Seperti yang dijangkakan, pendedahan PlayStation 5 telah dinyatakan serba sedikit. Ia dikatakan akan mempunyai spesifikasi yang lebih kuat untuk memadankan peningkatan grafik dan keperluan penyimpanan untuk permainan generasi yang akan datang. Berita yang paling menarik untuk laporan hari ini ialah PlayStation 5 akan mempunyai pemacu keadaan pepejal (solid state drive ‘SSD’), sekeping teknologi yang dapat mempercepatkan masa menunggu antara zon dalam permainan dan masa rendering untuk persekitaran permainan. Sony masih belum mendedahkan spesifikasi atau pengeluar SSD tersebut. Namun begitu, arkitek sistem PlayStation 5, Mark Cerny, mengatakan bahawa jalur lebar mentahnya haruslah melebihi apa yang kini tersedia untuk PC.
The raw read speed is important,“
“but so are the details of the I/O [input-output] mechanisms and the software stack that we put on top of them. I got a PlayStation 4 Pro and then I put in a SSD that cost as much as the PlayStation 4 Pro—it might be one-third faster.”
-Mark Cerny
Get a sneak peek at PlayStation’s next-generation plans. https://t.co/rLPi7PPvqF
— PlayStation (@PlayStation) April 16, 2019
Cip AMD juga akan ada sebagai unit tersuai bagi audio 3D untuk menyampaikan kesan audio yang sangat memuaskan. Set kepala PSVR PlayStation 4 juga dikatakan akan serasi dengan konsol PlayStation 5 ini.
Jadi kat sini jika anda perasan, Mark Cerny hanya membincangkan serba sedikit mengenai ‘hardware’ PlayStation 5. Cerny masih tidak bersedia untuk berbual mengenai perkhidmatan atau ciri-ciri lain, apalagi permainan dan harga. Harap ada lagi berita yang akan disampaikan untuk masa terdekat atau didedahkan di acara E3 2019 yang akan datang tidak lama lagi.
Sumber: Wired
@gamersantaimy
Discussion about this post