Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order akan keluar pada 19 Julai 2019!

Tinggal nak assemble empat member je...

Marvel mengumumkan bahawa Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order akan keluar pada 19 Julai 2019, eksklusif hanya untuk Nintendo Switch.

Selepas hilang selama 10 tahun, Marvel Ultimate Alliance datang kembali dengan judul terbaru, The Black Order yang diumumkan di The Game Awards pada Disember lalu. Peminat Marvel mempunyai peluang untuk cipta dream team yang terdiri daripada hero baru ataupun hero ikonik untuk berlawan di Marvel Universe.

Bersama empat pemain dan drop-in drop-out co-op, pemain boleh bermain online atau secara local dalam quest untuk mendapatkan semula Infinity Stones daripada Thanos dan The Black Order, yang rupanya ialah Children of Thanos- seperti yang dilihat di Marvel Studios’ Avengers: Infinity War.

Karakter yang komfem ada daripada siri terkenal ialah The Hulk, Iron Man, Wolverine, dan Spider-Man, sehingga ke watak Marvel baru seperti Black Panther, Deadpool, Spider-Gwen, Miles Morales, dan Captain Marvel.

Selain daripada serangan team up yang sering dilihat di game ini dan lokasi-lokasi menarik Marvel Universe, Marvel memperkenalkan feature terbaru, Heroic Camera. Heroic Camera ialah pemandangan over-the-shoulder yang membawa pemain lebih dekat kepada aksi pertempuran. Pemain juga boleh bermain dengan satu Joy-Con, lantas selamatkan dunia bersama kawan tanpa susah-payah ada pelbagai controller depan muka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.