Epic Games sekali lagi telah bekerjasama bersama Marvel Cinematic Universe selepas developer mengusik kami dengan teaser Fortnite dan Avengers: Endgame crossover. Kami tidak mempunyai banyak maklumat buat masa ini, selain daripada tarikh pelancaran pada 25 April, sehari selepas keluaran Endgame di teater! Selain itu, watak fortnite tersebut juga memegang perisai milik Captain America. Adakah kita dapat memakai perisai ini di Fortnite?
https://twitter.com/FortniteGame/status/1120326459220987904
Korang semua mesti ingat mashup yang lebih kurang sama kan semasa keluaran Avengers: Infinity War tahun lepas. Ketika time-limited event tersebut, jika pemain sangat bernasib baik dapat jumpa Infinity Gauntlet di pulau Fortnite, pemain akan berubah menjadi musuh ketat Avengers iaitu Thanos! Pada masa yang sama, pemain boleh mengawal beberapa kuasa istimewa seperti melompat dengan sangat tinggi dan tumbukan super padu!
Komuniti berpendapat bahawa limited-time event Infinity Gauntlet akan muncul kembali sempena keluaran Endgame tetapi teaser di atas tidak mengesahkan sebarang maklumat buat masa ini. Korang semua jangan risau! Ini tak bermaksud Fortnite akan melepaskan peluang untuk membuat sesuatu yang istimewa berkaitan Endgame! Kami pasti akan dapat berita tentang crossover terbaru ini tidak lama lagi!
Sumber – Twitter//Fortnite
@gamersantaimy
Discussion about this post