Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Minuman Kolaborasi Honkai: Star Rail X KOI Thé Malaysia — Halal atau Tidak? Ini Jawapan daripada KOI!

Maira by Maira
July 12, 2023 - Updated on July 13, 2023
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Minuman Kolaborasi Honkai: Star Rail X KOI Thé Malaysia — Halal atau Tidak? Ini Jawapan daripada KOI!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti semua pemain Honkai: Star Rail maklum, HoYoverse telah mengumumkan bahawa satu acara khas akan berlangsung di Malaysia iaitu “Cosmic Refreshment Supply”. Untuk pengetahuan anda semua, KOI Thé Malaysia telah dipilih sebagai rakan kolaborasi untuk acara Honkai: Star Rail. Tetapi ramai pemain muslim mula meragukan status halal daripada KOI Thé Malaysia memandangkan mereka masih tiada sijil Halal. Kami sendiri telah bertanya kepada pihak KOI tentang perkara ini.

Seperti yang dibalas, pihak KOI menyatakan bahawa semua bahan yang digunakan mempunyai status halal daripada negara asal. Bermakna status halal untuk bahan yang mereka gunakan untuk minuman tersebut bersih daripada bahan haram daripada negara ia dihasilkan. Jadi terserah kepada pemain muslim yang ingin mendapatkan minuman khas Honkai: Star Rail apabila acara bermula nanti.

Tetapi kalau anda yang meraguinya kerana tiada sijil Halal Malaysia, boleh sahaja mendapatkan merchandise tersebut, dan sedekahkan minuman anda kepada pemain lain nanti. Jangan buang pula, sebab itu hanyalah pembaziran.

Tentang Honkai: Star Rail X KOI Cosmic Refreshment Supply

Acara akan berlangsung bermula 19 Julai sehingga 30 Julai 2023 di Malaysia. Minuman yang akan tersedia nanti akan bertemakan Honkai: Star Rail malah pemain yang membelinya akan mendapat ganjaran khas dalam game. Berikut adalah item yang anda boleh dapatkan dengan setiap pembelian Cosmic Refreshment Supply ini:

  • Cup Sleeve
  • Sticker
  • Coaster (pembelian 2 atau lebih minuman)
  • In-game redemption card
Kredit: KOI Thé Malaysia

Beberapa kedai KOI Thé Malaysia juga akan mempunyai hiasan bertemakan Honkai: Star Rail. Kalau anda ingin melawatnya nanti, boleh pergi ke lokasi seperti berikut:

  • Aeon Bukit Tinggi: G-35, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang
  • Ansa & Pavilion KL : Lot 1.59.00, Level 1, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
  • Kota Damansara : 13-1, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
  • Queensbay Mall Penang: Unit no.1F-P5, Queensbay Mall, 100 Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas
  • Aeon Tebrau Mall: Lot GK08, Aeon Taman Maluri Shopping Centre, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Sumber: Honkai: Star Rail Twitter

Anda juga berpeluang untuk bertemu Stellaron Hunter di kedai-kedai tersebut kalau anda bernasib baik! Bolehlah ambil gambar bersama mereka nanti. Untuk mendapatkan berita menarik mengenai Honkai daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Honkai: Star RailHonkai: Star Rail X KOI Cosmic Refreshment SupplyKOI Thé Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Bleach: Ishida Uryu dipilih sebagai pewaris Raja Quincy, kini jadi musuh Ichigo!

Next Post

Jurassic Park Classic Games Collection diumumkan, Pra-tempah bakal dibuka pada 1 September!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Jurassic Park Classic Games Collection diumumkan, Pra-tempah bakal dibuka pada 1 September!

Jurassic Park Classic Games Collection diumumkan, Pra-tempah bakal dibuka pada 1 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd