Baru-baru ini, pembangun Wildwind telah memperkenalkan projek game baharu bertajuk Maia: Meltdown. Merupakan sebuah judul ‘mecha arena fighter’, teaser trailer pertama telah didedahkan bersama pembukaan prapendaftaran secara global.
Menurut pembangun, game ini membawakan aksi ‘high-speed, full-space combat’; memberikan peluang kepada pemain untuk mengawal waifu berperisai mecha yang bertarung di dalam arena udara tiga dimensi.
Bagi memberikan lebih impak, komposer terkenal Hiroyuki Sawano dari Jepun (yang cukup popular dengan muzik untuk Attack on Titan, Mobile Suit Gundam Unicorn, dan Kill la Kill_ telah menghasilkan lagu tema utama untuk Maia: Meltdown.
Sempena pengumuman ini, Wildwind turut berkongsi satu video temu bual khas bersama Sawano. Beliau berkongsi tentang proses kreatif di sebalik penghasilan soundtrack game tersebut, serta memberi peluang kepada peminat untuk mendengar lagu tema yang bakal mengiringi aksi in-game nanti.
Setakat ini, butiran lanjut termasuk jalan cerita, gameplay, platform dikeluarkan dan sebagainya masih belum diumumkan lagi.
Mereka yang berminat boleh membuat pradaftar dengan melayari laman web rasmi Maia: Meltdown. Dengan mendaftar, anda boleh menerima info terkini termasuk tarikh pelancaran serta sesi playtest akan datang.








Discussion about this post