Nampaknya pada awal 2023, Netflix merancang untuk melancarkan pelan langganan yang datang dengan harga yang lebih murah. Dengan hampir sejuta pelanggan telah hilang sepanjang tahun ini, pelan ini dirangka untuk menarik semula pelanggan lama dan baru. Dikhabarkan juga akan terdapat pelan yang jauh lebih murah tetapi akan ada iklan.
Melalui Deadline, Netflix kini mencuba pelan yang menawarkan servis penstriman secara percuma dan ingin melancarkan tawaran berbayar yang lebih mudah digunakan pada awal 2023. Syarikat tersebut telah mengujinya di Amerika Latin dan nampaknya ia memberikan keputusan yang positif.
Bukan setakat itu sahaja, ia juga menyatakan rancangan untuk menyediakan tier yang lebih murah malah ia kekal tanpa sebarang iklan. Dengan melihat peningkatan pada ARM global mereka, Netfix merasakan sudah tiba masa untuk memberikan pelanggan mereka pilihan harga yang lebih murah tetapi hadir dengan iklan. Jadi, terpulang kepada pelanggan sama ada mereka mahu menonton dengan iklan atau tidak.
Tier langganan baru ini juga akan bermula di beberapa negara terpilih sebelum tersedia secara global. Negara mana yang bertuah itu tidak dinyatakan oleh syarikat tersebut. Mereka juga sedang aktif dalam menangani masalah perkongsian akaun, dengan ciri baru di mana pelanggan menerima notifikasi yang membenarkan mereka menambah penonton yang tidak tinggal dalam keluarga pemegang akaun.
Agaknya apabila pelan baru Netflix ini keluar, berapalah harga langganannya nanti? Adakah kita akan diterhadkan dengan kualiti video yang rendah atau sama dengan versi mobile? Apapun kita tunggu sahaja tier baru ini dilancarkan secara rasmi oleh Netflix. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk dapatkan liputan menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post