Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 25, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
The One Piece – Teaser Pertama Dedahkan Visual Moden Kepada Saga East Blue
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix dan WIT Studio telah melancarkan teaser pertama untuk siri anime remake The One Piece, yang diadaptasi daripada manga legenda karya Eiichiro Oda. Selain memberikan gambaran lebih jelas kepada rupa moden projek ini, teaser tersebut turut mengesahkan kepulangan Mayumi Tanaka sebagai watak utama, Monkey D. Luffy.

Tanaka sebelum ini memegang watak Luffy dalam anime asal terbitan Toei Animation sejak tayangan perdananya pada tahun 1999.

Teaser di atas memaparkan lokasi-lokasi ikonik daripada saga East Blue. Beberapa babak pendek menunjukkan pengembaraan awal Luffy di Shell’s Town, Syrup Village, dan Baratie, di samping menggambarkan keakrabannya dengan Red Haired Shanks. Video tersebut turut menunjukkan ahli-ahli terawal kru Straw Hat serta beberapa watak penting lain daripada saga berkenaan.

Musim pertama The One Piece bakal menampilkan tujuh episod dengan durasi keseluruhan sekitar 300 minit; iaitu purata kira-kira 42 minit bagi setiap episod. Musim ini dirancang untuk mengadaptasi 50 bab pertama daripada manga, dan akan berakhir sekitar permulaan arc Baratie sewaktu Luffy bertemu dengan bakal cef kumpulannya, Sanji.

/
#THEONEPIECE 
Episode Art -1 Revealed,
 Entitled “Romance Dawn” 🏴‍☠️
\
Almost like you can hear the main character Luffy himself. The adventure starts here!

Going forward, episode artwork will be released for each episode throughout the Season1. 🍖

And on 24th June… pic.twitter.com/Ok3nMASWQP

— THE ONE PIECE (@theop_official) June 23, 2026

Bagi peminat sedia ada mahupun penonton baharu, projek ini menjanjikan satu pengenalan yang lebih kemas dengan sentuhan visual moden untuk melangkah masuk ke dalam dunia luas One Piece.

Tags: animeThe One Piece
ShareTweetSend
Previous Post

Beli Kotak Tapi Tiada CD? Ini Perubahan Besar Untuk Edisi Fizikal GTA VI

Next Post

Maia: Meltdown – Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun
Berita

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

August 18, 2026
Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation
Berita

Kenapa Rupa & Suara Watak Utama Berubah? Ini Penjelasan Pembangun Tides of Annihilation

August 18, 2026
Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental
Berita

Phantom Blade Zero – Tawar Lebih 55 Senjata & Mod ‘Sixty-Six Days’ Yang Menguji Mental

August 18, 2026
Next Post
Maia: Meltdown – Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha

Maia: Meltdown - Game Arena Fighter Di Mana Kita Kawal Waifu Berperisai Mecha

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd