Game seram popular, Little Nightmares nampaknya akan tiba di platform mobile untuk iOS dan Android. Berita ini telah diumumkan oleh pembangun, Tarsier Studios semasa acara khas Swipe Showcase. Game itu dijadualkan akan tiba pada penghujung tahun ini. Anda boleh tonton trailernya di bawah.
Berlaku di sebuah dunia gelap dan misteri, game ini membawa anda mengikuti kisah, Six di mana dia cuba untuk melepaskan diri daripada sebuah kapal yang menyeramkan. Pada masa yang sama, Six mesti menahan kelaparan yang menguasai dirinya. Ini termasuk juga beberapa situasi yang mengerikan.
Dengan menampilkan seni seram, Little Nightmares memberikan pengalaman seram melalui perspektif kanak-kanak dan permainan sorok-sorok. Kalau anda ingin tahu, game ini juga mempunyai DLC, Secrets of The Maw pada platform PC, PS4, Xbox One dan Switch. Berita baiknya, Little Nightmares mobile akan membawa sekali DLC tersebut! Memang anda akan dapat mainkan kesemua kandungan untuk game tersebut.
Buat masa ini tiada lagi tarikh rasmi dan harga yang telah didedahkan oleh penerbit. Selalunya harga untuk game mobile tidak akan melebihi RM 50. Untuk anda yang ingin bermainnya, bolehlah sediakan bajet untuknya.
Little Nightmares juga mempunyai sekuel yang dilancarkan pada Februari 2021. Anda boleh membaca review kami mengenai game tersebut. Ada kemungkinan besar game sekuel ini akan dilancarkan ke mobile nanti. Tetapi bukan dalam masa terdekatlah. Kalau anda ingin dapatkan liputan lanjut mengenai Little Nightmares daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post