Segala konsol Xbox, Xbox Game Pass, game Xbox, dan PC Game Pass mungkin akan naik harga pada masa depan, menurut kata Ketua Xbox Phil Spencer. Sambil bercakap dengan Wall Street Journal, beliau menjelaskan bahawa Xbox tidak dapat mengekalkan harga yang dikenakan sekarang buat “selama-lamanya.”
Secara khusus, Phil Spencer berkata:
“Kami telah mengekalkan harga konsol, kami telah mengekalkan harga game, […] dan kami telah mengekalkan harga pada langganan. Saya tidak rasa kami dapat melakukannya selama-lamanya. Saya rasa pada satu ketika nanti, kita perlu menaikkan harga pada perkara tertentu.”
Walau bagaimanapun, Spencer menjelaskan bahawa ia amat penting untuk Xbox mengekalkan harga semasa pada musim cuti ini supaya produknya dapat menarik minat pengguna yang “tidak pasti” [untuk membuat pembelian atau tidak].
Sebelum ini, Sony menaikkan harga konsol PS5 di negara tertentu di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Supaya tidak menimbulkan salah faham, Xbox dan Nintendo menjaminkan kepada orang ramai yang mereka tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan harga konsol.
Walau bagaimanapun, komen terkini oleh Spencer seolah-olah mencadangkan bahawa pihak Xbox sedang memikir semula pelan mereka. Sama ada kes kenaikan harga ini benar-benar akan dilaksanakan atau tidak, kita tidak tahu tetapi sekurang-kuranya kita tahu Game Pass, konsol dan game untuk kekal pada harga yang sama sehingga lah tamat tahun 2022.
Pada masa ini, Xbox Game Pass berharga RM15 sebulan di Malaysia. Memandangkan pelanggan akan menerima pelbagai jenis game pada harga yang murah, ramai jangka PC Game Pass ini akan naik harga dalam masa terdekat, dan nampaknya betul lah jangkaan kita. Persoalannya; apakah harga baru nanti?
Untuk segala liputan kami tentang PC Game Pass, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post