Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2026
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PS5, RPG
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah mengumumkan bonus pre-order fizikal eksklusif bagi pasaran Asia Tenggara untuk Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok. RPG aksi daripada Cygames ini dijadualkan keluar pada 9 Julai 2026 untuk PlayStation 5 dan Nintendo Switch 2.

Pemain yang pra-tempah versi fizikal daripada rakan pengedar rasmi di Asia Tenggara bakal membawa pulang Card Holder eksklusif Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok.

  • Bahan: Aluminium
  • Saiz: Anggaran 6 x 9 cm
  • Nota: Bonus ini tersedia dalam jumlah terhad sementara stok masih ada. Reka bentuk akhir produk mungkin berbeza daripada imej, dan bonus tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Pemain dinasihatkan untuk menyemak stok dengan kedai pilihan masing-masing sebelum membuat pra-tempah.

Apa yang Menanti Anda dalam Endless Ragnarok?

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok merupakan expansion berskala besar serta edisi definitif bagi RPG aksi popular yang asalnya dilancarkan pada awal tahun 2024. Selain membawakan kesemua kandungan asal daripada game asas, edisi ini turut dimuatkan dengan pelbagai jalan cerita, sistem gameplay dan ciri baharu yang jauh lebih padat.

Pelancaran ini juga menandakan kemunculan francais ini di konsol Nintendo Switch 2. Bagi yang ingin mencuba lebih awal, demo percuma telah pun dilancarkan pada 18 Jun 2026 bagi membolehkan pemain mengalami sendiri sistem combat yang dinaik taraf serta menguji prestasinya.

Antara ciri dan penambahan utama yang diperkenalkan dalam Endless Ragnarok termasuklah:

  • Sistem Summon adalah mekanik baharu yang membolehkan pemain melengkapi dan menyeru watak-watak hebat ketika bertarung. Berfungsi sebagai “game-changer”, sistem ini membolehkan pemain mengawal watak yang diseru untuk seketika bagi mengubah rentak perlawanan.
  • Pemain boleh menguatkan lagi watak masing-masing menerusi “Master Level” dan “Master Traits”. Malah, sistem naik taraf senjata baharu yang dipanggil “Transcendence” turut diperkenalkan untuk customization build yang lebih luas.
  • Conflux adalah mod solo serba baharu dengan elemen roguelike, menawarkan cabaran segar yang berbeza daripada jalan cerita utama.
  • Chaos Tier Quest adalah misi co-op tahap tinggi yang direka untuk menguji kebolehan para pemain yang paling berpengalaman.
  • Sokongan Crossplay penuh membolehkan pemain membentuk pasukan bersama rakan-rakan tanpa mengira platform pilihan masing-masing.

Tags: Granblue Fantasy: Relink - Endless Ragnarok Umum Bonus Pre-Order Fizikal Eksklusif Untuk Asia Tenggara
ShareTweetSend
Previous Post

Maia: Meltdown – Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha

Next Post

[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026

[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd