Sekian lama diusahakan secara rahsia, KRAFTON bersama studio mereka di Amerika Utara, KRAFTON Montreal Studio, akhirnya mendedahkan Project Windless. Game single-player open-world action RPG ini merupakan satu projek mega yang diadaptasi daripada siri novel fantasi Korea Selatan, The Bird That Drinks Tears.
Pembangunan game ini telah bermula sejak tahun 2022 dengan menggunakan enjin Unreal Engine 5 untuk platform PC dan konsol, termasuk PlayStation 5. Malangnya, pihak pembangun masih belum menetapkan sebarang tarikh pelancaran rasmi.
Bermain Sebagai “Hero King”

Biarpun novel The Bird That Drinks Tears menjadi inspirasi utama, Project Windless tidak akan mengikut jalan cerita asal karya penulis Lee Yeong-do secara bulat-bulat. Sebaliknya, pembangun memilih untuk membina sebuah prequel yang membawa pemain meneroka zaman 1,500 tahun sebelum tempoh masa novel tersebut bermula.
Game ini berlatarkan “era mitos” di mana segala legenda baru sahaja mula terbentuk.
Bagi pemain yang pertama kali mengenali siri ini, ia merupakan pintu masuk untuk mengenali sebuah dunia yang dihuni oleh empat kaum unik: Manusia, Rekon, Nhaga, serta Tokkebi. Manakala bagi peminat setia, mereka berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana sejarah watak kegemaran dihidupkan dalam bentuk game.

Dalam pengembaraan ini, pemain akan memegang peranan sebagai Hero King, seorang pahlawan legenda daripada kaum Rekon. Rekon digambarkan sebagai makhluk humanoid menyerupai burung yang bertubuh besar dan sasa, serta sangat dikenali kerana kekuatan fizikal dan keberanian mereka di medan perang.
Dengan bersenjatakan sepasang pedang “star-forged”, Hero King mampu menumpaskan puluhan musuh dalam satu-satu masa. Namun, kaum Rekon bukanlah dewa yang tidak boleh dikalahkan; mereka mempunyai sifat suka menyendiri dan fobia terhadap air.
Sepanjang perjalanan, pemain perlu membina reputasi, menjalin pakatan antara kaum, dan mengetuai pasukan tentera yang besar demi membentuk sebuah kerajaan pada masa hadapan.

Berbeza dengan kebanyakan RPG yang sering mengehadkan pertarungan besar kepada babak sinematik atau sekadar hiasan latar belakang, sistem combat dalam Project Windless dilakukan secara sepenuhnya real-time.
Pemain akan terjun ke tengah-tengah pertembungan “satu lawan ramai”, di mana setiap keputusan akan memberi kesan langsung kepada hala tuju peperangan tersebut.
KRAFTON mengesahkan bahawa Project Windless adalah pengalaman single-player eksklusif. Tiada sebarang komponen multiplayer atau live-service akan disertakan, kerana studio ini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian naratif.









Discussion about this post