Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jurassic Park Classic Games Collection diumumkan, Pra-tempah bakal dibuka pada 1 September!

safwan by safwan
July 13, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Jurassic Park Classic Games Collection diumumkan, Pra-tempah bakal dibuka pada 1 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Limited Run Games hari ini mengumumkan bahawa Jurassic Park Classic Games Collection akan dilancarkan pada PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, mereka juga akan membuka pra-tempah untuk edisi fizikal bermula pada 1 September sehingga 15 Oktober 2023 melalui laman web rasmi Limited Run Games.

Koleksi ini akan mengandungi sebanyak 2 game iaitu Jurassic Park dan juga Jurassic Park Part2: The Chaos Continues. Mereka juga akan menambah beberapa ciri-ciri baharu kepada game ini termasuk “state save” untuk setiap game, peta dalam game baharu dan pelbagai pembetulan kualiti grafik yang membawa tajuk ini ke dalam era game moden.

Jom kita lihat apa yang akan mereka berikan di dalam Physical Edition & Retro Edition:

Standard Edition – PS, Xbox & Switch

  • Salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection

Classic Edition – PS, Xbox & Switch

  • Salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection
  • Steelbook
  • Pembungkusan yang diinspirasikan oleh Jurassic Park VHS case original

Prehistoric Edition – PS, Xbox & Switch

  • Salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection
  • Steelbook
  • Pembungkusan yang diinspirasikan oleh Jurassic Park VHS case original
  • Replika ID Dr. Alan Grant yang diinspirasikan oleh game Jurassic Park
  • Lagu CD fizikal yang menampilkan muzik original daripada Jurassic Park Classic Game Collection
  • Replika cartridges game Jurassic Park NES, Game Boy dan SNES original
  • Pembungkusan yang diinspirasikan oleh game Jurassic Park klasik

Standard Edition (Retro Edition) – NES, Game Boy, SNES

  • Salinan fizikal sama ada Jurassic Park atau Jurassic Park Part 2: The Chaos Continues (Amber Retro Cartridge)
  • Replika manual game original

Collector’s Edition (Retro Edition) – NES, Game Boy, SNES

  • Salinan fizikal sama ada Jurassic Park atau Jurassic Park Part 2: The Chaos Continues (amber light-up retro cartridge)
  • Slipcover yang bernombor
  • Replika manual permainan original
  • Poster bermuka dua yang diilhamkan oleh Jurassic Park Classic Games Collection

Pra-tempah salinan fizikal Jurassic Park Classic Game Collection akan dibuka bermula 1 September sehingga 15 Oktober melalui Limited Run Games.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Jurassic Park Classic Games Collection
ShareTweetSend
Previous Post

Minuman Kolaborasi Honkai: Star Rail X KOI Thé Malaysia — Halal atau Tidak? Ini Jawapan daripada KOI!

Next Post

Need for Speed: Most Wanted Remake Diacah oleh Pelakon Suara Game Original!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Need for Speed: Most Wanted Remake Diacah oleh Pelakon Suara Game Original!

Need for Speed: Most Wanted Remake Diacah oleh Pelakon Suara Game Original!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd