Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Microsoft ingin perkenalkan Tier Game Pass yang lebih murah, ada iklan!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 20, 2022
in Artikel, Berita, Microsoft, PC Game Pass, Xbox
0 0
0
Microsoft ingin perkenalkan Tier Game Pass yang lebih murah, ada iklan!

Sumber: Pocket-lint

Share on FacebookShare on Twitter

Game Pass yang tersedia untuk PC dan Xbox boleh dikatakan sebagai salah satu akses terbaik untuk pengguna bermain game dengan harga yang berpatutan pada masa ini. Kini, Microsoft nampaknya seperti sedang mengkaji pelbagai pilihan Game Pass lain pada harga yang lebih murah dan mungkin akan mengandungi iklan.

Sumber: ResetEra

Menurut sumber, Microsoft telah menjalankan tinjauan untuk beberapa pengguna Xbox berkenaan minat mereka jika inginkan satu lagi Tier Game Pass. Tier terbaru itu didedahkan pada harga $3 atau sekitar RM13.30 sebulan dengan beberapa sekatan seperti menonton iklan sebelum mula bermain game.

Jika ingin dibandingkan dengan Game Pass yang termurah pada masa ini, dengan harga $10 atau RM44.35 sebulan, faedah yang boleh anda dapat ialah bermain game pada hari sama ia dikeluarkan dan ini sama seperti di platform EA Play. Jadi, terpulang kepada pelanggan sama ada mereka mahu pilih Game Pass atau EA Play kerana kedua-dua memberi tawaran yang lebih kurang sama.

Perlu diingatkan juga bahawa sebelum ini Microsoft dan Sony pernah mempertimbangkan untuk memasukkan iklan ke dalam game yang boleh dimain secara percuma (free-to-play). Tambahan pula, beberapa syarikat dengan produk berasaskan langganan seperti Netflix juga telah dilaporkan akan tiba dengan pakej yang lebih murah dan mengandungi iklan.

Ketua Xbox, Phil Spencer

Tetapi, menurut Phil Spencer, Ketua Xbox, dia telah menjelaskan bahawa Xbox tidak dapat mengekalkan harga yang ditawarkan sekarang buat selama-lamanya. Jadi mungkin, dengan memperkenalkan tawaran baru yang lebih murah, mereka mampu mengekalkan pelanggan mereka di samping menaikkan harga Xbox Game Pass yang tersedia sekarang.

Pada masa ini, Xbox Game Pass yang ada di Malaysia bermula pada harga RM5 untuk bulan pertama dan kembali ke harga asal pada bulan seterusnya iaitu RM15. Jadi, jika mereka memperkenalkan tawaran Game Pass yang lebih murah, adakah anda akan kekal melanggan langganan tersebut? Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Microsoft mengenai perkara ini.

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk dapatkan liputan menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MicrosoftXbox Game PassXbox Microsoft
Previous Post

Epic Games didenda $520 juta! Fortnite langgar undang-undang privasi kanak-kanak & mikrotransaksi bahaya

Next Post

Google Jepun Senaraikan 10 Anime Yang Paling Banyak di Cari Untuk 2022!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Google Jepun Senaraikan 10 Anime Yang Paling Banyak di Cari Untuk 2022!

Google Jepun Senaraikan 10 Anime Yang Paling Banyak di Cari Untuk 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd