Kalau nak farm untuk dapatkan senjata khusus di Gambit Prime dan Reckoning, inilah masanya. Sejak daripada update 2.2.1 yang datang ke Destiny 2 pada 9 April, 2019, menewaskan sebuah boss di Tier 2 atau 3 memberi peluang ganjaran senjata Gambit Prime. Peluang untuk mendapatkan senjata itu akan meningkat setiap kali pemain membunuh boss tetapi tidak dapat senjata tersebut sebagai ganjaran.
Pemain di subreddit Destiny telah mengenalpasti senjata yang akan turun daripada setiap aktiviti dan setiap keperluan istimewa yang harus diselesaikan dahulu untuk mendapatkan senjata tersebut. Setiap senjata Gambit Prime boleh diperolehi di Tier 2 atau 3, manakala senjata yang spesifik di Reckoning hanya akan jatuh di Tier 3.
Senjata dipisahkan antara dua boss berbeza. Senjata yang berikut akan jatuh daripada Likeness of Oryx di Tier 2 atau 3:
- Outlast pulse rifle
- Spare Rations hand cannon
- Bug-Out Bag submachinegun
- Gnawing Hunger auto rifle (Tier 3 sahaja)
- Doomsday grenade launcher (Tier 3 sahaja)
Senjata di bawah ini pula jatuh daripada The Swords boss:
- Night Watch scout rifle
- Lonesome sidearm
- Last Man Standing shotgun
- Sole Survivor sniper rifle
- Just In Case sword (Tier 3 sahaja)
Kebanyakan pemain akan rekomen bermain di Tier 2 kerana ia lebih senang untuk diselesaikan melainkan jika senjata yang pemain teringin sangat itu hanya boleh didapati di Tier 3.
Jika pemain farming di Gambit Prime, hanya ada empat senjata yang boleh dipengaruhi untuk jatuh. Dengan mendapatkan medal khusus di Gambit Prime, pemain akan memperoleh synth dan berpeluang mendapatkan curated roll untuk senjata Gambit Prime. Memang pemain boleh dapat banyak medal dalam satu perlawanan, tetapi medal yang pertama akan menentukan senjata apa yang bakal jatuh.
Langkah-langkah untuk mendapatkan Spare Rations hand cannon.
Spare Rations hand cannon mempunyai kaitan dengan collecter medal Gambit Prime:
- Fast Fill: Kumpul 15 Motes dengan cepat.
- Go Big or Go Home: Seru Giant Blocker.
- Half-Banked: Deposit separuh daripada kapasiti bank di dalam satu round.
Langkah-langkah untuk mendapatkan Sole Survivor sniper rifle.
Sole Survivor sniper rifle mempunyai kaitan dengan invader medal Gambit Prime:
- Army of One: Sebagai invader, kalahkan empat Guardian musuh di dalam satu invasion.
- Bank Heist: Dalam satu invasion, curi Motes daripada bank pihak lawan.
- Denied!: Sebagai invader, deny sekurangnya 10 Motes dengan menghancurkan segala Guardians yang membawa Motes.
Langkah-langkah untuk mendapatkan Bug-Out Bag submachinegun.
Bug-Out Bag submachinegun mempunyai kaitan dengan reaper medal Gambit Prime:
- Massacre: Kalahkan 12 musuh dengan tempoh masa tidak lebih daripada 3 saat antara kill.
- Thrillmonger: Kalahkan 40 musuh di dalam satu perlawanan tanpa mati.
- Value Hunter: Kalahkan high-value target.
Langkah-langkah untuk mendapatkan Last Man Standing shotgun.
Last Man Standing shotgun mempunyai kaitan dengan sentry medal Gambit Prime.
- Blockbuster: Kalahkan 3 Blocker dengan tempoh masa tidak lebih daripada 3 saat antara kill.
- Locksmith: Kalahkan Blocker terakhir di bank pasukan anda tiga kali dalam satu perlawanan.
- Not on My Watch: Kalahkan seorang invader dalam tempoh 10 saat kemunculan mereka di arena sebelum mereka kalahkan sesiapa di pasukan anda.
Walaupun empat senjata ini boleh di-farm pada bila-bila masa di Gambit Prime, senjata Reckoning tidak mengikut waktu tetap untuk jatuh kerana boss-boss di Reckoning sering berubah setiap minggu di Destiny 2. Senjata-senjata ini hanya boleh dikumpul ketika minggu boss itu hadir sahaja. Destiny 2 kini boleh didapati di PC, PS4, dan Xbox One. Moga maklumat ini memudahkan rakan-rakan sekalian!
Sumber: Destiny The Game Reddit
@gamersantaimy
Discussion about this post