Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Etrian Odyssey Origins Collection akan tiba di Switch & PC Steam pada 1 Jun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, RPG, Steam
0 0
0
Etrian Odyssey Origins Collection akan tiba di Switch & PC Steam pada 1 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, SEGA telah mengumumkan bahawa Etrian Odyssey Origins Collection akan dikeluarkan di Nintendo Switch dan Steam pada 1 Jun 2023. Merupakan gabungan tiga RPG remastered, koleksi ikonik ini termasuk Etrian Odyssey HD, Etrian Odyssey II HD dan Etrian Odyssey III HD.

Buat mereka yang tidak tahu, Etrian Odyssey ialah siri ‘3D dungeon-crawling RPG’ di mana pemain memilih lima pengembara daripada pelbagai kelas dan menggabungkan kemahiran mereka untuk mencari harta karun dalam labirin yang luas, sambil mencipta peta yang unik. Setiap labirin adalah kompleks dan didiami oleh raksasa yang ganas, jadi pemain harus bijak ketika melangkah masuk dengan menjejak laluan peta, mencatat sebarang ‘shortcut’, memperoleh tumbuhan, dan mineral untuk akhir sekali mendapatkan harta karun tersembunyi.

Seperti saya kata tadi, Etrian Odyssey Origin Collections menampilkan tiga game ikonik tetapi semuanya dikemas kini untuk mempunyai elemen ‘quality-of-life’ baharu seperti pemilihan ‘difficulty’ (kesukaran), fungsi auto-mapping dan banyak lagi. Selain itu, semua visual direka semula dengan grafik berdefinisi tinggi.

Terdapat pelbagai kelas berbeza dalam siri ini—contohnya, ‘Protector’ melindungi rakan sekutu daripada serangan maut, ‘Hexer’ menggunakan sumpahan untuk memanipulasi musuh mereka, dan ‘medik ‘Medic’ memulihkan parti dengan kebolehan penyembuhan mereka. Dengan mengalahkan musuh demi musuh, anda akan meningkatkan level dan menerima ‘skill point’. Gunakan skill point ini untuk membuka abiliti berkuasa bagi setiap kelas.

Peminat boleh prapesan sekarang dan terima bonus ‘Early-Bird’ iaitu Set DLC Character Portrait untuk Etrian Odyssey Origins Collection. Ini membolehkan pemain menukar penampilan watak mereka kepada watak kesayangan ATLUS lain. Ini merupakan DLC percuma yang tersedia untuk masa yang terhad.

Di bawah adalah potretnya:

  • Etrian Odyssey HD
    • Ringo (Soul Hackers 2)
    • Joker (Persona 5)
  • Etrian Odyssey II HD
    • Demi-Fiend (Shin Megami Tensei III Nocturne)
    • Teddie (Persona 4)
  • Etrian Odyssey III HD
    • Nahobino (Shin Megami Tensei V)
    • Aigis (Persona 3)

Sekali lagi saya ingatkan, Etrian Odyssey Origins Collection akan dikeluarkan di Nintendo Switch dan Steam pada 1 Jun 2023.

Tags: Etrian Odyssey Origins Collectionnintendo switchsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Spoiler The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Mula Tersebar di Sosial Media!

Next Post

LIVE A LIVE Kini Tersedia di PS5, PS4 & Steam! Mulakan Perjalanan Epik Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
LIVE A LIVE Kini Tersedia di PS5, PS4 & Steam! Mulakan Perjalanan Epik Sekarang!

LIVE A LIVE Kini Tersedia di PS5, PS4 & Steam! Mulakan Perjalanan Epik Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd