAK KLASIK DAN BARU
Mortal Kombat 11 mengandungi 25 playable character tetapi ada beberapa watak yang dikunci pada permulaan game. Antara watak-watak klasik yang kembali ke judul ini ialah Liu Kang, Kung Lao, Raiden, Sonya Blade, Sub-Zero dan lain-lain. Selain daripada itu, empat fighter baru telah ditambah ke barisan watak tetapi hanya tiga sahaja yang boleh dimainkan. Pertama sekali, kami mempunyai Kronika yang menjadi female-boss character pertama di dalam siri Mortal Kombat dan mempunyai kuasa untuk mengawal masa serta merupakan dalang sebenar segala kejadian di Mortal Kombat daripada permulaan siri. Malangnya, Kronika bukan antara playable character di dalam game ini.
Antara playable fighter baru ialah Geras, ciptaan Kronika yang seperti beliau, juga mempunyai kuasa untuk mengawal masa dan menghasilkan serangan pasir. Kedua ialah Cetrion, seorang Elder Goddes dengan kuasa untuk mengawal elemen-elemen dan merupakan kakak Shinnok dan anak perempuan Kronika. Akhir sekali, kami mempunyai Kollector, seorang pengumpul permata bertangan enam yang berkhidmat untuk empayar Outworld.
Siri Mortal Kombat sentiasa mengutamakan barisan fighter-nya daripada pelbagai segi, walaupun pada permulaan siri Mortal Kombat, fighter mereka hanya ninja-ninja yang berlainan warna. Dengan kemunculan fighter-fighter baru ini, Mortal Kombat memberi satu gandingan antara fighter klasik kegemaran ramai dan pendatang baru yang sama hebat kuasanya. Di bawah adalah senarai playable character di Mortal Kombat 11:
- Scorpion
- Raiden
- Sub-Zero
- Sonya Blade
- Baraka
- Skarlet
- Kano
- Kabal
- D’Vorah
- Jade
- Johnny Cage
- Cassie Cage
- Jacqui Briggs
- Erron Black
- Kotal Kahn
- Jax
- Kitana
- Liu Kang
- Kung Lao
- Noob Saibot
- Cetrion (baru)
- The Kollector (baru)
- Geras (baru)
- Shao Kahn (DLC)
- Shang Tsung (DLC)
SISTEM PERTEMPURAN
Seperti yang anda semua tahu, gameplay di Mortal Kombat 11 masih sama dan berkisarkan pertarungan one-on-one di mana pemain harus menewaskan musuh sehingga salah satu kalah. Yang membezakan game ini dengan pesaing lain seperti Tekken atau Street Fighter ialah sistem permainannya yang unik. Mortal Kombat 11 memberi pemain sebuah campuran mekanik yang seronok dan beberapa penambahan yang menyegarkan. Inovasi terbesar Mortal Kombat 11 ialah pengenalan kepada variations iaitu tiga playstyle berbeza untuk setiap fighter di mana pemain boleh mengembangkan lagi strategi mereka.
Sudah tentu, aspek yang pemain paling ingat ialah kekejaman special ability setiap character. Ini termasuk membunuh musuh memakai senjata kunai Scorpion yang terkenal atau mengigit muka pihak lawan memakai taring tajam si Baraka.
Selain daripada Fatalities dan Brutalities yang pemain semua pasti kenal, beberapa feature baru ditambah seperti Fatal Blow dan Krushing Blow. Fatal Blow yang baru sahaja dikenalkan kepada Mortal Kombat hampir menyerupai X-Ray Attack di dalam Mortal Kombat X. Serangan ini mempunyai saling kait dengan nyawa anda dan hanya boleh dipakai satu kali sahaja apabila nyawa anda kurang daripada 30%. Walaupun dinamakan Fatal Blow, serangan ini tidak memastikan kemenangan tetapi boleh mengubah arus perlawanan. Krushing Blow pula merupakan variasi cinematic kepada sebuah special move, yang diaktifkan selepas beberapa keperluan dipenuhi, sama seperti Brutalities di game sebelum.
Di samping itu, feature baru Perfect Block System juga baru ditambah. Sistem ini membenarkan pemain melakukan ekstra damage selepas timing block dengan tepat. Meter offensive dan defensive telah dipisahkan menjadi dua bar berbeza lantas pemain mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menggunakan resources mereka. Offensive meter meningkatkan serangan pemain manakala defensive meter memberi pemain peluang untuk lari daripada combo musuh.
Mortal Kombat 11 juga memperkenalkan Gear System. Outfit-based Gear System ini sebenarnya agak kosmetic dan penampilan pemain tidak berkait dengan kebolehan atau statistik karakter. Sebagai sebahagian character customization, pemain boleh mencipta custom move list. Ini merupakan Variation System yang diperbaiki daripada Mortal Kombat X. Setiap karakter mempunyai set outfit dan senjata yang unik dan boleh dicustomize lagi oleh pemain di Custom Variation feature.
Akhirnyaaaaaa, Stage Attacks datang kembali! Perkara ini menambah lagi strategi dan potensi combo berdasarkan posisi pemain. Bergantung kepada stage dan posisi musuh, pemain mempunyai peluang untuk menghempas kepala pihak lawan ke batang duri tajam, atau mengambil chainsaw dan mula menghiris pihak lawan. Ini hanya satu lagi feature menarik di dalam pertempuran unik Mortal Kombat.
KESIMPULAN
NetherRealm Studios sentiasa memastikan keluaran Mortal Kombat kekal mantap dan gempak. Siapa cakap formula sama sentiasa bosan? Jalan cerita yang engaging mampu menarik perhatian penonton, dan sistem pertempuran yang familiar tetapi ditingkatkan keupayaan masih mampu mencabar pemain untuk bermain satu lagi match. Mortal Kombat kini sudah keluar dan boleh didapati di PlayStation 4, Xbox One, PC, dan buat kali pertama daripada NetherRealm – Nintendo Switch. YAAAAAA! Korang tengoklah sendiri Scorpion baling kunai di kepala Mario nanti! Jadi buat peminat lama mahupun baru, saya amat sarankan anda cuba game ini. Pasti tidak menyesal! Jangan pitam sudahlah. Heheh.
@gamersantaimy
The Review
Mortal Kombat 11
Sebuah lagi game Mortal Kombat yang memang menakjubkan! Variant System memberi pernafasan baru kepada gameplay Mortal Kombat dan pemain boleh mengeksperimen lebih dengan kombo mereka. Graphics masih lawa dan jalan cerita walaupun di latar masa lepas, telah memberi satu jalan cerita atau kesimpulan sebentar yang puas hati.
PROS
- Jalan cerita yang menarik dan memberi penjelasan kepada judul-judul sebelum.
- Graphics memang cantik dengan butiran karakter dan aksi-aksi di dalam game.
- Antara fighting mekanik terbaik di mana-mana siri aksi.
- Rekaan watak yang menarik dan unik.
CONS
- Beberapa kombo kini boleh dilepas.
- Sebilangan kecil watak gagal untuk menyerlah.
Discussion about this post