Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World War Z: Adakah Karya yang Masterpiece atau pun sebaliknya?

Korang dah try belum?

Nyny.A by Nyny.A
April 22, 2019
in Artikel, PC
0 0
0
World War Z: Adakah Karya yang Masterpiece atau pun sebaliknya?
Share on FacebookShare on Twitter

Kehangatan World War Z yang baru sahaja hadir di platform Microsoft, Playstation 4 dan Xbox one pada minggu lalu belum sejuk lagi. Baru sahaja sehari lancarnya pemainan itu mingggu lalu isu bugs, server dan connectivity menjadi masalah kepada pemain-pemain (rujuk sini), tetapi semuanya berakhir apabila masalah itu telah pun diselesaikan (rujuk sini).

Kali ini kita nak tengok review-review pemain mengenai permainan zombi ini. Adakah boleh mengalahkan kepopulariti Left 4 Dead satu ketika dahulu ataupun tidak? Adakah dapat memuaskan hati pemain dan boleh bergelak ketawa bersama skuad permainan. Atau adakah zombi di dalam World War Z ini hadir dengan mengejut dan melakukan serangan yang kejam?

Image result for world war z game

Okay jom kita lihat apa yang baik dan burukknya permainan World War Z ini.

Seperti yang kita tahu, World War Z merupakan pemainan third-person co-op menembak zombi yang diadaptasi dari filem World War Z yang dibintangi Brad Pitt. Walaupun tanpa Brad Pitt, lokasi permainan adalah sama, tetapi disini pemain boleh memilih antara empat lokasi geografi yang beserta cerita berbeza iaitu New York, Jerusalem, Moscow dan Tokyo. Pemain boleh memainkan watak didalam cerita-cerita ini secara bersendirian atau dalam talian bersama tiga rakan atau tiga pemain lain untuk membentuk skuad.

Image result for World War Z game

Ternyata pemain tidak akan mendapat cerita yang dramatik di sini. Oleh itu, pemain akan terlupa plot yang rumit seperti yang ada di dalam filem kerana terlalu fokus membunuh zombi. World War Z menyeronkan kerana aksi sepanjang masa dan bukan seperti jalan cerita The Last of Us yang perlu mengikuti drama dan misi.

Kemudian, menara Zombi yang kita lihat didalam trailer World War Z, adakah ia sangat menakutkan seperti dilihat? Setiap plot dalam keempat lokasi ini berbeza dan kesemuanya mempunyai adrenalin yang memang sangat mengejutkan pemain dan rakan-rakan lain. Terutama di Tokyo ada satu bahagian yang memang boleh gugur jantung ketika bermain!

Image result for world war z game

Kebanjiran zombi sehingga menjadi menara ternyata menakutkan bersama jumlahnya yang tak terkira. Masalah akan menjadi menggelabah apabila pemain dikekelingi zombi-zombi tersebut. Di dalam permainan ini terdapat peningkatan senjata dan kemahiran pemain yang boleh di naik taraf. Tetapi bagi menaik tarafkan peningkatan senjata tersebut, pemain haruslah membuka enam kelas kunci faedah terdahulu. Jadi lepas ni pemain boleh menggunakan senjata ‘Bazooka’ sahaja untuk membunuh menara zombi tersebut.

Image result for world war z game glitches

Seperti didalam Resident Evil dan Left 4 Dead, kita ada beberapa zombi unik yang akan hadir. Zombi unik yang hadir di World War Z yang pertamanya adalah ‘Bull’ ( merupakan zombi tank) sangat susah membunuhnya oleh kerana perisainya;

Image result for world war z game zombie types

yang kedua adalah Screamers, ia akan menjerit jika sedar kehadiran kita dan memanggil lebih banyak zombi.

Yang ketiga adalah Lurkers, sejenis zombi yang tidak akan berlari mengejar kita, sebaliknya terus melompat dan menerkam kita.

Dan Zombi unik yang terakhir adalah, Hazmat. Hazmat bersama suit nya akan mendekati pemain dan menghembuskan toksik beracun.

Image result for world war z hazmat

Kita lihat review pemain dari sudut pandangan grafik permainan ini pula bukanlah yang terbaik dan juga bukan yang terburuk. Cuma agak memalukan bahawa tidak terdapat sebarang mod prestasi untuk versi PS4 Pro, kerana permainan ini dihadkan pada 30 FPS. Walau bagaimanapun, prestasi permainan ini cukup stabil selepas terjadi isu pada pelancaran minggu lalu. Secara umum, walaupun apabila dibanjiri zombi, framerate tetap padat dengan penurunan kecil dalam adegan-adegan yang sesak.

Mungkin ada sedikit glitches grafik berlaku kepada zombi sebab terlalu ramai. Jadi benda itu membuatkan pemain terhibur melihatnya.

Dari segi harga agak berbaloi kerana pemain boleh mendapatkannya bermula dari RM 159.00. Korang boleh lihat laman web PlayStation Asia untuk pembelian (tekan sini). Tapi jangan lupa, nak puas hati bermain dengan rakan-rakan, pastikan korang subscribe PSN!

Jadi kat sini dari segi rumusan pemain-pemain, ternyatalah World War Z tidak lah sempurna, tapi tetap seronok untuk bermain nya. Apa pendapat korang? Ada yang dah cuba? Jangan lupa kongsikan dengan kami ye.

Sumber: PSE

Tags: world war zWorld War Z gameWorld War Z review
Previous Post

Disney dilaporkan ingin membeli syarikat gaming terkenal NEXON!

Next Post

Nampaknya Apex Legends kini makin merundum di dalam Twitch

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Nampaknya Apex Legends kini makin merundum di dalam Twitch

Nampaknya Apex Legends kini makin merundum di dalam Twitch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd