Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Football Manager 2023 akan tiba di PS5, Xbox, Switch, PC & Mobile pada 8 November

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 9, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Football Manager 2023 akan tiba di PS5, Xbox, Switch, PC & Mobile pada 8 November
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit SEGA dan pembangun Sports Interactive telah mengumumkan bahawa Football Manager 2023 akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One (melalui Xbox Game Pass), Nintendo Switch, PC, iOS, Android dan Apple Arcade pada 8 November.

Ini merupakan kali pertama game daripada francais Football Manager membuat debut di platform PlayStation, jadi sesiapa yang memiliki konsol PS5 dan suka bola sepak pasti akan minat game ini. Berikut adalah rumusan tentang Football Manager 2023:

“Dalam Football Manager 2023, anda harus menjadi yang terbaik dengan memfokuskan pada aspek bola sepak yang paling penting—perpindahan, taktik dan hari perlawanan. Sama ada anda mengejar promosi, memenangi kejohanan atau mendominasi rakan anda secara dalam talian, main bola sepak mengikut cara anda.”

“Game ini membolehkan anda mengalami keseronokan menjadi pengurus bola sepak sebenar, seperti mengubah bakat muda menjadi pemain bertaraf dunia dan memenangi hadiah terbesar yang ditawarkan dalam sukan bola sepak.”

Ciri-ciri utama:

  • Cari kelab yang sesuai untuk anda. Tepati sasaran pemilik kelab dan kalahkan yang terbaik semasa anda memenangi hadiah terbesar dalam dunia bola sepak.
  • Jangan hanya menandatangani superstar, sebaliknya cipta mereka. Rekrut dengan bijak dan sediakan laluan kepada pasukan bakat muda untuk menjadi skuad bertaraf dunia.
  • Gaya permainan pasukan bergantung kepada anda. Cipta strategi unik untuk memperoleh kemenangan besar pada hari perlawanan.
  • Main mengikut cara anda. Sama ada anda memilih untuk mengetuai pasukan lemah atau mencuba kelab berjaya, lebih daripada 125 liga global tersedia untuk anda termasuk UEFA Champions League, UEFA Europa League.
  • Pada hari perlawanan, tonton segala aksi melalui 3D match engin secara resolusi 4K. Sebagai alternatif, anda boleh langkau terus ke penamat dan lajukan musim dengan pilihan “Instant Result”.
  • Ingin mencabar rakan-rakan? Bersaing bersama mereka dalam tiga mode multiplayer yang menarik—Versus, Fantasy Draft dan Online Career.

Sekali lagi saya ingatkan, Football Manager 2023 akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One (melalui Xbox Game Pass), Nintendo Switch, PC, iOS, Android dan Apple Arcade pada 8 November.

Tags: bola sepakfootball managerFootball Manager 2023
Previous Post

Ujian Beta tertutup Rainbow Six Mobile bakal tiba, Pra-daftar sekarang!

Next Post

Little Nightmares Mobile Akan Hadir di iOS dan Android Pada 2022! Kembali ke Maw di Skrin Kecil!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Little Nightmares Mobile Akan Hadir di iOS dan Android Pada 2022! Kembali ke Maw di Skrin Kecil!

Little Nightmares Mobile Akan Hadir di iOS dan Android Pada 2022! Kembali ke Maw di Skrin Kecil!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd