Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MGS4 Bukan Lagi Eksklusif PS3! Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 2 Bakal Tiba Ogos 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Remastered, Stealth, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
MGS4 Bukan Lagi Eksklusif PS3! Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 2 Bakal Tiba Ogos 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami telah secara rasmi mendedahkan Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 2. Melalui acara State of Play hari ini, koleksi terbaharu ini disahkan bakal keluar pada 27 Ogos 2026 merangkumi PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (Steam), serta konsol Nintendo Switch dan Switch 2.

Tarikan utama dalam pengumuman kali ini sudah pastilah Metal Gear Solid 4: Guns of the Patriots. Sejak dilancarkan pada tahun 2008, penutup kepada kisah Solid Snake ini dianggap “terperangkap” di konsol PlayStation 3.

Dengan pengumuman ini, pemain boleh menikmati MGS4 di platform moden dengan pelbagai peningkatan teknikal, termasuk resolusi yang lebih tajam, frame rate yang lebih tinggi, serta kebebasan untuk mengubah suai tetapan mengikut keselesaan masing-masing.

Selain MGS4, koleksi ini turut menghimpunkan dua lagi game penting yang melengkapkan sejarah perjalanan Big Boss dan Solid Snake:

  • Metal Gear Solid: Peace Walker (Versi HD Collection): Game yang asalnya popular di PSP ini dibina berasaskan versi remaster HD. Ia menghubungkan peristiwa antara Snake Eater dan The Phantom Pain. Pemain juga boleh merasai semula pengalaman bermain secara multiplayer dalam mod “CO-OPS” (2–4 pemain) atau bertarung dalam mod kompetitif “VERSUS OPS” yang menyokong sehingga enam pemain secara dalam talian.
  • Metal Gear: Ghost Babel: Game klasik tahun 2000 yang asalnya keluar di Game Boy Color ini akan tersedia dalam segmen “Bonus Content”. Untuk disesuaikan dengan zaman sekarang, Konami menyertakan ciri tambahan seperti penapis skrin, mod paparan “pixel-perfect”, fungsi rewind, dan butang kawalan yang boleh dilaras semula.

Pakej digital ini turut disertakan dengan arkib yang cukup besar, termasuk “Screenplay Book” yang memaparkan skrip penuh dialog setiap game, serta “Master Book” yang mengandungi huraian tentang latar belakang cerita, watak, dan pelbagai rahsia tersembunyi.

Bukan itu sahaja, pemain juga akan mendapat akses kepada Pangkalan Data Metal Gear Solid 4 serta Digital Soundtrack Vol. 2 yang memuatkan pelbagai lagu ikonik dan tema vokal daripada seluruh siri ini.

Mereka yang melakukan tempahan akan menerima barangan eksklusif dalam game, seperti “Cardboard Camouflage” untuk MGS4 dan seragam “LOVE BOX” bagi Peace Walker.

Sebagai tanda penghargaan kepada pemain yang telah memiliki koleksi sebelumnya, Konami menawarkan “Save-data bonus”. Jika sistem mengesan fail save daripada Master Collection Vol. 1, anda secara automatik akan menerima “Gold Camouflage” untuk Solid Snake dalam MGS4 dan seragam “GOLD” untuk Big Boss dalam Peace Walker.

Melengkapi pengumuman hari ini, Konami turut mengesahkan bahawa satu kemas kini visual terakhir untuk Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 1 akan dilancarkan hari ini berdasarkan maklum balas daripada komuniti.

Tags: Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 2
ShareTweetSend
Previous Post

Project Windless – RPG Aksi Open World Berasaskan Novel Popular Korea!

Next Post

Kena: Scars of Kosmora – Projek Indie Tajaan PlaySation Menerima Sekuel Pada 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Kena: Scars of Kosmora – Projek Indie Tajaan PlaySation Menerima Sekuel Pada 2026!

Kena: Scars of Kosmora - Projek Indie Tajaan PlaySation Menerima Sekuel Pada 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd