Etrian Odyssey Origins Collection akan datang ke Nintendo Switch dan Steam pada 1 Jun 2023. Sebagai koleksi, ia menampilkan tiga RPG remastered yang termasuk Etrian Odyssey HD, Etrian Odyssey II HD dan Etrian Odyssey III HD di dalam satu bundle besar. Sempena itu, saya ingin memberi pengenalan kepada Etrian Odyssey II HD, salah satu game daripada koleksi tersebut serta ciri-ciri baharu yang ditambahkan pada edisi remastered.
Buat mereka yang tidak tahu, Etrian Odyssey ialah siri ‘3D dungeon-crawling RPG’ di mana pemain memilih lima pengembara daripada pelbagai kelas dan menggabungkan kemahiran mereka untuk mencari harta karun dalam labirin yang luas, sambil mencipta peta yang unik. Setiap labirin adalah kompleks dan didiami oleh raksasa ganas, jadi pemain harus bijak ketika melangkah masuk dengan menjejak laluan peta, mencatat sebarang ‘shortcut’, memperoleh tumbuhan, dan mineral untuk akhir sekali mendapatkan harta karun tersembunyi.

Disebabkan ini versi remastered, Etrian Odyssey II HD dikemas dengan beberapa elemen ‘quality-of-life’ baharu seperti pemilihan ‘difficulty’ (kesukaran), fungsi auto-mapping dan banyak lagi. Selain itu, semua visual direka semula dengan grafik berdefinisi tinggi.
Sinopsis

Di High Lagaard, sebuah krisis telah menyebabkan orang ramai berminat dengan sebuah istana terapung yang terletak tinggi di atas awan. Menurut penyelidikan, ia boleh dicapai dengan merentasi labirin di dalam hutan bernama Labyrinth Yggdrasil, yang terdiri daripada pelbagai peringkat.
Untuk mendapatkan “Grail of Kings” yang dikatakan disimpan di istana terapung, Raja High Lagaard kini merekrut mana-mana pengembara untuk meneroka labirin tersebut dan membongkarkan jalan tepat untuk sampai ke sana. Kita sebagai pemain akan mengambil peranan sebagai sekumpulan pengembara bagi mendapatkan harta karun itu.
Gameplay

Etrian Odyssey II memerlukan pemain untuk perlahan-lahan meneroka hujan ajaib untuk mencapai istana terapung sambil menyelesaikan misi kecil di sepanjang jalan. Hutan pokok ini diwakili oleh sejumlah peringkat yang diterokai satu demi satu di mana pemain harus kerap pulang kerap ke bandar untuk berehat dan membekalkan semula bahan dan peralatan penting.
Game ini memerlukan pemain mencipta watak sendiri daripada 12 jenis kelas berbeza, setiap satu dengan kemahiran dan kebolehan khas sendiri untuk membentuk satu pasukan yang terdiri daripada lima watak sahaja. Watak boleh ditukar masuk pada bila-bila masa, jadi jika anda memerlukan watak tertentu untuk menyelesaikan halangan tertentu, parti boleh diubahsuai dengan sewajarnya.

Seperti saya kata tadi, ada sebanyak 12 jenis kelas dalam Etrian Odyssey II HD — sembilan kelas daripada
game original dan tiga kelas baharu. Saya tidak akan menghuraikan kelas original di sini (banyak info di internet) dan hanya akan menjelaskan tentang kelas baharu.
Gunner
- Jenis elemental; duduk garisan belakang.
- Kelas Gunner pakar dalam serangan elemental jarak jauh menggunakan senapang.
- Force Skill: Riot Gun – mempunyai peluang tinggi untuk stun musuh.
War Magus
- jenis support ; seimbang.
- War Magus adalah pengembara yang menggunakan kuasa sihir untuk menyembuhkan rakan dan memusnahkan musuh.
- Force Skill: Invoke – menyembuhkan HP parti dan meningkatkan daya ketahanan kepada elemental.
Beast
- Jenis defensif; duduk di barisan hadapan
- Beast adalah rakan sekutu boleh dipercayai yang melindungi pasukan dengan kekuatan mereka.
- Force Skill: Salivall – menyembuhkan penyakit HP dan status sakit kepada parti.
Peminat boleh prapesan sekarang dan terima bonus ‘Early-Bird’ iaitu Set DLC Character Portrait untuk Etrian Odyssey Origins Collection. Ini membolehkan pemain menukar penampilan watak mereka kepada watak kesayangan ATLUS lain. Ini merupakan DLC percuma yang tersedia untuk masa yang terhad.
Di bawah adalah potretnya:
- Etrian Odyssey HD
- Ringo (Soul Hackers 2)
- Joker (Persona 5)
- Etrian Odyssey II HD
- Demi-Fiend (Shin Megami Tensei III Nocturne)
- Teddie (Persona 4)
- Etrian Odyssey III HD
- Nahobino (Shin Megami Tensei V)
- Aigis (Persona 3)

Sekali lagi saya ingatkan, Etrian Odyssey Origins Collection akan dikeluarkan di Nintendo Switch dan Steam pada 1 Jun 2023.
@gamersantaimy
Discussion about this post