Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lionsgate Buka Uji Bakat Untuk Watak Utama Filem Live-Action Naruto

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Lionsgate Buka Uji Bakat Untuk Watak Utama Filem Live-Action Naruto
Share on FacebookShare on Twitter

Lionsgate sedang mengorak langkah untuk membawa salah satu francais manga dan anime paling berjaya di dunia ke layar perak. Bersama penulis dan pengarah Destin Daniel Cretton, studio tersebut memulakan pencarian bakat global untuk pelakon utama filem live-action Naruto akan datang.

Fokus utama pencarian ini adalah untuk mengisi watak ahli “Team 7” — iaitu si protagonis Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke, serta Haruno Sakura. Menurut pihak penerbit, pemilihan bagi watak-watak sampingan lain akan menyusul kemudian.

Global casting begins in preparation for the Naruto Movie!
Read Masashi Kishimoto's comments on the official site!

Plus, check the reply to this post for director Destin Daniel Cretton's Instagram!

NARUTO OFFICIAL SITE:https://t.co/DsBRhSuGov#NarutoMovie#NARUTO pic.twitter.com/I3dgeSwTX8

— NARUTO OFFICIAL (@NARUTO_info_en) July 9, 2026

Cretton, yang terkenal menerusi filem Marvel Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings serta filem akan datang Spider-Man: Brand New Day, meluahkan rasa teruja kerana berpeluang mengadaptasi siri kegemaran ramai ini.

“Karya Kishimoto-sensei telah memberi inspirasi kepada generasi peminat di seluruh dunia, dan adalah satu penghormatan besar untuk membawa dunia serta watak ciptaan beliau ke layar perak dalam bentuk live-action buat kali pertama,” kata Cretton. “Saya sangat teruja untuk memulakan pencarian bakat global ini demi membentuk Team 7 kami, dan menghidupkan dunia Naruto yang luar biasa!”

Masashi Kishimoto selaku pencipta turut berkongsi rasa gembira:

“Sekarang ini, keajaiban demi keajaiban berlaku kepada saya secara berturut-turut,” kata Kishimoto. “Karya saya, Naruto, benar-benar akan diangkat menjadi sebuah filem Hollywood! Dan keajaiban yang lebih besar ialah filem ini bakal diarahkan oleh pengarah hebat, Destin Daniel Cretton. Saya masih susah mempercayainya! Jika sudah banyak keajaiban berlaku serentak, mari kita harapkan lebih banyak lagi selepas ini. Saya sangat tidak sabar menantikan pertemuan luar biasa yang bakal menemukan kami dengan pelakon-pelakon hebat dan bersemangat tinggi. Saya sudah tidak sabar untuk melihat sendiri watak-watak saya hidup dalam filem ini!”

Masashi Kishimoto's comment on the announcement of a live-action 'NARUTO' movie.

"Right now, miracles are happening to me, one after another. My work, Naruto, is truly, truly becoming a Hollywood movie! And an even greater miracle is that the film will be directed by the one… pic.twitter.com/UCCPJVbIn1

— Complex Pop Culture (@ComplexPop) July 10, 2026

Usaha untuk mengadaptasi Naruto ke bentuk live-action memakan masa yang lama. Lionsgate mula memperoleh hak adaptasi filem ini sejak tahun 2015, namun projek tersebut melalui fasa pembangunan yang panjang tanpa sebarang publisiti. Momentum mula meningkat selepas Cretton menandatangani kontrak untuk menulis dan mengarah. Kini, dengan bermulanya fasa pra-produksi, usaha adaptasi ini akhirnya mula menampakkan hasil.

Tags: live-actionnaruto
ShareTweetSend
Previous Post

Super Nintendo World Singapore Dijangka Siap Pada 2030

Next Post

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027
Remastered

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027

August 26, 2026
Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2
Demo

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

August 26, 2026
Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl
Berita

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl

August 26, 2026
Next Post
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd