Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kena: Scars of Kosmora – Projek Indie Tajaan PlaySation Menerima Sekuel Pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam
0 0
0
Kena: Scars of Kosmora – Projek Indie Tajaan PlaySation Menerima Sekuel Pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan Kena: Bridge of Spirits, Ember Lab bersama Sony Interactive Entertainment akhirnya mendedahkan fasa seterusnya dalam perjalanan Kena. Bertajuk Kena: Scars of Kosmora, sekuel ini akan membuat pelancaran pada tahun 2026 bagi PlayStation 5 serta PC (melalui Steam dan Epic Games Store).

Dalam pengembaraan kali ini, pemain akan mengenali Kena yang lebih dewasa dan berpengalaman, serta telah diiktiraf sebagai seorang Spirit Guide yang hebat. Namun, naratif kali ini membawa hala tuju yang lebih peribadi.

Kena menjejakkan kaki ke sebuah pulau misteri bernama Kosmora; iaitu sebuah wilayah yang kaya dengan budaya namun menyimpan sejarah silam yang cukup tragis. Misi Kena bukan sekadar membantu roh yang terperangkap, tetapi juga untuk mencari jawapan di sebalik penyakit misteri yang dialaminya sejak kanak-kanak.

Ember Lab mendedahkan bahawa pada awal permainan, Kena akan berhadapan dengan satu roh yang sangat kuat sehingga menyebabkan tongkat saktinya hancur. Dalam naratif game ini, tongkat seorang Spirit Guide bukan sekadar senjata, malah ia adalah simbol identiti dan penghubung utama mereka dengan alam roh.

Bagi Kena, kehilangan ini amat penting kerana tongkat tersebut merupakan talian hayat yang membolehkannya terus hidup daripada penyakit yang dihadapinya.

Keadaan ini memaksa Kena untuk menyesuaikan diri demi hidup. Dia kini perlu menguasai bentuk Spirit Guiding purba yang telah lama dilupakan di Kosmora, iaitu Alchemy. Melalui mekanik baharu ini, Kena mampu memanipulasi kuasa elemen.

Jika “Rot” menjadi elemen utama dalam game pertama, Scars of Kosmora memperkenalkan pula Elemental Spirit Companion. Teman-teman yang comel namun sangat hebat ini akan mengembara bersama Kena, di mana tahap kekuatan mereka akan meningkat seiring dengan keakraban yang terjalin.

Setiap peneman ini mewakili elemen tertentu dan menjadi kunci penting untuk menyelesaikan teka-teki persekitaran serta menumbangkan musuh.

Ember Lab juga memberikan penekanan yang lebih serius terhadap aspek aksi dalam sekuel ini:

  • Penggunaan alchemy untuk menerapkan sifat-sifat elemen ke dalam setiap serangan.
  • Banyak abiliti baharu yang direka khusus untuk berhadapan dengan musuh yang lebih mencabar serta pertarungan boss.
  • Kosmora digambarkan sebagai dunia yang lebih luas berbanding game sebelum ini, dengan fokus kepada kemajuan terancang.
Tags: Kena: Scars of Kosmora
ShareTweetSend
Previous Post

MGS4 Bukan Lagi Eksklusif PS3! Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 2 Bakal Tiba Ogos 2026!

Next Post

Game Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’ Buka Pintunya Bermula Mac 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Game Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’ Buka Pintunya Bermula Mac 2026!

Game Open-World 'The Seven Deadly Sins: Origin' Buka Pintunya Bermula Mac 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd